Showing posts with label hijaukuningselamanya. Show all posts
Showing posts with label hijaukuningselamanya. Show all posts

Saturday, November 27, 2021

Asnan Ahmad

 Salam,

Siapa Asnan Ahmad ni?

Beliau merupakan pemain bola sepak Kedah Darul Aman FC untuk 2021 ....

Walaupun dia pemain bola sepak Kedah,figura ini tidak la Eija pernah ambil perhatian...,,player pakai baju no. apa pon xtau :P , sebelum ni pernah dengar nama saja sehinggalah pagi ini Eija ada terbaca perkongsian di FB pagi ni dimana  beliau  menjadi  penulis dan masih berkarya...mempunyai minat mendalam dalam penulisan ...beliau juga mempunyai kedai buku online( IG: dampingbuku)....

Rare! Kenapa?

Bagi Eija, ini pertama kali pemain bola sepak tempatan yang mempunyai minat atau personaliti yang berbeza, tambahan dari temuduga bersama StubApp dia juga mempromosikan  budaya membaca....nilai positif yang ditonjolkan...tengok IG/FB dia pon banyak menonjolkan mengenai buku (terus cari lepas baca perkongsian di FB pagi tadi:P)....

Salute!

Semoga terus maju jaya anak Pendang!

Bangsa membaca bangsa berjaya!

#BanggaOrangKedah

#HijauKuningSelamanya

Wednesday, November 6, 2019

Kedah Naib Juara Piala Malaysia 2019

Alhamdulillah, Kedah ke final lagi!!! Dapat g Bukit Jalil lagi :)





Walaupun tewas 3-0 dgn Jdt, pasukan Kedah always my favourite team :p..
Come back stronger 2020!!

Pencapaian Kedah untuk 2019:
1.Ke-4 Liga Super
2. Juara Piala FA
3.Naib Juara Piala Malaysia

Tahniah Kedah. Next year, Asia kita pi :p

#HijauKuningSelamanya




Tuesday, July 30, 2019

HijauKuning Juara Piala FA 2019!

Alhamdulillah, rezeki buat pasukan Kedah.Tahniah!
Untuk rekod, ini merupakan kali ke-5 Kedah menjuarai Piala FA :)
Eija berpeluang menyaksikan perlawanan akhir ini di stadium bukit Jalil:)

Gambar kenangan di stadium:)

pinjam tiket along sebab Eija beli guna shopee
Kami dah sampai Bukit Jalil


4 dari 6 adik beradik ada di stadium


with ilia #bff

p/s: strict gila stadium bukit Jalil.Tak leh bawa makanan masuk. Pastu foodtruck yg jual pon harga makanan mahal.huhu...makan siap2 sebelum masuk stadium ya..

Wednesday, July 24, 2019

Masuk sebagai waris kenari kid utk menonton bola di SDA

Salam...,
Sekadar perkongsian, 
Pada 13/7/2019 yg lalu, Eija berpeluang menonton bola sepak di stadium Darul Aman (SDA)  sebagai waris kenari kid. Mak cik Eija minta tolong bawa anak2 dia ke stadium..heheheh...Pengalaman pertama, haruslah dicatatkan :P

Perlawanan bola adalah antara Kedah vs Perak utk Liga Super a.k.a Perlawanan Pra-final FA Cup.

Sebenarnya, Eija bawa sepupu Eija yg terpilih utk mengiringi pemain masuk ke padang. Ala, yg budak2 masuk mengiringi pemain time awal sebelum perlawanan bermula tu,. Sepupu Eija menyertai Kenari Kid Padang Terap. Untuk perlawanan ini, Kenari Kid Padang Terap terpilih untuk mengiringi pemain.

Kelebihan untuk Eija? Dapat masuk tengok bola FREEEE di ASTAKA. Jimat.hahhah...Tiket astaka dalam rm30++ jugak kot... Pemandangan lagi jelas:)

Kami dikehendaki berkumpul depan kawasan utama stadium dalam 7.30 malam. Kemudian, coach mengagihkan baju dan seluar untuk dipakai serta 1 pas masuk. Kasut bola dan stokin dah bawa siap2. Untuk makluman, Surau untuk lelaki dan perempuan ada di dalam stadium di kawasan astaka. Boleh solat di dalam stadium.

