Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Sunday, August 8, 2021

Olimpik Tokyo 2020 melabuhkan tirai...

8/8/2021...
Berakhir Olimpik Tokyo 2021..
Malaysia menamatkat edisi kali ini denagn 1 pungutan pingat perak & 1 pingat gangsa..
Tahniah Dato Azizul Awang & beregu badminton,,Aaron Chia & Soo Wei Yik atas pingat yg berjaya dimenangi..
Terima kasih atlet semua atas pengorbanan anda!Keep Fighting!
Terima kasih Astro Arena bawakan siaran langsung atlit2 Malaysia dan ilmu baru yang dikongsikan bersama2 tetamu jemputan...
Arigato!
Next,Sukan Olimpik 2024 di Paris! In Sha Allah

p/s: Terima kasih Shah Firdaus kerana memberikan motivasi untuk terus bangkit berjuang!  The determination will move you on! All the best in Paris 2024.

Sunday, June 27, 2021

Inovasi face mask dari Siti Khadijah!

 Salam

Suka Eija kongsikan inovasi face mask dari siti khadijah yang memenuhi keperluan wanita yang berhijab...

2 ciri mask yang dimiliki:

1. Ada stopper

-Ada stopper di tali maka senang untuk kita adjust kedudukan stopper mengikut keselesaan ketika pakai ataupun ketika kita buka mask dan tergantung di leher.. tidak memerlukan extender

2. Safety magnet

-Bila kita tidah mahu memakai dan sangkutkan di leher, terdapat 2 magnet di hujung penutup muka yang membolehkan mask ditutup dan ruangan dalam tidak terdedah kepada kotoran/tercemar...

Selain itu, kain face mask ni lembut ja & selesa:)

Nama Produk :Siti Khadijah Adjustable Head Loop Face Mask



                                                Gambar2 di atas dari website Siti Khadijah

Tengok ,tertutup elok kan mask disebabkan magnet tu..I love it!

Wednesday, June 2, 2021

5 Ebook Content by Khairul Hakimin hanya RM 30!

 Salam.

Promosi dari bapa viral kebangsaan ,tuan Khairul Hakimin Muhammad hanya bernilai RM 30 untuk Ebook Content...

Boleh belajar cara-cara menulis content di media sosial..boleh dapat ilmu baru...Eija pon dah beli :P

 Dapatkan sebelum 4 June 2021..sebab lepas ni dah tak dijual Ebook ni..

Nak beli? Klik bawah ni:

https://khmonecookies.com/shop/002413

https://khmonecookies.com/shop/002413

https://khmonecookies.com/shop/002413

Jangan lepaskan peluang terbaik ni:)


p/s: Nak beli cookies pon boleh dari link tu..review dari Eija klik SINI... nak daftar dropshipp KHM OneCookies klik SINI .Percuma ja :) Boleh kita cuba tambah pendapatan dengan Dropship:)

Tuesday, June 1, 2021

1 Jun 2021. PKP 3.0

  Salam.

Hari ini bermula PKP 3.0 yg lebih ketat...

Sama2 kita patuhi SOP & Duduk di rumah...

Semoga virus Covid-19 dihapuskan dari muka bumi ini..

kepadau-MU ALLAH kami berdoa dan berserah....

Semoga semua urusan kita didunia ini dipermudahkan.. 

Pejam celik dah masuk bulan Jun yg bermakna hampir setengah tahun dah kita harungi 2021...

Cepatkan masa berlalu...

Hati-hati semua dan jaga diri..



Wednesday, May 6, 2020

Kisah Emas dengan Eija

Salam,
Baru-baru ini viral di media sosial mengenai ramai orang beratur di kedai pajak gadai selepas PKP-B membenarkan sektor ekonomi di buka... berkemungkinan mereka memajak emas ataupun mengambil emas yang dipajak...
Sekadar perkongsian bagaimana emas membantu memenuhi kehendak Eija.heheh

Kisah pertama

Pertama kali Eija jual gold bar yg Eija ada kerana trip ke Yogjakarta pada tahun 2017. Trip NI .
Rasa gold bar dalam 2.5/2 gram tak silap (sorry dah tak ingat) ... habuan untuk belanja untuk trip tu...Seingat Eija, rugi bila Eija jual gold bar tu sebab harga Eija beli lagi mahal...pengalaman... terdesak jual time tu sebab nak buat belanja g travel dan Eija tak bekerja time tu....

