Showing posts with label celikkewangan. Show all posts
Showing posts with label celikkewangan. Show all posts

Thursday, February 11, 2021

Berjaya deposit ke Tabung Haji guna JomPay!

 Salam,

Deposit percuma tanpa caj ke TH melalui JomPay.

Eija dah try..berjaya tapi bukan on the spot masuk ke akaun TH.

Tapi melalui JomPay jimat RM 1  (cheapskate.hahahhah).

Selalu Eija transfer ke Tabung Haji menggunakan Bank Islam dan ada caj RM 1 untuk deposit

Eija guna JomPay dalam Cimb Click.

Mudah ja, pilih JomPay, kemudian masukkan Biller Code: 60228 .

Kemudian utk Ref 1: Akaun TH kita




.

Eija transfer pada 5 Februari 2021 (Jumaat, 5.05pm) check di akaun TH, masuk pada Isnin, 8 Februari 2021. 


Untuk yang dah ada amaun RM 1,300 boleh daftar dah Tabung Haji. Pendaftaran Haji tak automatik ya. Kita kena daftar  :)

Jom menabung di TH untuk menunaikan Rukun Islam ke-5 :) #TabungEija


Saturday, November 28, 2020

Yayasan Wakaf Malaysia

 Salam,

sekadar perkongsian 

tau tak ada Yayasan Wakaf Malaysia? Eija baru  dapat tau selepas terdengar di sebuah program..

Wakaf untuk bekalan kita di akhirat kelak...semoga harta kita dapat memanfaatkan orang lain..

Untuk yang nk berwakaf, boleh layari web Yayasan Wakaf Malaysia

Kemudian, Klik untuk Berwakaf,


Jom berwakaf..



Saturday, August 8, 2020

BEST invest memang best! #TabungEija

Salam,

Nak melabur dalam unit trust serendah RM 10? Download la app " BEST invest" sekarang:)

Sekadar perkongsian berdasarkan pengalaman Eija.Sebenarnya dah lama dok nak ingat melabur dalam unit trust,tapi tak terbuat-buat...hahah

 Tapi baru-baru ni Eija come across to BEST invest, milik Bank Islam. Unit trust yang available dalam app ni semua yg patuh syariah..best sebab bermula RM 10.., rs macam topup prepaid handphone..hehe...itu membuatkan Eija melabur  menggunakan Best invest...

Cara-cara seperti di bawah:

1. Install app " BEST invest"


2. Sign up. Isi details dan perlukan juga tangkap gambar IC




3.Pilih " Do it yourself"  utk yg mahu bermula serendah RM 10


4. Pilih senarai Fund yang ada. Setakat ni baru ada 5 sahaja..Study pasal fund tersebut dan buat pilihan...


5. Kemudian topup nilai yang ingin dilaburkan (serendah RM10) melalui online banking yang ada.


6. Siap :) Boleh monitor fund anda :)

Untuk yang nak melabur dalam unit trust, xtau bermula di mana boleh mula dengan "BEST app" ni:)


Disclaimer:Risiko Untung rugi adalah tanggungjawab masing-masing.



Friday, August 9, 2019

Review: HelloGold #TabungEija

[Dikemaskini pada 6/11/2019]
Salam,
Nak mula simpan gold serendah RM 1?? Ada ka?Bukan ka harga emas kan mahal?
Untuk menjawab persoalan tersebut...Ya, kini anda boleh menyimpan serendah RM 1 melalui HELLO GOLD app. Sikit- sikit2 lama2 jadi bukit sebab itu Eija pilih untuk menabung emas di HELLO GOLD.
 Eija dah cuba dan akan  berkongsi pengalaman Eija selepas hampir setahun setengah guna HelloGold app.

1. Mula-mula install HELLO GOLD

Diperlukan kad pengenalan dan kena selfie gambar. Boleh refer ke Youtube HelloGold. Ambil masa 1- 2 hari tak silap Eija untuk HelloGold approve. Masukkan referral code: ROSN05BQ 


download dan install




2. Bila HELLO GOLD dah approve:

Boleh mulakan pembelian. Cara untuk pembelian:

     1- Boleh terus ke BUY GOLD - dan pilih bayaran samada CASH BALANCE, FPX (kena charge RM 1.20/transaksi, ataupun BOOST (dapat Boost Coin).

