Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts

Tuesday, April 4, 2017

Online survey. YouGOV, Boleh percaya ka?

YouGOV

Antara online suryey yang Eija konsisten buat adalah YouGov. Dah dapat redeem dan ganjaran baru Eija berani nak share. Yougov reliable and trusted.

Pendaftaran pun percuma sahaja. Minimum mata untuk tebus 5000. Antara hadiah-hadiah yang boleh di tebus seperti gambar di bawah:

Antara hadiah-hadiah. Nak buat amal pon boleh.hehe

Pilihan Eija adalah paypal. Kalau penggemar shopping Zalora tu boleh la tebus voucher zalora. Untuk bigpoint bagi Eija rasa macam tak berbaloi sebab nilai untuk 2500 big point = RM 25, tapi pilihan di tangan anda.hehe. Nak buat amal pon tidak mengapa, menderma la ke UNICEF.

Popup selepas pilih untuk tebus Paypal.

Emel yang Eija dapat dari yougov
 Nak sertai YouGOv. Klik SINI.


Dalam masa 3 minggu selepas redeem,, Eija dapat emel berikut:




Selepas dapat email dari YouGov Singapore tu, Eija click accept untuk complete the payment and right away masuk dalam paypal Eija.Alhamdulillah, duit ganjaran dah masuk akaun Paypal Eija  :):):) Perasan tak, nilai ganjaran pada mula2 tu melebihi $25? I don't know why. Disebabkan paypal Eija value yang ada dalam tu dalam USD, tiada dalam currency $, fee dikenakan.


Rezeki di hari Jumaat.  
Dari $26.70 tinggal $25.03. Fee sebanyak $1.67 dikenakan.

Ok, selepas dah masuk paypal, Eija withdraw ke CIMB seperti di bawah. bOlehhhhh tau. Sebelum tu kena add akaun cimb kita dalam paypal.


Click withdraw fund

key in amount yang nak di withdraw


Kemudian Eija dapat emel dari paypal pasal transaction to CIMB.





Oh untuk makluman ada charge fee yang dikenakan. Ya la, sebab convert dari $ ke RM.Fee dikenakan sebanyak RM 3...Detail transaction seperti berikut:



It's expected by 5th April 2017 baru masuk duit ke dalam akaun berdasarkan emel yang paypal bagi.

Tadaaa, Eija cek akaun bank CIMB pagi tadi dah masuk dah. Dalam sehari processing day .


Hasil menjawab survey



Alhamdulillah, hasil menjawab survey di YouGOV. RM73.75.
Ya, YouGOV sangat boleh dipercayai!!!
So, apa lagi, sertailah YouGov hari ini!
Yang best pasal YouGov, survey tiada screening. Maka, memang akan dapat point. Tapi kena cepat,sebab survey limited.


Hope dapat membantu kalian menambahkan pendapatan. 

YouGov
YouGov
YouGov

Tips:
1. Survey is limited. Selepas dapat email, terus jawab survey.
2. Kena sabar dan istiqamah. It take weeks and months to get up to 5000 points.:)

Update as of 27/8/19:
Boleh jugak install app kt handphone lagi mudah :) 

Update as of 29/3/2020:
Eija dah tak aktif jawab yougov sebab dah jarang sangattttt dapat survey.Lepastu, sy dh ckp point dkt 5000 tapi dah tak dapat redeem, xtau kenapa.huhu

p/s: Untuk jawab online survey ni, Eija nasihatkan guna WIFI ya, kalau guna data handphone tak berbaloi rasa.



Friday, March 10, 2017

Online survey, Toluna, Boleh percaya ka?



Salam,
Eija just nak berkongsi pengalaman buat online survey. Boleh percaya ka online survey ni? Untuk makluman, Eija sudah mencuba dan dah dapat hadiah maka Eija nak berkongsi dengan kalian.. Tips dia kena istiqamah & sabar:P...hehe

1. Toluna

Eija dah redeem toluna dah 2 kali. Point boleh redeem 8000 hingga 16000. Survey bergantung ,kadang-kadang masuk dekat email setiap hari, kadang-kadang tak. Cuma yang pasti kena istiqamah. Pendaftaran percuma sahaja. Apa hadiah-hadiah yang boleh ditebus? Antara ganjaran seperti di bawah:

Pilihan hadiah untuk ditebus

Apa pilihan Eija? Eija redeem paypal.At least dapat jugak simpan duit. Tempoh masa untuk proses tebus dalam 3 -4 minggu. Kena sabar menanti. Tak percaya ka?Ni kat bawah ni Eija tunjuk hadiah yang Eija dah tebus :P.