Kisah kedua

Eija baru start kerja dalam 2-3 bulan....tak sempat nak simpan duit...Kali ini Eija pajak rantai tangan Eija dekat Ar Rahnu Yapeim...untuk belanja trip NI.. trip ke Indonesia lagi pada tahun 2018... hahah... Kali ini Eija pajak rantai tangan emas kerana yakin boleh bayar balik sebab kontrak kerja Eija setahun.. Selepas 6 bulan pajak, Eija berjaya ambil balik rantai tangan emas Eija... travel dapat pergi, rantai emas masih ada...hehe..itu pentingnya ada emas...pengalaman pertama Eija pajak emas:)

bila nak boleh terbang lagi?

Kisah ketiga

Eija kumpul emas melalui HelloGold , kemudian jual melalui app dan duit dapat tu Eija beli gold bar Yapeim 2 gram. Tapi Eija simpan dalam 2 bulan ja,pastu Eija jual sebab nak beli handphone.. hahahahah. Kenapa Eija tak pajak?Sebab kontrak kerja Eija dah abes...Eija tak nak tanggung risiko bayar upah Ar-Rahnu..Maka lebih baik jual terus...

Pengalaman Eija jual beli gold bar di Ar Rahnu Yapeim boleh klik SINI.. Time jual ni Eija dapat keuntungan dalam 2.75%. Sekarang Eija dalam proses kumpul balik emas di HelloGoldheheh

Rupa gold bar Yapeim
Sekadar perkongsian pengalaman Eija....

1. Jual emas terus jika rasa tak mampu nak konsisten bayar upah Ar-Rahnu. Fikir yg mana terbaik, nak jual atau pajak.
2. Boleh kumpul emas sikit-sikit, melalui HelloGold, bermula serendah RM 1..
3.Senang urusan beli dan jual gold bar di Ar Rahnu Yapeim dan urusan pajak. Urusan pajak boleh diselesaikan dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun...
4. Boleh kumpul emas serendah 0.5 gram (gold bar).
5. Boleh kumpul emas untuk dana kehendak atau kecemasan kita. Bila tiada duit , boleh pajak emas tu..
6. Bila beli emas, ada juga nampak duit hasil kita kerja (bagi Eija la)..hehe...
7. Emas membantu Eija pergi travel :P.. nak simpan duit asyik bocor ja, so, target Eija simpan emas untuk pergi travel :P

Kesimpulan: Kita cuba pastikan ada simpanan emas juga...Ada emas,ada duit :P





Friday, April 3, 2020

Pengeluaran akaun 2 KWSP (i-Lestari)

Salam,

Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan kebenaran untuk  mengeluarkan akaun 2 KWSP (maksimum RM 500) untuk membantu rakyat sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sekadar perkongsian bagaimana Eija memohon :

* Permohonan dilakukan menggunakan laptop selepas app I-Akaun tidak dapat di akses selepas kebenaran untuk permohonan bermula 1 April.

* Untuk yang dah ada akaun i-Akaun.

Cara-cara:

1. Log in web KWSP dan pilih " Withdrawal". Kemudian klik "New Application".


2. Kemudian  pilih "i-lestari" untuk Withdrawal type. Kemudian, akan di paparkan syarat2 pengeluaran dan tarikh tutup permohonan adalah 31 Mac 2021.



3. Kemudian, masukkan amaun yang dipohon (maksimum RM 500) dan masukkan maklumat Bank kita.

4. Cek details yang dipaparkan dan pastikan betul sebelum tekan "submit". Klik juga dekat box declaration. Selesai.Mudah ja :)


5. Nak cek balik status permohonan anda? Pergi kt "withdrawal" dan dipaparkan seperti di bawah:


Semoga dapat membantu!:)

#StayAtHome #KitaMestiMenang 

Friday, March 20, 2020

20.3.2020

Hari Jumaat pertama tiada Solat Jumaat di Malaysia. #StayAtHome

Wednesday, March 18, 2020

Covid-19

Salam,
18/3/2020- Hari ini bermula kawalan pergerakan rakyat malaysia. Dan akan berkahir pada 31March 2020 (jika isu covid-19 tidak berkurangan ada possibility akan dilanjutkan lagi). Mari kita berusaha dan berdoa selalu.