     2-  Pilih ADD CASH  guna FPX (kena charge RM 1.20/transaksi) ataupun BOOST (pilihan Eija sebab nanti dapat shake reward). Kemudian, BUY GOLD -Select payment by CASH BALANCE.

Transaksi dalam HelloGold

Cara Bayaran untuk beli gold


3. Bila  nak keluarkan ada 2 cara:
 
     1- Jualkan melalui app 23 jam sehari (12 am-1am app under maintenance). Pilih SELL GOLD-kemudian nilai emas yang dijual akan berada dalam CASH BALANCE serta merta dan kemudian pilih WITHDRAW CASH. Duit akan masuk akaun bank kita 1-2 hari.

Withdraw cash. Kena daftar dulu akaun bank kita. Eija bagi ja screenshot depan dalam CIMB Clicks yg ada no akaun kita dan ada tunjuk akaun aktif.

 2- Boleh tebus emas fizikal(Pamp Suisse)- kena CALL HOTLINE HELLO GOLD..leceh sikit.hehe...dan untuk makluman, ada caj insuran dan penghantaran berdasarkan nilai gram emas. Eija pernah call, kalau nk claim 1 g gold bar kena caj dalam 1.1g.huhu.. dan Eija terjumpa dalam blog NI caj lebih kurang berikut...:

1g  = 1.100g. Jumlah gram yang akan ditolak dari akaun HelloGold anda ialah 2.100g
5g  = 1.397g. Jumlah gram yang akan ditolak dari akaun HelloGold anda ialah 6.397g.
10g = 1.943g. Jumlah gram yang akan ditolak dari akaun HelloGold anda ialah 11.943g.


Semakin tinggi kita tebus gram emas fizikal, semakin rendah caj dikenakan.

So,fikir-fikirkan yang mana terbaik.

Pilihan yang Eija pernah buat adalah jual melalui app dan beli gold bar YAPEIM.
Pengalaman Eija jual beli gold bar YAPEIM klik SINI.

4. Info lain:

1. Setiap pembelian dan penjualan emas melalui app ada caj transaksi.. Kalau weekend, caj mahal sikit. Bulanan ada caj .

transaksi yang direkodkan


2. Setiap transaksi ada direkodkan dalam menu HISTORY.

2. Maklumat lanjut layari website HelloGold

3. Nak dapat rebat RM 5 selepas pembelian gold bernilai RM 50, masukkan Referral code:
ROSN05BQ 

ROSN-abjad
05-number
BQ-abjad


Selamat menabung!

Disclaimer: Setiap  risiko simpanan adalah tanggungjawab sendiri.



Tuesday, June 11, 2019

Pengalaman beli & jual gold bar di Ar Rahnu Yapeim

Salam,..
Hari ini first time beli gold bar di Ar rahnu Yapeim Kuala Nerang..
Lepas survey2 dan fikir2 nak beli kat mana, akhirnya finalisekan beli dekat di Ar Rahnu Yapeim..


 Kenapa Eija beli gold bar YAPEIM?

1. senang nak pajak/gadai sebab Ar rahnu Yapeim ni ada di Kuala Nerang dan banyak cawangan.

Melalui pembacaan, susah jgk gold bar ni nak pajak di ar rahnu,ada banyak jenama gold bar di pasaran...dan ada ar rahnu tertentu sahaja yang menerima gold bar... untuk ar rahnu YAPEIM sendiri, mereka hanya menerima gold bar YAPEIM sahaja... maka nak senang, beli sahaja gold bar produk YAPEIM...selain itu support syarikat muslim:)


Kenapa Eija nak beli gold bar?? 

1. Paling utama adalah untuk #TabungTravelEija..plan Eija, kumpul gold bar kemudian bila nak g travel, pajak dekat ar rahnu...