Sementara tunggu depan kawasan utama stadium, ultras Kedah pon ada di situ, menunggu kedatangan pemain-pemain Kedah.

geng ulras bakar suar

First experience tgk dekat2 ultras Kedah bakar suar.huhu

Untuk makluman, tak lama lepas masuk tu, pas masuk akan dikutip balik. Sekadar peringatan, beli siap2 makanan di luar untuk di bawa masuk. Eija terlupa beli ,kesian sepupu Eija lapar. Tetapi air ada jual di kawasan astaka tapi kebanyakan air gas. Better beli siap2 di luar.

pas masuk ke dalam stadium. Tiket FREEEE.hahha

Sepupu Eija dengan uniform lengkap sebagai pengiring pemain nanti
 Sepupu Eija mengiringi pemain Perak berjersi 21, Nazirul Naim     ( player Malaysia jugak :P)

kenari kids padang terap & all players




Alhamdulillah, kemenangan buat Kedah!

Friday, February 15, 2019

Demotivated

Salam,
Currently feel demotivated.huhu...
I dont know why..
huhu..

but anyway tomorrow night will be match between Kedah & Felda United #PulunKedahPulun
In sha allah, See you guys at SDA :p


Monday, May 7, 2018

Beli tiket bola dengan shopee #tipjimatEija

Salam,
FMLLP dengan kerjasama Shopee ada offer BUY  1 FREE 1 tiket....Penjimatan 100%...
Eija dah pernah try masa perlawanan Kedah vs Negeri Sembilan baru-baru  ini.
Tapi tiket adalah TERHAD dan perlawanan tertentu sahaja. Selain itu, promo BUY 1 FREE 1 hanya untuk tiket tak berbumbung dan terhad untuk 2 tiket sahaja/ person. So, selalu la tgk update dkt page FB persatuan masing-masing dan website Shopee.


 Meh Eija kongsi pengalaman Eija beli tiket dari Shopee baru-baru ini.

1. Pergi ke website SHOPPEE. Daftar shopee dulu nak senang.
2.Kemudian, beli tiket tersebut. Setelkan pembayaran.
3.Jangan lupa isikan maklumat perlawanan. Klik  dekat notification (bhgn atas belah kanan), ada link untuk isi maklumat seperti di bawah:

Update as of 11/5/19: Pengisian maklumat hanya melalui apps. Kena install app shopee dulu.

jangan lupa isi

4.Selepas isi maklumat, tunggu 2-3 HARI baru dapat e-ticket.
Update as of 11/5/2019: Selepas isi maklumat , nnt dapat e-ticket dekat email.

Pengalaman dulu:
Shopee akan sent dekat email. Mula-mula was2 jugak dah 2 hari tak sampai pon e-ticket, then Eija pon chat dgn pihak FMLLP.



Lawak customer service fmllp ni .hahah

5.Eticket dari shopee. Sila print dan bawa time perlawanan.

Update as of 11/5/2019: Sila tebus tiket di kaunter yang dinyatakan di page FB persatuan bola masing-masing. Mengikut pengalaman Eija semalam, kena beratur panjang jugak sebab depa check manually dekat  senarai pembeli tiket.


6. Selamat menyaksikan perlawanan bola sepak malaysia! #PulunKedahPulun.




Sunday, March 11, 2018

HijauKuning; Analisis perlawanan skuad Kedah untuk LS#1 hingga LS#5 Unifi Liga Super 2018

Salam,
Sekadar perkongsian analisis persembahan skuad Kedah sepanjang LS#1 hingga LS#5 Unifi Liga Super  2018.

P/S: Keputusan saingan perlawanan (Klik HERE) 

Keputusan semasa Unifi Liga Super 2018 sehingga Liga Super #5

Jumlah perlawanan: 5 ( 1 HOME, 4 AWAY) (JDT, PERAK,PKNP,PKNS, KL)


source: FB Football Malaysia LLP
Berdasarkan atas,

*Kedah menghuni ranking 7 dengan 6 mata.
*Jumlah kemenangan: 2
*Jumlah kekalahan: 3
* Kedah dan Pahang mempunyai jaringan tertinggi, yakni 10 biji gol
*Kedah mempunyai bolosss yang paling teruk.huhuhu dengan 12 biji gol.
*Purata jaringan gol setiap perlawanan: 2 gol
*Purata bolos setiap perlawanan: 2 gol
*Minit paling awal gol dijaringkan oleh Kedah: 11' (dijaringkan oleh Pablo Pallares , game lawan  KL)
*Minit paling awal Kedah bolos: 3' (game lawan KL)