Usaha yang kita boleh dilakukan:

1. Selalu hand sanitize or sabun tangan selalu.
2. Stay at Home everyone!


May Allah protect us from the virus.
Thank you  untuk team kesihatan dan dan sebaginya yang berusaha untuk mengekang virus ini,
You are our heroes!

Thursday, January 9, 2020

Misi 2020

Salam,
Sekadar perkongsian misi Eija untuk tahun 2020.

1. #RoadtoFreeFlightTicket

Ya, masih meneruskan misi #RoadtoFree FlightTicket... Hopefully, tahun ini berjaya redeem tiket AirAsia :) dan berjaya pergi melancong ke luar negara :)

2. #RoadToPassiveIncome

Nak cuba untuk mewujudkan passive income. Antaranya melalui affiliate , dividen, (eg:ASB -kena menabung banyak2 :P)

3. #DanaPersaraan

Memulakan #DanaPersaraan... kena mula dari sekarang :)..Perancangan Eija melakukan tabungan sendiri di dalam KWSP.

4. #TambahIlmu

Untuk misi #TambahIlmu, perancangan Eija, sama ada Eija menyambung pengajian ataupun paling kurang enroll class online.

5.#1Buku1Bulan

Misi membaca :) Semoga istiqamah



Doakan Eija berjaya dengan misi Eija :)


Thursday, January 2, 2020

Selamat Tahun Baru 2020!

Semoga tahun ini membawa sinar kejayaan , kebahagian , kekayaan buat kita semua.


p/s: Alhamdulillah, 1 Januari 2020, Eija menerima anak saudara baru :):):)

Friday, November 29, 2019

Pengeluaran wang dari SSPN-i


[kemaskini pada 3/12/2019]
Salam,
Baru-baru ini Eija mengeluarkan duit dari simpanan SSPN-i (Skim Simpanan Pendidikan Nasional). Niat Eija menyimpan sikit dalam SSPN untuk digunakan bila nak sambung belajar...hehe..Moga dimurahkan rezeki untuk menyambung ke peringkat tertinggi. Amin.


Cara pengeluaran?

1. Pergi ke pejabat SSPN.
2. Isi borang pengeluaran (Pengeluaran hanya akan masuk ke dalam akaun bank)

Salinan slip pengeluaran

3. Tunggu wang masuk dalam akaun (dalam 2 hari juga untuk masuk ke dalam akaun bank). Eija pi pejabat 26/11/19, duit masuk dalam akaun 28/11/19.



Ija juga baru Cuba, pengeluaran duit sspn di ATM Bank Islam. Cara:

1.Pilih Sspn di mesin paparan ATM
2.Pilih daftar akaun SSPN (utk yg first time nak link ke kad Bank Islam).
3.Masukkan Ic no & akaun no SSPN.
4.Selepas setelkan daftar, baru boleh me lakukan pengeluaran.
5.Setiap pengeluaran dicaj 50sen.
Senang lagi dari pengeluaran di kaunter sspn :)


Btw, simpan di SSPN ni pon dapat dividen..untung juga :)
Sebarang perihal  mengenai  SSPN boleh ke SINI

Semoga dapat membantu..

Saturday, November 9, 2019

Salam Maulidur Rasul

Salam,
Mari bersolawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w..Kekasih ALLAH..

Ya Allah,
Semoga kunjunganku menziarahi Rasullullah yang lalu bukan terakhir buatku. Amin.

Makam Rasullullah s.a.w  berada di bawah kubah hijau di Masjid Nabawi 

Wednesday, December 12, 2018

3 Apps penting dalam handphone Eija untuk 2018 #TipJimatEija #TabungTravelEija

Salam,
Untuk tahun 2018 ini, Eija nak berkongsi 3 Apps penting dalam handphone Eija. Apps ni cara penjimatan Eija dan cara tabungan Eija untuk travel. Penting untuk merancang:):)

1. BigPay #Roadtofreeflighttickets

Kenapa penting? sebab Eija gunakan untuk kumpul AirAsia BigPoints seterusnya Eija aim untuk redeem flight ticket #Jimat

Referral code : 4LBRSXK6ZJ (masukkan kod ini  untuk mendapat RM10 :)

Review: Klik SINI


2. Boost App  #TipJimatEija

App/E-wallet ini penting bagi bagi penjimatan duit Eija. Setiap kali pembayaran menggunakan Boost App akan mendapat "shake rewards". Shake rewards bagi Eija macam cashback. Setakat ini paling tinggi Eija dapat "RM 1.50"/shake. Selalu yg Eija dapat 10sen,20 sen dan 50sen. Nampak sikit,bila kumpul lama2 jadi bukit.hehe :):) ..Selain itu, Eija top up Boost App menggunakan BigPay. Maka, bertambah cara untuk memaksimumkan penggunaan BigPay.