2. nak pajak bila terdesak nak guna duit...tak yah pinjam dekat orang,,heheh

3. untuk mengelakkan Eija berbelanja bukan2.hahahha...at least, beli dah beli gold bar ni tgk duit dah tak dak, so dok diam-diam ja la dan nampak jugak duit kita habis ke mana...


Bagaimana nak beli gold bar di Ar Rahnu Yapeim?

1. Bagi IC
2. Bagitau nak beli gold bar berapa  gram, setakat ini kebanyakan Ar Rahnu Yapeim hanya ada 1g & 2g. Nilai gram yg lebih besar dijual di Yapeim Gold di Nu Sentral... sila follow FB YapeimGold untuk mengetahui promosi yang ada.


Gold bar YAPEIM pertama Eija. Berat:2 gram. Harga: RM 428


Jom menabung Emas!:)

p/s: Jangan lupa keluarkan zakat emas kalau dah cukup syarat (cukup haul & nisab).

Update as of 8.8.2019:

Eija dah jual balik gold bar yg EijA beli lebih kurang 2 bulan yang lalu. Hari ini Eija jual ke Ar rahnu YAPEIM  dan gold bar Eija bernilai RM 439.80. Ada untung sikit around 2.75%. Harga emas ketika ini mahal jugak.

Kesimpulan: Senang urusan jual beli gold bar di Ar Rahnu YAPEIM. Maka, supportlah Ar RAHNU YAPEIM.





Friday, December 28, 2018

Hasil kutipan online survey Eija untuk 2018 #TipjimatEija

Salam,
Sekadar perkongsian hasil kutipan online survey yang Eija berjaya dapat untuk tahun 2018. Almaklumla dah nak masuk taun baru :P

1. Toluna

Reward : Paypal
Jumlah kutipan :USD 19.94
Total redemption: 4x
Review: Klik SINI
hasil untuk tahun 2018



2. Global Test Market

Reward : Paypal
Jumlah kutipan :USD 10 & RM 90 (3 voucher 11street bernilai RM30 setiap satu)
Total redemption: 4x
Review: Klik SINI



  
3. Gloviss

Reward : Masuk dalam akaun bank
Jumlah kutipan :RM 30
Total redemption: 1x



4.VASE

Reward: Masuk dalam akaun bank
Jumlah kutipan: RM 7.00
Total tebus: 3x
Review: Klik Sini


5.Rakuten Insight Surveys 

Reward : Giant Voucher
Jumlah kutipan: RM 40 ( 2 voucher Giant bernilai RM20 setiap satu)
Total redemption: 1x
Review: Klik SINI


6.Shopper Thoughts

Reward : Paypal
Jumlah kutipan: USD 2.4
Total redemption: 1x



7.Survey On

Reward : Paypal
Jumlah kutipan: USD 2.0
Total redemption: 1x



8.Cash Pirate (melalui handphone)

Reward : Paypal
Jumlah kutipan: USD 2.5
Total redemption: 1x
Review: Klik SINI



Maka, hasil kutipan untuk tahun 2018:

Paypal:  USD19.94 + USD10 +USD2.4+ USD2.0 +USD2.5 = USD 36.84
CIMB: RM 7 + RM 30 = RM37
Giant Voucher: RM 40

11Street voucher: RM 90

Let say, assumption made; 1 USD =RM 4, maka,

36.84 USD x RM 4 = RM 147.36

Maka jumlah hasil diperolehi termasuk voucher untuk tahun 2018 seperti berikut: 

RM 147.36 + RM 37 + RM 40 + RM 90 = RM 314.36. 
Alhamdulillah...

