Showing posts with label promo. Show all posts
Showing posts with label promo. Show all posts

Saturday, October 28, 2017

KidLand, Penang @ Perangin Mall #throwback

Salam,
Eija berkesempatan pergi ke KidLand,Penang yang terletak di Perangin Mall pada 22/3/2017 yang lalu. Tempat yang bagus dan sesuai untuk kanak-kanak. Recommended. Berikut merupakan perkara yang Eija dapat kongsikan berdasarkan pengalaman Eija.Maaf juga sebab dah lama dan ada yang dah lupa.huhu.


Fee/Yuran

Minimum untuk masuk around RM 30++ (including kad untuk reload). Eija lupa kad untuk reload tu depa caj berapa. Tapi untuk mula-mula masuk yg wajib bayar seperti di bawah, RM 30 dan dapat main 3 games FREE.


boleh try free 3 games dalam gambar

Jangan risau kalau nak main lebih seperti pilihan di bawah ,boleh Reload di kaunter yang disediakan.

pilihan game yang ada

Eija tak suggest untuk amik full package sebab tak sempat untuk cover semua game kerana hendak beratur tunggu turn dan kebanyakan slot pon dalam 30 minit gitu. Seeloknya pergi dari awal pagi sampai tutup & rancang game apa anak-anak anda nak try. 

full packege

Bagus Kidland ini untuk pendedahan kerjaya kepada budak-budak.

polis bersiap sedia

naik train

Doktor ajar nak buat CPR

mendengar penerasngan dari doktor

ahli bomba cilik  bersiap sedia


Comel kan tengok budak-budak pakai uniform:):)

Selepas menyertai aktiviti-aktiviti, setiap petugas akan bagi duit seperti dibawah kepada kanak-kanak yang menyertai aktiviti tersebut. Apa gunanya ya?hehe



Untuk makluman, duit2 di atas tu boleh redeem barang di Kidland.Tada, Eija kumpul koleksi duit yang anak buah& sepupu Eija dapat dan tukarkan ke tumbler. Dapat dalam 5 tumbler. Boleh simpan kenangan @ digunakan. hehe. Seingat Eija ,tumbler antara terendah duit yang boleh di tebus.hehe. Bagaimana nak tebus? Eija tanya sahaja dekat petugas2 di situ. Tak silap Eija di tingkat 2, bahagian cafe.Maaf ya kalau info salah.hehe


tumbler with different color


Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web KidLand.
Recommended sangat bawa kanak-kanak ke KidLand ni.

Terima Kasih. Harap membantu.

Saturday, March 15, 2014

Firefly tgh ad promosi!

Promosi utk destinasi domestik.RM49/ way.murah. yang Eija jumpa utk Alor Star -Subang, ad promo dari bulan 4 hingga 6. Hari tu dah beli tiket balik alor staq guna airasia after conference bulan 6 nnt.huhuh.Untungnya firefly free  20kg luggage ok...
cepat terjah firefly website

Friday, February 28, 2014

Jimat @ Kedai makan upin & ipin

salam,
cepat2 grab promo voucher dari groupon..
bayar rm15 tp dapat voucher bernilai rm30~~~
untunggggggg
jom terjahhhh kedai upin& ipin~~

groupon @kedai upin &ipin


Tuesday, February 25, 2014

Semporna bah, Day 1 #TMM2014


Salam,
Last saturday gerak ke tawau dari kl menggunakan airasia.
Tiket flight KL-Tawau-KL only cost RM 130 [beli bln 7 thn lepas lagi :)]
Trip ni kira reunion dgn kwn2 langkawi dulu yakni Ilia & Izzah...
tapi kami p total dalam 9 orang...
Misi utama adalah utk ke Pulau Mabul!

Berkumpul di LCCT, then departed around 11 a.m (tentatively 10.40 a.m), then estimated 2 hours 55 minutes, we arrived at Tawau Airport. Lama gila flight.huhu.
safely landed:)

Turun ja dari flight, mmg cari makan dulu.lapo. breakfast makan roti saja b4 naik flight tu.
Ok, makan nasi ayam + air orange twister kena RM12. ok,fine, dekat airport, harga mahal.huhu.
Oh bila dah sampai tu, ad tour guide yg dtg pick up sebab Eija and the gang g under tour pakej. Pakej 2 hari 1 malam cost us RM300/person.Thank you to Ilia yg carikan pakej ni time Matta Fair.sgt puas hati. Tapi sebenarnya ad 2 trip flight,geng2 oficemate Ilia dtg naik flight tgh hari tu, so kena tunggu depa jgk.
Then sementara tu, makan + sembahyang siap2.