Review: Klik SINI

3. HelloGold #TabungTravelEija

Hello gold ini platform Eija untuk membeli emas serendah RM 1. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Selalunya hasil shake reward dari Boost app, Eija akan gunakan untuk fund ke HelloGold. Kerjasama antara Boost App dan HelloGold membolehkan Eija topup HelloGold menggunakan BoostApp secara percuma #Jimat. Selain itu, setiap topup ke HelloGold menggunakan Boost App akan mendapat "shake reward". Untung kan. Dapat menggandakan tabungan Eija dalam HelloGold.
Contoh: Eija budget RM10 untuk topup HelloGold utk membeli emas. Selepas topup menggunakan Boost App, dapat shake reward "RM1". Maka, asal EIja nak simpan RM10 saja, tetapi Eija dapat simpan emas bernilai RM11.Untung kan.

Referral code: ROSN05BQ (*will get RM5 rebate when buying gold at the buy gold page with min RM50 worth of gold).


Proses Eija menabung & mengumpul AirAsia Bigpoint



Sekian, perkongsian cara Eija menyimpan untuk travel pada masa hadapan:):)
Download la apps2 ini :)

Monday, August 13, 2018

Pengalaman guna Boost App # TipJimatEija

[Kemaskini pada 6/11/2019]
Salam,
Sekadar pengenalan, Boost App adalah konsep e-wallet masa kini dan ala prepaid. Kita kena topup sama ada melalui kad kredit/debit ataupun online transaksi.

Pada mulanya, Eija hanya bertujuan menggunakan Boost App ini untuk Topup HelloGold  #TabungEija ( no service charge). Dulu, Eija dok topup HelloGold guna online banking dan setiap transaksi dikenakan charge RM1.20. Maka, sekarang dapat jimatkan duit Eija!:) #TipJimatEija.

Faedah lain yang Eija dapat dari penggunaan Boost App setakat ini :

A) Dapat SHAKE REWARDS. Boost Coin

Antara penggunaan yg Eija lakukan seperti berikut:

 1. Topup HelloGold


      Tips dpt byk kali SHAKE Rewards: Transfer skit2 ke HelloGold, Contoh: Eija transfer RM 2 sebanyak 5 X, instead of transfer terus RM 10 :p). Dahla transfer FREE, dapat reward lagi. Untung Eija :)  Boleh kumpul Boost coin.

p/s:Referral code HelloGold: ROSN05BQ (*will get RM5 rebate when buying gold at the buy gold page with min RM50 worth of gold).


Shake rewards Eija
2. Pembayaran tiket bus di web busonlineticket.com
3. Pembayaran di TESCO
4. Pembayaran di web 11street
5.Pembayaran di web PTS Book Cafe
6. Pembayaran di web Photobook Malaysia
7. Pembelian tiket kapal terbang dari FireFly.
8. Pembayaran di WATSON. 
9.Pembayaran di DIY.

B) Dapat tambah AirAsia Bigpoints sebab Eija guna kad BigPay untuk topup Boost App :) Memaksimumkan penggunaan BigPay :) 


Cara lain untuk memaksimumkan penggunaan kad BigPay? Klik [SINI]
Cara untuk tambah AirAsia Bigpoints? Klik [SINI]

Melalui Boost App boleh bayar bil utiliti, Topup prepaid handphone, beli voucher TeaLive dgn diskaun dan macam-macam lagi voucher yang ada.  Selain itu, boleh menderma juga. Ada Tabung BersamaMu, Tabung harapan dan lain-lain lagi. Selain itu, boleh transfer  duit ke akaun Bank menggunakan Boost App tapi charge 2 % dikenakan dan transaksi minimum RM30.

Perkhidmatan yg disediakan di Boost App

Sila download Boost App ini...penjimatan!!!!! Gunakan code Eija : ros0TD0 :)  ros23cyf



Untuk makluman, reload minimum untuk boost app ialah RM 10 sama ada melalui online banking ataupun kad debit/kredit.