Untuk kutipan hasil 2017, klik SINI

Untuk tahun 2018, kutipan paling tinggi adalah melalui Global Test market:) dan berlaku penurunan hasil kutipan keseluruhan,,huhu....
Moga tahun depan Eija masih konsisten untuk menjawab survey...Semoga dapat membantu kalian :)





Wednesday, December 12, 2018

3 Apps penting dalam handphone Eija untuk 2018 #TipJimatEija #TabungTravelEija

Salam,
Untuk tahun 2018 ini, Eija nak berkongsi 3 Apps penting dalam handphone Eija. Apps ni cara penjimatan Eija dan cara tabungan Eija untuk travel. Penting untuk merancang:):)

1. BigPay #Roadtofreeflighttickets

Kenapa penting? sebab Eija gunakan untuk kumpul AirAsia BigPoints seterusnya Eija aim untuk redeem flight ticket #Jimat

Referral code : 4LBRSXK6ZJ (masukkan kod ini  untuk mendapat RM10 :)

Review: Klik SINI


2. Boost App  #TipJimatEija

App/E-wallet ini penting bagi bagi penjimatan duit Eija. Setiap kali pembayaran menggunakan Boost App akan mendapat "shake rewards". Shake rewards bagi Eija macam cashback. Setakat ini paling tinggi Eija dapat "RM 1.50"/shake. Selalu yg Eija dapat 10sen,20 sen dan 50sen. Nampak sikit,bila kumpul lama2 jadi bukit.hehe :):) ..Selain itu, Eija top up Boost App menggunakan BigPay. Maka, bertambah cara untuk memaksimumkan penggunaan BigPay.

Review: Klik SINI

3. HelloGold #TabungTravelEija

Hello gold ini platform Eija untuk membeli emas serendah RM 1. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Selalunya hasil shake reward dari Boost app, Eija akan gunakan untuk fund ke HelloGold. Kerjasama antara Boost App dan HelloGold membolehkan Eija topup HelloGold menggunakan BoostApp secara percuma #Jimat. Selain itu, setiap topup ke HelloGold menggunakan Boost App akan mendapat "shake reward". Untung kan. Dapat menggandakan tabungan Eija dalam HelloGold.
Contoh: Eija budget RM10 untuk topup HelloGold utk membeli emas. Selepas topup menggunakan Boost App, dapat shake reward "RM1". Maka, asal EIja nak simpan RM10 saja, tetapi Eija dapat simpan emas bernilai RM11.Untung kan.

Referral code: ROSN05BQ (*will get RM5 rebate when buying gold at the buy gold page with min RM50 worth of gold).


Proses Eija menabung & mengumpul AirAsia Bigpoint



Sekian, perkongsian cara Eija menyimpan untuk travel pada masa hadapan:):)
Download la apps2 ini :)

Monday, August 13, 2018

Pengalaman guna Boost App # TipJimatEija

[Kemaskini pada 6/11/2019]
Salam,
Sekadar pengenalan, Boost App adalah konsep e-wallet masa kini dan ala prepaid. Kita kena topup sama ada melalui kad kredit/debit ataupun online transaksi.

Pada mulanya, Eija hanya bertujuan menggunakan Boost App ini untuk Topup HelloGold  #TabungEija ( no service charge). Dulu, Eija dok topup HelloGold guna online banking dan setiap transaksi dikenakan charge RM1.20. Maka, sekarang dapat jimatkan duit Eija!:) #TipJimatEija.

Faedah lain yang Eija dapat dari penggunaan Boost App setakat ini :

A) Dapat SHAKE REWARDS. Boost Coin

Antara penggunaan yg Eija lakukan seperti berikut:

 1. Topup HelloGold


      Tips dpt byk kali SHAKE Rewards: Transfer skit2 ke HelloGold, Contoh: Eija transfer RM 2 sebanyak 5 X, instead of transfer terus RM 10 :p). Dahla transfer FREE, dapat reward lagi. Untung Eija :)  Boleh kumpul Boost coin.

p/s:Referral code HelloGold: ROSN05BQ (*will get RM5 rebate when buying gold at the buy gold page with min RM50 worth of gold).


Shake rewards Eija
2. Pembayaran tiket bus di web busonlineticket.com
3. Pembayaran di TESCO
4. Pembayaran di web 11street
5.Pembayaran di web PTS Book Cafe
6. Pembayaran di web Photobook Malaysia
7. Pembelian tiket kapal terbang dari FireFly.
8. Pembayaran di WATSON. 
9.Pembayaran di DIY.