Senarai Penjaring: 


jaringan dan bolos kebanyakan berlaku pada separuh masa ke-2



Perbandingan 2017 & 2018 utk LS#1-LS#5

Keputusan 2017


Berdasarkan atas,
*Kedah memiliki 11 mata.
*Jumlah kemenangan: 3
*Jumlah seri: 2
* Kedah  mempunyai 10 biji jaringan gol
*Kedah mempunyai 5  bolosss.
*Purata jaringan gol setiap perlawanan: 2 gol
*Purata bolos setiap perlawanan: 1 gol

Perbandingan:
* Prestasi Kedah merosot pada tahun 2018, dengan berlaku penurunan mata, dari 11 ke 6
*Kedah mencatatkan 2 kekalahan untuk 2018, manakala Kedah TIDAK TEWAS untuk 5 perlawanan terawal Liga Super.
* Jumlah jaringan yang sama.
*Jumlah bolos yg meningkat pada tahun 2018, dari 5 bolos ke 12 bolos. Something wrong dengan barisan pertahanan.. huhuhuhu


Penyenaraian pemain FIRST X1.
NOTE: DI DALAM KURUNGAN  () PENYENARAIAN SEBAGAI PEMAIN SIMPANAN

5/ 5 perlawanan:

Tahniah!
1. Mohd Rizal Mohd Ghazali  
2. Pablo Pallares

4/5  perlawanan

1. Khairul Helmi Johari
2.Muhammad Ariff Farhan Md Isa
3. Baddrol Bakhtiar
4. Sandro Da Silva Mendonca (1/5)
5. Liridon Krasniqi

3/5  perlawanan

1.Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim (GK)
2.Muhammad Syazwan Tajuddin
3.Muhammad Akhyar Abdul Rashid (2/5)
4.Andik Vermanshah

2/5  perlawanan
1.Asri muhammad (GK) (2/5)
2.Alvaro Silva
3.Muhammad Akram Mahinan (3/5)

1/5  perlawanan

1. Mohamad  Syawal Nordin (3/5)
2. Nofiqrie abdul talib (3/5)
3. Muhammad Amirul Hisham Awang Kechik (4/5)
4. Muhammad Farhan Roslan (4/5)
5. Mohd Syazwan Zainon (2/5)
6. Muhammad Hidhir Idris (2/5)
7. Abdul Halim Saari (2/5)

0/5  perlawanan
(Semoga mendapat peluang pada masa akan datang.work hard & never give up!)

1.Abdul Hadi Abd Hamid (GK)  (1/5)
2.Osman Mohd Yusoff (2/5)
3.Mohd Asri Mardzuki (1/5)
4.Muhammad Hanif Mat Dzahir
5.Muhammad Zafuan Azeman (1/5)
6. Syazwan Jamil (GK) ( 2/5)

* Perasan tak, antara semua, ada seorang yang langsung tidak disenaraikan sama ada sebagai pemain kesebelasan utama ataupun gantian... Muhammad Hanif Dzahir.... tak tau la sama ada dia injured ka apa. tapi setakat ini, ramon marcote tidak pernah menyenaraikan beliau.


Kesimpulan: Prestasi kurang memberansangkan. Semoga Kedah terus bangkit untuk memberi saingan dalam liga.

Sunday, March 4, 2018

HijauKuning: Keputusan perlawanan Kedah bagi Shopee Piala FA 2018

Salam,
Sekadar perkongsian .

Pusingan Kedua

Date: 3/3/2018
Venue: Stadium Darul Aman

Kedah (1)                   vs   Negeri Sembilan (0)
Baddrol Bakhtiar (119'')                     

Ahamdulillah....kemenangan untuk Kedah,perlawanan yang mendebarkan....mendapat jaringan di akhir2 minit. Tahniah Kedah!

Misi teruskan pejuangan!

cabutan undian pusingan ke-3 sebentar tadi...

Kedah vs Pahang

definitely, will be a tough task for Kedah & interesting match!...

Pusingan Ketiga
Date: 13/3/2018
Venue: Stadium Darul Makmur

Kedah (0)                   vs   Pahang (1) 
                                       Sumareh (45'')

Berakhirlah perjuangan kedah...huhuhu                     

Sunday, February 4, 2018

HIjauKuning; Analisis perlawanan skuad HIjau kuning untuk perlawanan Pra musim 2018

 Salam,
Sekadar perkongsian analisis persembahan skuad Kedah sepanjang Pra musim 2018 yakni termasuk Piala Super Suramadu.