Boleh kumpul BOOST COIN  dan redeem reward [Sistem baru BOOST sejak November 2019]

Pilihan REWARD yang menarik bagi Eija semestinya DUIT :p

RM 2 = 210 coins   --> RM 0.0095/Coin
RM 5= 525 coins   ---> RM 0.0095/Coin
RM 10 = 1000 coins -> RM 0.01/ Coin
RM 15 =1365 coins -->  RM 0.0109/ Coin
RM 20 = 1740 coins--> RM 0.0115 /Coin
RM 30 =2610 coins --> RM 0.0115/ Coin

Lepas tu, sistem baru ini juga ada Level kategori masing bergantung kepada perbelanjaan dan berapa kali transaksi.

Semoga dapat membantu anda!:)


Wednesday, March 21, 2018

Pengalaman hari ini

Bertabahlah staff  perubatan semua....

Hari ini Eija pergi melawat sepupu yg accident baru-baru ini,..
Hari ini pengalaman pertama, dengar patient memaki doctor dengan suara yg kuat...doctor b*b*...huhu.
maki  satu bilik boleh dengar...bukan setakat itu, macam2 lagi word2 negatif  yang keluar dari mulut seorang pak cik tua....huhuh
iitulah antara kerenah patient yg kena hadap....
bertabahlah staff perubatan semua...

Untuk semua, mari perbaiki diri....
Bersyukur atas nikmat kesihatan yg ALLAH beri kepada kita...


Saturday, July 8, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Eija ohon kemaafan jika ada slah silap selama ini.

Semoga aramadhan yang berlalu pergi bukanlah ramadhan yang terakhir buat kita..

Semoga segala amalan kita diterima-Nya. Amin

Wednesday, June 21, 2017

Rezeki di bulan ramadhan #RiuhkanRayaBSN

Salam,

Alhamdulillah, rezeki di bulan ramadhan.
Berjaya menjadi salah seorang daripada 500 pemenang untuk peraduan mencipta seloka anjuran BSN.
Eija dapat voucher PETRONAS bernilai RM 200 :):):) 
Rezeki, boleh isi minyak banyak-banyak.heheh



Thank you BSN. Thank you PETRONAS.

P/S: Rajin-rajin jenguk FB BSN. Kadang-kadang banyak pertandingan/peraduan di tawarkan. :)

Sunday, June 11, 2017

Halfway of ramadhan

alhamdulillah,
we already passed 15 day of ramadhan.
pecutan utk menambahkan amal ibadah :)


p/s: #projectduitraya #projectkuihsiput is on going :)

Sunday, May 14, 2017

Online survey, Global Test Market boleh percaya ka?

Salam,
Alhamdulillah, I found another legit online survey!
Roughly, it took about 4 months to accumulate points to redeem.
Kindly join Global Test Market (GTM)
The frequent of survey is quite regular and even you are not qualify, you still got points (5 points).


First redeem you got USD 10 which is equivalent almost RM 40.++

Tips: Just click the previous survey email by GTM everyday to know whether there is survey or not.

#sikitsikitlamalamajadibukit #savefortravel

Hope it'll help you.:)



Once have enough point to redeem. Choose paypal to redeem


yeay,redeem USD10

I redeem on 5th May 2017 and the money ready in my paypal's account on 12th May 2017. About a week processing time.


Alhamdulillah :)
Hope will help you :)


Update as of 15 September 2017:

Alhamdulillah, today i received reward from GTM again,value of USD 10.Yeay!! I made a redemption on 6 September 2017 and the reward available in my paypal today (15 sept 2017). About 10 days processing time.



Update as of 18 November 2017:

After previous redeem which was about 2 months, Alhamdulillah,  i received reward from GTM again,value of USD 10.Yeay!! The redemption made on 11 Nov 2017 and the reward available in my paypal on 18 Nov 17.  About 7 days processing time.



Update as of 6 April 2018:
Alhamdulillah, dapat lagi :)



Update as of  10 May 2018:
Alhamdulillah, redeem lagi, tapi this time Eija pilih gift card dari 11street bernilai RM 30.




Update as of 13 January 2019:
Alhamdulillah, dt redeem lg, kali ini, Eija redeem voucher Lazada plak bernilai RM30.



P/S: Other review on legit online survey, Refer below:

YouGov
Toluna
Vase
AIP Online survey


Untuk jawab online survey ni, Eija nasihatkan guna WIFI ya, kalau guna data handphone tak berbaloi rasa.