B) Dapat tambah AirAsia Bigpoints sebab Eija guna kad BigPay untuk topup Boost App :) Memaksimumkan penggunaan BigPay :) 


Cara lain untuk memaksimumkan penggunaan kad BigPay? Klik [SINI]
Cara untuk tambah AirAsia Bigpoints? Klik [SINI]

Melalui Boost App boleh bayar bil utiliti, Topup prepaid handphone, beli voucher TeaLive dgn diskaun dan macam-macam lagi voucher yang ada.  Selain itu, boleh menderma juga. Ada Tabung BersamaMu, Tabung harapan dan lain-lain lagi. Selain itu, boleh transfer  duit ke akaun Bank menggunakan Boost App tapi charge 2 % dikenakan dan transaksi minimum RM30.

Perkhidmatan yg disediakan di Boost App

Sila download Boost App ini...penjimatan!!!!! Gunakan code Eija : ros0TD0 :)  ros23cyf



Untuk makluman, reload minimum untuk boost app ialah RM 10 sama ada melalui online banking ataupun kad debit/kredit.

Boleh kumpul BOOST COIN  dan redeem reward [Sistem baru BOOST sejak November 2019]

Pilihan REWARD yang menarik bagi Eija semestinya DUIT :p

RM 2 = 210 coins   --> RM 0.0095/Coin
RM 5= 525 coins   ---> RM 0.0095/Coin
RM 10 = 1000 coins -> RM 0.01/ Coin
RM 15 =1365 coins -->  RM 0.0109/ Coin
RM 20 = 1740 coins--> RM 0.0115 /Coin
RM 30 =2610 coins --> RM 0.0115/ Coin

Lepas tu, sistem baru ini juga ada Level kategori masing bergantung kepada perbelanjaan dan berapa kali transaksi.

Semoga dapat membantu anda!:)


Tuesday, May 29, 2018

Bagaimana Eija kumpul Bpoints? # TipJimat Eija

Salam,
Sekadar perkongsian bagaimana Eija mengumpul Bpoints menggunakan kad B Infinite..
Eija selalu redeem Bpoints untuk photobook voucher dan ada jugak Eija redeem untuk voucher LAZADA (jimat online shopping :P).

1.Online survey

Mostly point Eija dari online survey. Boleh dikatakan setiap hari dapat email untuk survey.Even tak qualify, dapat at least 4 point. So, just click.hhehe. Point boleh dapat dari 4-250 point...So, apa lagi, daftar la as panelist survey Bpoint.more details, refer HERE (Registration FREE).

antara point dapat

2.Contest/Game by Facebook B Infinite

Selalu la tengok FB B Infinite, selalunya yg Eija perasan hari jumaat akan ada game/contest. So, Eija just join.hehe.
Kalau bernasib baik, boleh menang dan dapat points :):):)

antara point yang Eija menang dari FB contest

3.Isi minyak di CALTEX

Di  kampung.Eija selalu isi minyak di CALTEX. Kuala Nerang. So, dapat la point.



Ini antara 3 cara utama Eija kumpul Bpoint. Untuk tahun 2018, Eija berjaya redeem 2 x RM 10 (voucher photobook) dan 1 x RM 10 (Voucher LAZADA).

4. Beli tiket bas guna Easybook.com

Easybook use MOLPAY system for the payment, maka dapat kumpul Bpoint jugak :). RM 5 = 1bpoint




Note:Untuk redeem Bpoint, kena install Apps Binfinite dulu. Redemption hanya melalui Apps :)

Semoga dapat membantu anda!





Monday, May 21, 2018

Bagaimana Eija kumpul AirAsia BigPoints ? #tipJimatEija

Salam,
Dah berjaya beli tiket ke  mana tu sempena free seat ni???
Sekadar perkongsian, bagaimana Eija kumpul AirAsia Bigpoint.Ya, starting this year semangat balik nak kumpul Bigpoint.Hahaha. Ada bigpoint ni bagi Eija untung untuk FINAL CALL promo. Jimattt.