P/S: Keputusan saingan perlawanan persahabatan pra musim (Klik HERE) dan keputusan Piala Super Suramadu [klik HERE]

Jumlah perlawanan: 7
Jumlah Gol: 12 gol
Jumlah bolos: 9 gol
Purata jaringan gol setiap perlawanan: 1 gol
Purata bolos setiap perlawanan: 1 gol

Senarai Penjaring: 

1.Pablo Pallares (4 gol)
2.Hidhir  (2 gol)
3.Zafuan (1 gol)
4.Rizal Ghazali  (1 gol)
5.Baddrol Bakhtiar (1 gol)
6.Akhyar Rashid (1 gol)
7.Sandro ( 1 gol)
8.Akmal Azmi (1 gol)


Overall % keputusan perlawanan

Jumlah game MENANG: 3
                       SERI: 3
                       KALAH: 1

Keputusan perlawanan pra musim yang baik. Dari 7 perlawanan, hanya 1 sahaja tewas & 6 TIDAK TEWAS .



HijauKuning; Keputusan perlawanan Kedah untuk Unifi Liga Super Malaysia 2018

Salam,
Sekadar perkongsian .

Date: 3/2/2018
Venue: Stadium Larkin
LS#1: Kedah (1)     vs   JDT (2)
         Pablo (15')                     Luciano Figueora (28')
                                                          Marcos Antonio (58 ')

huhu.Kedah tidak berjaya mempertahankan Piala sumbangsih yang dimenangi tahun lalu.Permulaan yang kurang baik yakni Kedah tewas!huhu

Date: 6/2/2018
Venue: Stadium Darul Aman
LS#2: Kedah (1)   vs   Perak (3)
             Sandro (78' P)             Gilmar (20')
                                                     Nazrin nawi (85')
                                                     Nazirul naim (90'+3')

Kekalahan ke -2 berturut -turut..huhuhu.moga terus bangkit skuad hijau kuning.

Date: 11/2/2018
Venue: Stadium Batu Kawan
LS#3: Kedah (1)                      vs   PKNP Fc (0)
           Akhyar rashid (85')

Date: 25/2/2018
Venue: Stadium shah alam
LS#4: Kedah (4)                 vs   PKNS Fc (3)
           Liridon Krasniqi (34', 57' (P))                 Faris Ramli (31')
            Ariff Farhan ( 90'+2')                               Mahali Jasuli ( 47', 90'+4')
            K Rueben ( 69'(own goal))

Date: 10/3/2018
Venue: Stadium Cheras
LS#5: Kedah (3)           vs   KL (4)
        Pablo (11', 91')                               Zaquan Adha (3')
            Liridon Krasniqi (51')                    Paola (62' (P), 82')
                                                                    Ashri chucu (95')
Date: 13/4/2018
Venue: Stadium Darul Aman
LS#6: Kedah (4)                     vs   Selangor (0)
                Syazwan Zainon (5')
                Sandro (45', 72')
                Akram Mahinan (85')
p/s:A good start after a month break. Congrats to Coach Nizam (new coach)

Date: 27/4/2018
Venue: Stadium Ismail Nasarudin
LS#7: Kedah (1)                  vs   Terengganu FC (1)
                Baddrol bakhtiar (64')                            K Partiban (44')

Date: 1/5/2018
Venue: Stadium Darul Aman
LS#8: Kedah (3)  vs   Negeri Sembilan (3)

 Date: 5/5/2018
Venue: Stadium Darul Makmur

LS#9: Kedah (2)  vs   Pahang FA (2)

Date: 13/5/2018
Venue: Stadium N9


LS#10: Kedah (2)  vs   Negeri Sembilan  (1)
                   Liridon
                   Akhyar

Friday, January 19, 2018

HijauKuning : Pra musim 2018;

KEDAH VS UKM FC

date:27/1/2018
Venue: UUM Sintok

Keputusan: Kedah (2)                         -        UKM FC (0)
             Akhyar Rashid (27')
             Sandro (73')

Alhamdulillah, kemenangan lagi. Sudah tamat perlawanan pra musim buat skuad Kedah. Next, bermula perjuangan skuad Kedah untuk musim ini.


KEDAH VS SUPHANBURI FC

date:24/1/2018
Venue: Stadium Darul Aman

Keputusan: Kedah (1)              -        SUPHANBURI FC (3)
             Pablo

Kekalahan pertama sepanjang pra musim tahun buat skuad Kedah.huhu


KEDAH VS PULAU PINANG

date:21/1/2018
Venue: Stadium Batu Kawan

Keputusan: Kedah (2)              -        PULAU PINANG (1)
             Akmal azmi (17')           Alafi Mahmud (11')
             Pablo (73')


Jaringan dari pablo lagi:) Semoga persembahan yang baik diteruskan oleh skuad Kedah.


