Showing posts with label TMM2014. Show all posts
Showing posts with label TMM2014. Show all posts

Sunday, November 30, 2014

Day 3 @ Cameron Highland # TMM 2014 # Pahang # Throwback

sambungan dari sini

28 September 2014

Bangun pagi tetiba rasa malas lagi nak check out.sebab hujan.best gila,sejukkkkk ja pagi2.hehe. tapi tak boleh jadi, ada tempat lagi nak terjah lagi. So, dah agak2 rasa hujan serik, kami pon check out siap2. sebab destinasi kami selepas ini semua dah ke arah destinasi balik. Ya ampun, pg lagi dah jem dekat Cameron ni. Huhu. Destinasi pertama kami hari ini adalah:

Cactus Valley

Masuk adalah percuma. Kat sini tempat untuk shopping cactus. Boleh tengok macam2 color cactus.

cactus color kuning,pink pon adaaaa



Then kami ke

Kea Farm

Yes, again. kami ke Kea Farm. Dah lepas survey semalam, hari ini Eija rembatla strawbery Ada jugak kawan shopping sayur. Selain itu, bunga segar pon ada.Murah-murah jugak. Dah lepas shopping kami sambung ke

Rose Valley @ Tringkap

Kat sini macam-macam color bunga ros ada. Pencinta bunga ros kena terjah sini.Layannnnnn. Fee: RM 4.

Ros among roses

Then kami ke destinasi terakhir,iaitu

Cameron Lavender Garden


Tempat ini merupakan tarikan terbaru di Cameron. Cantik gilossss. Bayaran yg dikenakan RM 5. Kat sini boleh try aiskrim lavenderrrr.wowow.hahah.. 



Cantik

cantikkk

lovely girls with lavender

My labmates :)

My sweet girlsss

Selepas keluar dari lavender garden ni semua dah laparrrr. bila tgk macam dah takdak cafe/gerai terdekat nak makan. So, decide trus  balik universiti. Sempat la on the way tu singgah beli aiskrim dan dadih strawbery dekat Al Mashoor Strawberies.

The End.

p/s: Review pasal Hotel tempat Eija stay, Parkland Express ada di sini

Day 1&2 @ Cameron Highland #TMM2014#Pahang #Throwback

Salam,

Trip ni dah almost 2 bulan lepas. So,dah ingat2 lupa.hehehe. Hari ini tetiba mode rajin nak update. Mood tulis thesis dah ke laut. sebab start khamis depan nak cuti..hehe.nsb baik cuti approve.


26 September 2014

Trip kali ini for having fun, relax and sightseeing. After office hours, kami bertolak dgn 5 buah kereta mengikut Simpang Pulai..ada 2 jalan ke Cameron Highland, satu melaui simpang Pulai dan satu lagi melalui Tapah. Simpang Pulai ni jalan lagi better dari Tapah. Cameron Highland ni dlm 2 jam stgh dah smpai dari uni Eija, tapi tapi, ini merupakan kali ke-3 menjejakkan kaki ke cameron highland sepanjang hampir 8 thn berada di bumi tronoh ini. Sadis gila.huhu. Ini merupakan kali pertama smpai ke sana as Postgraduate student.
Sampai dalam kol 8 lebih di CH, then check in dekat Parkland Express di kawasan Brinchang. For those yg nak bersantai,nak kedamaian better duduk di Tanah Rata sebab dekat Brinchang ni,malam2 busy sikit.Pastu dinner dekat foodcourt depan Parkland. Lepas dinner, ingat nak ronda2 pasar malam Brinchang tapi malangnya kedai semua dah almost tutup. Maybe sebab lewat dah kot. So, kalau boleh before pukul 10 malam pergilah terjah Pasar Malam Brinchang.

27 September 2014

Seawal 8 pagi kami dah gerak ke destinasi pertama kami yakni

Ladang Tea Boh di Sungai Palas

Tak lengkap rasa kalau datang Cameron tak berkunjung ke Ladang Tea...Jalan ke sini sgt cuak jugak la. sebab dah la kecik, pastu bengkang bengkok plak tu.Pastu kat sini pon ada cafe.minum tea sambil menikmati panaroma keindahan... Ada jugak kedai menjual Tea Boh utk dibawa pulang. Sekarang dah macam2 perisa keluar. Selain itu, ada jugak kilang proses tea... Masuk adalah free  dan parking disediakan.