Untuk tahun ini/tahun lepas, cara-cara yang berjaya Eija tambah AirAsia bigpoint seperti berikut:


1.Convert PETRON miles point to AirAsia bigpoint.

Ya, Eija berjaya convert PETRON miles point to AirAsia bigpoint.
Nilai 200 PETRON Miles = 100 AirAsia Bigpoint (pas ni pulun isi dekat PETRON :P)

Bagaimana cara Eija buat?

1.Layari website PETRON
2.Kemudian, Eija download form & isi form tersebut.
3. Eija scan form tersebut & email ke pmiles@petronmiles.com.my



4.Eija sent email pada 2/5.2018 dan Eija check dah available bigpoint Eija pada 16 May 2018.

total point tak banyak.hahahah

2. Online shopping melalui LAZADA.

Selepas selesaikan pembayaran, jangan lupa masukkan AirAsia bigpoint ID untuk dapatkan mata.

RM 5 (LAZADA) = 1 AirAsia bigpoint


hasil pembelian di LAZADA


3. Topup BigPay & Bayar melalui kad BigPay

Eija baru apply BigPay, salah satu Prepaid mastercard offer by AirAsia.
Bila kita topup RM 50 dpt 1 point dan setiap pembayaran menggunakan kad BigPay yg bernilai RM 20 dapat 1 point. So, lepas ni nak kena topup dan banyakkan penggunaan kad BigPay untuk pembayaran :P
Bagaimana Eija memaksimumkan penggunaan BigPay? Klik [SINI]

4. Pembayaran bil elektrik (TNB) menggunakan epay

 Setiap transaksi pembayaran bil TNB di epay ( https://www.e-pay.com.my) akan mendapat 2 point sahaja ( min. bil RM 30) dan tak kisahlah berapa nilai  bil anda.huhu..jadi la dapat jugak point.hauahuah..



5. Pembelian melalui BigLoyalty e-Store

Ada pelbagai partner bigloyalty estore ni. Setakat ini , Eija hanya cuba  dari estore berikut:

1. BusOnlineTicket. com

Eija beli tiket bus dari busonlineticket.com.Point masuk dalam akaun dalam 2 bulan jugak. Take time juga nak dapat point.huhu



2. AXA travel insurance

 Hari ini beli, esok point dah available :)


3.Booking. com

Dalam tempoh sebulan lebih juga untuk dapat airasia big point. Tempah hotel melalui  : www.booking.com/airasiabig untuk mendapatkan big point.





Harap dapat membantu #roadtofreeflighttickets




Friday, January 5, 2018

Petrol Loyalty Card. Which one is the best? #tipjimateija

Salam,
Sekadar perkongsian dari Eija dan penjimatan yang dapat dilakukan jika mempunyai kad loyalti petrol #tipjimateija. Untuk makluman, Eija ada beberapa kad loyalti petrol yang boleh digunakan. Kad mana yang memberi penjimatan yang menguntungkan dalam tebus minyak PETROL Ron 95?

kad yang dimiliki Eija

Berdasarkan atas, kita dapat lihat PETRONAS menawarkan point yang tertinggi  bagi setiap pengisian per liter. Betul ka PETRONAS menguntungkan? Mari kita lihat promosi tebus point untuk minyak yang ditawarkan oleh PETRON.

Source: PETRON website

Kalau berdasarkan promo yang ditawarkan, mari kita lihat berdasarkan point perbandingan di antara PETRONAS & PETRON.

Berdasarkan di atas, kita dapat lihat PETRON macam lagi menguntungkan kerana nilai tebus point yang lagi menguntungkan walaupun menawarkan 2 point/ L berbanding PETRONAS yang menawarkan 3 point/L.

Tetapi, tetapi ini bukan pengakhiran perbandingan. Mari kita lihat perbelanjaan yang diperlukan untuk menebus nilai minyak RM5, RM 20 & RM 45 ( berdasarkan perbandingan nilai tebus minyak PETRON).