Alhamdulillah rezeki.

Kalau perasan, nilai yang diperolehi tidak sama berkemungkinan disebabkan mata wang negara kita yang semakin jatuh.Nilai dalam USD.huhu. Pilihan di tangan anda nak redeem hadiah apa.Nak jimat untuk barang dapur boleh redeem voucher Giant/AEON.

Apa tunggu lagi, joinlah Toluna! :)
Nak register? klik  SINI


Hope dapat membantu kalian. 

Update as of 24 May 2017:


hasil sehingga 19/5/17

Hasil sehingga 19/5/17 adalah USD 18.26. Bila convert kepada RM  lebih kurang RM 73.04 dengan mengambil kira 1 USD = RM 4.

Update as of 21 june 2017:
Alhamdulillah, hari ini masuk lagi duit dari Toluna,..Dapat USD 4.68. Kalau rajin buat survey dari toluna ni, ada potensi dapat duit tiap-tiap bulan.



Update as of 19 july 2017:
Alhamdulillah, hari ini dapat USD 4.65 :) Thank you toluna :)



Update as of 23 august 2017:

Alhamdulillah, dapat lagi dari Toluna untuk bulan ini, USD 4.67:). Thank you Toluna!:)



Update as of 11 dec2017: Alhamdulillah, dapat lagi dari Toluna , USD 4.87:). Thank you Toluna!:)



Update as of 21 dec2017: Alhamdulillah, dapat lagi dari Toluna , USD 4.92:). Thank you Toluna!:)






Update untuk 2018


Update as of 20 jan 2018: Alhamdulillah, dapat lagi dari Toluna , USD 5.05 :). Thank you Toluna!:)






Update as of 14 May 2018: Alhamdulillah, dapat lagi dari Toluna USD 5.14 :). Thank you Toluna!:)


Update as of 16 July 2018: Alhamdulillah, dapat lagi dari Toluna  USD 4.94 :). Thank you Toluna!:)

Update as of 11 December 2018: Alhamdulillah, dapat lagi dari Toluna  USD 4.81 :). Thank you Toluna!:)




Update as of 27/8/19:
Boleh juga install app Yougov di handphone:)
p/s: Other legit online survey review as follow:

YouGov
VASE
Global Test Market
AIP Online Survey


Untuk jawab online survey ni, Eija nasihatkan guna WIFI ya, kalau guna data handphone tak berbaloi rasa.



Wednesday, November 30, 2016

Program assessment centre (PAC) PTD 2016 M41. Part II # Throwback

Sambungan dari sini

Ok, selepas mengetahui keputusan UKJK, rehat, solat  akan diteruskan ujian seterusnya, iaitu

Ujian penulisan bahasa Inggeris & Bahasa Melayu

Dalam keadaan busuk, letih, kena menghadapi ujian seterusnya :P. Yang ini ujian menulis esei macam zaman sekolah dulu-dulu. Kita akan diberikan 2 pilihan tajuk dan menulis satu 1 sahaja esei. Seingat Eija dulu, topik Eija berkisarkan alam sekitar. Masa diberikan selama satu jam untuk setiap esei BM & BI. Peringatan, sila pastikan anda membawa kad pengenalan, surat tawaran PAC (ada no angka giliran), dan alat tulis. Time Eija ritu ada yang terlupa nak bawa IC / surat tawaran PAC sebab tiggal dalam bas. Kita akan menaiki bas dari dewan ke bilik peperiksaan menulis esei. Eija bantai ja tulis ritu.hahah. tak tulis banyak-banyak sangat terutama english sebab takut grammar banyak salah. yang penting ada pendahuluan, isi dan penutup.