Bila depa dah arrived, kami pon gerak ke Semporna. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam.

van yg membawa kami ke semporna


Tibalah kami di Semporna..Kami menginap di Borneo Global Sipadan Backpackers Lodge.

antara pakej tour yg disediakan
Selepas letak barang, tanpa berlengah decide utk jalan2 di sekitar area situ.
Jalan kaki dalam 5 minit,sampai di Dragon Inn Floating Resort.wowowo, resort atas air.nice~~~



kawasan sekitar




Oh, sekitar sini ad dijual souvenir. Eija grab fridge magnet  Semporna and t shirt tulis mabul~~~hehe. tp honestly, ssh sgt nak dpt fridge magnet/key chain mabul dekat semporna ni.huuhuh. fridge magnet yg paling murah dapat 5 keping RM10. Memang x beli pon fridge magnet/key chain mabul kt sini sebab x jumpa.jumpa satu fridge magnet ni tulis mabul tp harga around rm20++, mmg x beli lahh..huhuh.

Selepas round2 sekitar situ, dalam pukul 6 kembali semula ke tmpt penginapan.then, kami dibawa ke Borneo Semporna Proboscis River Cruise utk dinner. dalam sejam jugak rasa perjalanan kami.tapi kami x la dinner atas cruise ok. ad restoran di situ.




Di area ni byk species monyet Proboscis. color kulit dia koko cerah and kecik skit dari monyet biasa.Kawasan ni pon kawasan paya bakau.


ansara langkawi :)

tp bila sampai tu makanan x ready lagi.huhu. so,kami lepak2 dahulu menikmati udara segar. perasan tak ad bot dekat jeti tu, rs2 nya tu la bot yg digunakan utk tourist yg join river cruise. then, ada performance tau menyambut ketibaan pelancong yg ikut river cruise tour tu..yg join pakej Borneo Semporna Proboscis River Cruise.. kami pon menumpang tengok sama la...for those yg nak join tour tu bleh book kat sini @ sini

performance menyambut ketibaan pelancong yg join river cruise

Then we enjoyed our dinner. makanan yg disediakan ala bufet. ada seafood. tapi yg x best tidak disediakan air sejuk.huhuhu. ad tea/coffee/air masak.hauhauhauah. Kat restoran ni beware dgn monyet2 situ, ad monyet nakal yg boleh amik barang kita.huhu.
Selepas kekenyangan makan dan kena gigit dek nyamuk, kami pon bergerak pulang ke tempat penginapan. Oh, bila pulang pon , org tu buat persembahan jgk. :)
 Selepas rehat sat,keluar balik ke area Dragon Inn resort floating menikmati angin dingin malam :)
Then zzzzzzz.







Sunday, November 24, 2013

Tensionnnnn

Bila tgk promo airasia ni.
hahah.
Cpt 2 la grab tiket for those yg nak travel..
Eija tgk domestic saja..

tadi tgk date cuti hari merdeka:

Tiket return:
Miri - RM55
Sandakan : RM55
Labuan : RM55
JB : RM55

Mode travel domestic ja.Travel oversea biarla ada career yg tetap dulu.hihi.

Oh, 24hb nov ni allocate khas utk owner BIGCARD.So,kira, sapa yg ad kad ni boleh grab awal la tiket promo + xdak la asyik dok dlm waiting room ja.hahaha...
Untungla sapa yg ad BIGCARD sebab AirAsia open utk hunting free seat start on 25Nov...

Saturday, November 23, 2013

MAS vs AIRASIA~

Pada yg suka travel tu, silalah layari website utk grab tiket murah..
2 syarikan airlines tersebut ad promo sales start 25 Nov...
Eija hanya mampu tengok sahaja.huhu
Elaun  x masuk lagi.
Sekian.

p/s:Besttttttnya if dpt grab tiket.huhuuhuh.

Thursday, September 26, 2013

Promo Firefly : RM35 ???

Oh mannnnnnnnnnn.................
Kenapa buat promo time mmg tgh kering gila ni....
Ni promo utk domestik pnya penerbangan...
Kalau la ad extra money mmg nak grab ke KB...
kenapa?
Sebab nak g pulau perhentian..orang ckp besttt....
X pernah smpai lagi.huhuuhuhu


cepat2 grab tiket  ..visit firefly website



Friday, July 5, 2013

Promosi AirAsia kembali lagi!!!

Oh my..
kenapa AirAsia ni selalu menggodaku???
Esok tgh2 malam kena stay up nak tengok promosi destinasi mana yg promo tu...huhuh
walau x mampu nak rembat pon,nk tgk jgk la promosi tu...