KEDAH VS PKNP

Date:17/1/2018
Venue: UUM Sintok

Keputusan: Kedah (2)     -    PKNP FC (0)
             Baddrol
             Pablo

Yeay, tak bolos!!!

Semoga terbang tinggi selalu hijaukuning!:)

Monday, January 8, 2018

HijauKuning: Piala Super Suramadu 2018, Surabaya

Salam,
Semoga skuad Hijau Kuning berjaya mencatatkan keputusan yang baik.





Update:
Keputusan:

8/1/18:  Kedah (2)     vs        Persela (2), 
             Zafuan (53')               (30')
             Hidhir (70')                (58')

9/1/18: Kedah (1)      vs         Persija Jakarta (1)
             Hidhir (55')                Marco Simic (20')

12/1/18: Kedah (2)         vs         Madura United (2)
             Rizal Ghazali (64')             (6')
             Pablo Pallares (90'+)         (35')

Overall result: 3x SERI, Tempat ke- 3.
Total gol dijaringkan: 5
Total gol bolos: 5
Gol dijaringkan separuh masa kedua: 100 %
Gol bolos: First half: 4  (80%)
                  Second Half: 1 (20%)

Kesimpulan:

1. Skuad Kedah banyak bolos di separuh PERTAMA. Nampaknya, pertahanan lambat panas & lambat bersedia.

2. Jaringan gol hanya pada separuh masa KEDUA.  Kedah mampu comeback walau ketinggalan, kekuatan mental player semakin bagus.

3. Kemunculan penjaring muda baru dalam skuad hijau kuning yang bakal menyinar, Hidhir & Zafuan.










Monday, November 20, 2017

Analisis skuad Hijau Kuning sepanjang Liga Super 2017

 Salam,
Sekadar perkongsian analisis persembahan skuad Kedah sepanjang Liga Super 2017.
Kedah mendapat tempat ke-4 secara keseluruhan dengan 35 mata.
Jumlah perlawanan: 22
Jumlah Gol: 45 gol
Jumlah bolos: 33 gol
Purata jaringan gol setiap perlawanan: 2 gol
Purata bolos setiap perlawanan: 1 gol
Penjaring gol terbanyak: Ken Ilso Larsen ( 15 gol)


keputusan keseluruhan
Berdasarkan carta di atas, keputusan keseluruhan Kedah ialah:
Menang: 41 % (9 perlawanan)
Seri: 36 % (8 perlawanan)
Kalah: 23 % ( 5 perlawanan)

Jumlah peratusan Kedah TIDAK KALAH77 % 
Kedah tewas kepada pasukan: T-Team, Perak, Pahang, Felda United FC dan Sarawak.

Seterusnya, mari kita saksikan persembahan skuad Kedah di Stadium Darul Aman.



Berdasarkan carta di atas, keputusan Kedah di SDA dicatatkan ialah:
Menang: 55 %  (6 perlawanan)
Seri: 27 % ( 3 seri)
Kalah: 18 % (2 kalah)
Jumlah peratusan Kedah TIDAK KALAH di SDA:  82 % 
Kesimpulan: Skuad Kedah boleh dikategorikan dalam gred “A”  (melebihi 80%), yakni amat baik untuk perlawanan di tempat sendiri.


Berikut, keputusan Kedah di tempat lawan,



Berdasarkan carta di atas, keputusan Kedah di tempat lawan  ialah:
Menang: 27 %  (3 perlawanan)
Seri: 46 % ( 5 seri)
Kalah: 27 % (3 kalah)
Jumlah peratusan Kedah TIDAK KALAH di tempat lawan:  73 % 
Kesimpulan: Skuad Kedah boleh dikategorikan dalam gred “B”  (melebihi 70%), yakni baik untuk perlawanan di tempat lawan. 

Semoga skuad hijau kuning terus maju pada masa hadapan!:)

Sumber:



Done by;
Eija a.k.a peminathijaukuning


p/s: Boleh tambah hobi untuk membuat analisa skuad kedah pada masa akan datang.hahhahahah. Sebenarnya, rindu nak buat research/data analisis keputusan experimen di lab, at least buat ni tak hilang skill memplot di excel.hahahhahah



Saturday, May 27, 2017

Hijau kuning JUARA PIALA FA!