Sudah selesai menjawab esei BM & BI, seterusnya kita akan di hantar ke asrama menaiki bas dan mendapatkan kunci bilik asrama. Hostel INTAN Bukit Kiara dah macam hotel dalam dia. Eija suka.hahahahha. Tapi , bilik ini digunakan untuk tido sahaja :P tak sempat nak rehat sangat sebab full aktiviti.hahah.

Lepas dah dapat kunci bilik, mandi, rehat sebentar, makan malam  dan solat magrib, berjalan kaki ke dewan untuk aktivit seterusnya yang bermula dalam pukul 8pm. Aktiviti seterusnya,

Latihan dalam kumpulan

Untuk aktiviti seterusnya, kita akan di bahagikan dalam beberapa kumpulan. Kita akan diberikan satu case study dan bincang dalam kumpulan.kemudian kena present depan ramai-ramai. Fasilitator situ hendak tengok keberanian kita bercakap. Just cakap.Kalau kita tak cakap, depa akan panggil nombor di badan kita dan tanya apa-apa as long as kita cakap. Pemakaian pada sesi ini adalah formal. So, untuk perempuan, senang pakai baju kurung.heheh

Selepas sesi ini berakhir, dalam lebih kurang pukul 10 malam,untuk makluman, kami diberikan tajuk untuk sesi pengucapan awam pada keesokkan harinya :P...dah letih seharian dengan aktiviti, kena prepare untuk keesokkan harinya yng bermula jam 8 pagi. Lepas balik ke asrama, masa untuk mencari idea, mengarang untuk pengucapan pada esok hari dengan keadaan yang agak letih.Nasib baik, wifi disediakan. Eija whatsapp kawan2 untuk cari point sebab badan dh letih :P Thank you kawan-kawan tolong. Eija tak stay up sebab dah xmampu, ada juga para peserta yg stay up. Memang quite pack & tough PAC pada hari pertama ni.Pas dah cari point skit2.Eija tidoooooo..dengan ada aircond lagi.syookkk

Ok ,next hari kedua.Jalan kaki mencari bilik berkenaan. dan bergerak awal sebab macam quite lost dengan area situ sebab tak familiar.huhu

Pengucapan awam bahasa melayu & bahasa Inggeris.

Yakni speaking test. Untuk sesi pertama, bahasa Melayu, I'm the first being called.huhu. Nervous. Ketika cakap, suddenly I blur, tak ingat langsung apa point nak cakap. Tengah blur, mintak dengan evaluator, nak amik kertas yang Eija catat point. Dibenarkan tapi markah akan berkurang. Dah tak kisah dah markah kurang.huhu. Masa diberikan 5 minit. Tapi Eija stop cakap less than 5 minute.huhu.

Selepas sesi bahasa melayu, bergerak ke bilik lain untuk sesi bahasa Inggeris. Sesi ini, Eija kena tegur cakap kuat sikit.heheeh.Nervous, suara pon slow.hahahha.

Just tip dari evaluator sesi bahasa Melayu,yakni seorang peguam, dia menasihatkan untuk sesi pengucapan awam pastikan ada intro, point dan penutup. Kalau cakapa banyak tapi kurang point tak ok jugak.

Sempat berehat sebentar sebelum aktiviti seterusnya,

Perbincangan kumpulan bahasa Inggeris

Ok.last evauation untuk PAC ini. Group discussion in English. Ada seorang panel penilai..Baik orangnya. Dalam ni, pastikan semua bercakap ya. Tajuk yang group Eija kena ritu berkaitan Art. Sejam masa diberikan. Cakap ja la apa2. Last2 macam semua dah tak tau nak cakap apa.hahahaha. Selepas sudah sesi ni, berakhirlah PAC!!!

A memory to be remembered!:)


Tahniah buat semua yang layak untuk ke PAC 2017. Eija tak lepas exam online baru-baru ni . Good luck & enjoy ya PAC nanti.Berdoa pada ALLAH agar dipermudahkan segala urusan dan lulus PAC ni ya kawan2. Hope ada la info yang membantu anda.

Sekian.


Program assessment centre (PAC) PTD 2016 M41. Part I # Throwback

Salam,
Nak berkongsi pengalaman Eija pada PAC yang lalu...