Assumption;
 1 Liter Ron 95 =  RM 2.30, 





Berdasarkan table di atas, Kita dapat lihat, kalau tebus nilai minyak  yang menguntungkan ,...

RM 5 =PETRONAS, 
RM 20 = PETRONAS
RM 45 = PETRONAS & PETRON

Jika mahu tebus minyak bernilai bawah RM 20, PETRONAS lagi menjimatkan, tetapi untuk nilai tebus minyak RM 45, PETRONAS ataupun PETRON sama sahaja. Maka, buatla pilihan yang bijak.
Overall, bagi Eija, PETRONAS lagi menguntungkan:):):):)

Note: 1. Pengumpulan point melalui pengisian minyak Ron 95 SAHAJA.
          2. Minyak shell & caltex tidak di ambil kira kerana menawarkan point yang terendah.


Hope dapat membantu kalian melakukan penjimatan:)

Update as of 6 Jan 2018;



PETRONAS menawarkan promosi  6X MESRa point bagi setiap Liter dari 6-12 Jan 2018,untung 2x ganda:):). Jom isi minyak di PETRONAS:)














Thursday, October 26, 2017

Tips to #savemoney & #getextramoney by Eija

Salam,
Sekadar perkongsian.
For those who have free time and get internet access for free, you can try to do online survey.

Reliable online survey

I did try myself and already get the voucher/money. Kindly try these online surveys:

1. Global Test Market (redeem for money)
2. Toluna (redeem for money)
3. YouGov (redeem for money)
4. Vase (money)
5. AIP Online (Redeem for Giant voucher)
6. MOBROG (redeem for money)

Besides that, I do have loyalty cards to collect points and redeem for things.

Loyalty Card

1. BCard  @ B Infinite ( usually I use to redeem photobook voucher)
2. PETRONAS Mesra Card ( To redeem fuel)
3. AirAsia Big Member (to redeem flight ticket)
4. PETRON Miles (convert miles point to AirAsia Big point)

Updated as of 27/8/2019

I found another way to get extra money which is via your handphone!:) 

Legit Mobile app

1. CashPirate App ( redeem for money)
2. Cashzine App (redeem for money)

So, how about you guys?Can you share any tips to #savemoney & #getextramoney?

Saturday, September 16, 2017

Rakuten Insight Survey (dulu AIP survey), boleh percaya ka?

Salam,
Alhamdulillah, i found another legit online survey..
AIP ONLINE SURVEY. Sekarang  , dikenali sebagai Rakuten Insight Surveys!
Kindly register:)
My first redemption as follow:)

Minimum point to redeem: 2000 points


Dah cukup point untuk redeem

Antara hadiah yang boleh di tebus



i chose giant voucher

selamat tebus tunggu voucher sampai

Ahamdulillah, I got the voucher! if im not mistaken , the voucher took about 1 month to receive from the date of redemption.




Update as of 16 Oktober 2017:

Eija baru redeem point untuk voucher giant lagi. Kita tunggu bila  voucher akan sampai:)

Update as of 28 Nov 17:
Alhamdulillah, voucher Giant (RM20) dah sampai di rumah:):)...dekat sebulan lebih jugak processing time dari tarikh redemption.

Update as of 31/7/2018;
Eija baru redeem point utk voucher Giant bernilai RM 40....kita tunggu bila nak sampai,heheh

Update as of 29/9/18;
Eija tak igt bila voucher sampai, yang pasti Eija dah guna:):):)..hhehe

Update as of 29/11/18:
Eija redeem point untuk wang tunai Boost  pada 10/10/2019, dan dapat pada hari ini. Bertambah cara nak kumpul wang ringgit :)



maklumat mengenai Boost, klik SINI


p/s: Another legit online survey for you to try:

Global test market
Toluna
YouGOV
Vase

Untuk jawab online survey ni, Eija nasihatkan guna WIFI ya, kalau guna data handphone tak berbaloi rasa.