Tahniah buat pasukan hijau kuning #throwback.
Yeay, next year misi ke Asia.
All the best!

Eija a.k.a penyokong hijau kuning

Tuesday, May 16, 2017

Hijau kuning mara ke Final Piala FA 2017

Alhamdulillah..
One step more to be champion for FA Cup and qualify for AFC Cup!
All the best and may "hijau kuning" terbang tinggi :)
Kedah vs Pahang for the final. #hijaukuningselamanya


p/s : Esok mengadap laptop untuk beli tiket ;P

Wednesday, February 1, 2017

Kempen derma darah di stadium darul aman

Source: FB Derma darah kedah/perlis

Salam,
Untuk makluman semua, team bank darah bahagian kedah/perlis ada menganjurkan program menderma darah pada hari penjualan tiket perlawanan bola sepak pasukan Kedah.
Selain mendapat pahala menderma, anda juga berpeluang mendapat tiket bola FREEEEEE......
Hehe. Rebutlah peluang ini :)

Yang Eija perasan, program ini telah berlangsung sejak tahun lepas lagi. Sekadar perkongsian,
Eija pernah pi cuba nak derma darah kt bas ni pada perlawanan kedah yang lalu, namun tidak berjaya disebabkan hemoglobin Eija rendah, tak melepasi paras hemoglobin yang ditetapkan.huhu.

Oh, untuk menderma,

1. Isi borang yang disediakan. Untuk warga berumur bawah 18 tahun kebenaran penjaga diperlukan.
2. Lepas dah isi borang, naik bas (seperti gambar di atas) dan serahkan kepada nurse yang bertugas. Nurse yang bertugas akan memeriksa paras hemoglobin kita.
3. Kemudian, kita akan berjumpa doktor (terdapat bilik doktor atas bus tersebut). Untuk yang tidak berjaya melepasi paras hemoglobin pun kena jumpa doktor tersebut. Pada yang tidak berjaya menderma, doktor akan bekalkan acid folic & iron tablet untuk meningkatkan hemoglobin kita serta beliau juga akan memberikan nasihat tentang pemakanan :)
4. Pada yang berjaya menderma, tunggu turn untuk menderma & akan mendapat tiketbola FREEEEE. Namun tiket adalah LIMITEDDDD.(Ketika Eija cuba menderma hari itu, 40 tiket diperuntukkan ).Oh,lokasi bus ini terletak berhampiran kaunter A3 ( ketika Eija p hari itu, klu ada perubahan,harap maaf).

Jom, derma darah!

p/s: Untuk maklumat lanjut, sila rujuk FB Derma darah Kedah/Perlis.



Sunday, October 16, 2016

alhamdulillah..

alhamdulillah, 15/10/2016 seem a blessed day for me..

1. for lunch, my aunt cook nasi beriani to celebrate my birthday.

2. for dinner, my mom prepared pulut & fried bihun and i got a surprised birthday cake from my aunt. never expect it. we enjoyed eating while watching a semi final football match between kedah vs pdrm.

3. Hijau kuning managed to go to final of malaysia cup.alhamdulillah.yeay,let's go to shah alam to watch the final. prior to that, a mission to have the final ticket first:P

Saturday, January 9, 2016

Throwbaek 2015, Part II

Sambungan kisah 2015..

Medan, Indonesia (5-7 September 2015)

perkampungan orang batak


Batu Pahat, Johor (Oktober)

Menghadiri konvokesyen adik Eija. Tahniah Ayeh


Sempat terjah dua tempat makanan yg best kt batu pahat ni. Nasi lemak chik chom dan putu bambu juriah.sedapppppp.benda wajib try bila mai batu pahat.

nasi lemak chik chom..org berator panjang



Ho Chi Minh City. Vietnam (Nov 2015)


mekong tour


Si handsome aqilll

Final Piala Malaysia 2015, Kedah vs Selangor (Nov 2015)

Finally tahun 2015, kedah masuk final :) Tahniah buat pasukan helang merah walau tewas. Bangga dengan pasukan hijau kuning dapat melangkah sehingga ke final piala malaysia, piala paling berprestij di Malaysia :) Pulun kedah pulun!!!!!Kenangan di stadium shah alam :)





Taman Tasik Darul Aman Jitra, Kedah

Ronda-ronda tasik darul aman jitra dengan buggy :)



Taman Tasik Taiping, Perak (December 2015)

Singgah sat menikmati keindahan Taman Tasik Taiping.

Pokok yg unikkk





The End. 
Hope 2016 will be nice to me:)