Awal tahun 2016, Alhamdulillah Eija berjaya lepas peringkat pertama untuk jawatan Pegawai Tadbir diplomatik (PTD). Maka, Eija terpilih ke peringkat seterusnya, yakni PAC. Lokasi?? INTAN Bukit Kiara.KLJauhhhh tu sebab Eija orang utara,Kedah dan ada INTAN di Sg Petani. Agak terkejut pada awalnya.Bila Eija tengok komen-komen di FB, tempat assesment ini merupakan cabaran secara tidak langsung sama ada kita willing to travel ataupun tidak.Ok,agak excited sebab first time lepas first stage PTD.hehe.Walaupun KL, sanggup ku tempuhi.hahaha. Sebenarnya, Eija ada kakak di Subang, so macam boleh sahut la cabaran penilaian di KL. hehe.boleh jumpa anak buah sambil tu :)


PAC ditetapkan selama 2 hari 1 malam.Tentatif seperti berikut:

Pendaftaran


Pendaftaran bermula 7.00 am. Take note ya kawan2.Eija sampai dalam pukul 7 dh dpt nombor 55 :P. haha. Ketika pendaftaran kena hantar borang profil SPA yang disertakan dalam email. Usai borang di hantar, nombor akan diberikan dan hendaklah dipakai sepanjang program. Dalam pukul 8 pagi, taklimat diberikan mengenai program yang bakal berlangsung dan para peserta diingatkan tidak merakam sebarang gambar aktiviti yang berlangsung. huhu. Kemudian,

Saringan kesihatan

Para peserta akan diberikan borang untuk diisi maklumat. Pemeriksaan tinggi, berat, BMI, tekanan darah dan pemeriksaan dengan doktor pada peringkat ini.  Kena lulus BMI ya.hehe. Seterusnya,

Ujian UKJK

UKJK merupakan ujian fizikal untuk menguji fitness kita. Sila pastikan anda membuat senaman/latihan ringan beberapa minggu ya sebelum menghadiri PAC :P..Ada 4 ujian pada peringkat ini:

1. Bleep test

Ujian ni lari ulang alik.huhu. ada 8 @10 level tak silap. ada orang kata nak selamat sila pastikan sampai level 4. Satu level pon kena lari ulang alik dekat 10 kali dalam jarak 20meter. Eija sampai level 4 sahaja pastu dah semput tak larat dah. Ada peserta wanita berjaya smpai level 6 tak silap.

2. Ujian duduk dan jangkau

Ni ujian untuk menguji kelenturan badan. Biasa saja.

3. Ujian bangun tubi 1 minit

Ya ampun, walau satu minit, seksa ya amat.huhu.dalam satu minit tu pon,eija sempat rehat sebab xlarat.hahahah. untuk selamat kena lebih 30 jika tak salah.memang menguji tahap fitness kita.huhu. ujian ini untuk menguji daya tahan otot abdomen.

4.Ujian genggaman tangan

Yang ni pon simple.hanya pegang alat yang diberikan dan genggam. ada bacaan yang diberikan.walaupun senang tengok,tapi memang beri kesan dekat otot tangan.terasa sangat.huhu.

Oh lupa, jangan lupa bawa air mineral.kosong sendiri ya sepanjang ujian UKJK. Untuk pengetahuan, Rasanya dah ada video yang dikongsikan di page FB SPA. Check tengok ujian-ujian ni.hehe.

Selepas dah habis ujian-ujian di atas, boleh makan tengah hari yang disediakan sementara menunggu keputusan.Untuk makluman, sesiapa yang gagal ujian UKJK tidak dapat meneruskan peringkat seterusnya.

Pada masa Eija ritu, dalam 3-4 orang sahaja yang gagal ujian UKJK.Sedih jugak tengok sebab depa kena balik.huhu. Untuk makluman, Ramai yang lepas :)
Untuk lulus Ujian UKJK kena memperolehi sama ada, emas, perak, atau gangsa. Mata yang diperolehi berdasarkan 4 ujian di               atas.Nampaknya level fitness Eija peringkat perak sahaja. Tak berapa nak fit sangat :P

Ok, nanti Eija sambung.dah dekat 9 bulan dah PAC ni.hahaha.

p/s: sambungan di sini