Me



My travelmates:)

Ladang tea

With Erry
Then, selepas bersantai di sini, kami menuju ke

Butterfly Farm

Bayaran masuk ke sini RM 5. Nak parking pon macam susah jugak,tp kami bertuah hari tu senang ja dapat parking.Rezeki :). Kat sini bukan setakat rama-rama ja ada, bunga2,kaktus, dan binatang lain pon ada jugak.



Rama-rama jinak

Cactus besar


Bunga raya besar

Selepas  dah tak larat menangkap gambar, kami ke:

Rajuu Hill Strawbery Farm

Ladang strawberi pon wajib datang jika ke CH. Tapi tapi Rajuu hill strawberry farm ni tak menarik sangat. Kawasan yg dibenarkan melawat dan utk bergambar pon kecik ja.Memang tak berbaloi datang sini. Sila cari strawbery farm lain ya jika berkunjung ke CH. yg kat brinchang tu rasa lebih besar dan menarik rasanya. Nak tangkap gambar pon tak dak feel sgt...huahaua. Tapi sempat la singgah dekat cafe situ utk menikmati strawbery float. Oh,masuk free ja.
Next kami ke:

Kea Farm

Sini macam pasar pagi. So, sayur segar and strawbery murah dekat sini. Then rembat jugak souvenir kat sini. Kemudian kami ke: 

Galeria Time Tunnel

Best gilaa dekat sini. Boleh mengimbau zaman2 dulu. Banyak jugak barang2 zaman dulu, antik punya barang. ala-ala museum. Bayaran dikenakan RM 5. 

Welcome to Galeria Time Tunnel

Selamat Hari Raya



Naik basikal tua

comeyyy
Then, balik rehat-rehat kat hotel, dan malamnya terjah

Pasar Malam Brinchang

Pasar malam ni terletak berhadapan Balai Polis Brinchang. Kami jalan kaki ja ke sini. Untuk makluman, Souvenir di sini (keychain, teddy bear & etc) lebih murah dari Kea Farm. Rugi2, pg td rembat dekat Kea Farm. Huhu. 

Then balik rehat time malam & zzzzzzzzzzzzzz.

Review Accomodation: Parkland Express Cameron Highland #TMM 2014

Salam, 
Last trip ke Cameron Highland (26-28 September 2014), kitaorg stay dekat Parkland Express. Jangan terkeliru dgn Parkland Hotel. Tapi kedua-dua hotel sebenarnya di bawah pengurusan yg sama.Dok sebelah menyebelah ja. Cuma Parkland Express ni ala hotel budget. Time check in pon kena check in dekat Parkland Hotel.


Price
-Total price RM 348.40/2 nights/family room(4 org). Tapi katil besar. 5 org pon boleh masuk..hahah...kira roughly seorang dalam RM87.10 /2 nights/person ..Eija book 4 bilik family room, total around RM1393.60, tapi time bayar dapat diskaun 60sen.haha.

Deposit
Prepare Deposit per room dalam RM50.


Location
-Kawasan Brinchang.
-Jalan kaki boleh sampai Pasar malam. Dekat foodcourt, kedai runcit.Malam2 bising sikit la sebab dekat dgn jalan besar.
-Problem di Cameron ni parking.huhu. Luckily we secured parking dekat kawasan basuh kereta berhampiran hotel ni.


Breakfast
-No breakfast provided.

Room
- Bilik OK.katil besar jugak.
-Untuk makluman, dekat cameron hotel x provide aircond sebab dah sejukkkk gila kat cameron ni.hehe.tambah time g ritu hujan jugak.

Bathroom
-Ok. ad heater.

Wifi
- Provided.

Amenities
TV/ASTRO ada disediakan di dalam bilik, ada hairdryer
-Ad lif. Lif yg disediakan design for OKU dan jarang jumpa dekat hotel. menarik gila lif ni, and jarang jumpa dekat hotel. sebab nak masuk kena buka pintu lif tu dulu, then masuk, then tekan level . First time tengok.jakun sikit. suka dok naik lif tu even slow.heheh.actually parkland express ni 3 tingkat,tak naik lif pon tak pa klu nak naik tangga. tapi dah suka naik lif tu. lama kena tunggu turn pon sanggup.hahheheh

Ni la rupa lif tu.

-
Excited naik lif. With Fareeda

As usual, Eija book hotel ni via Booking.com 

Conclusion :
Recommended.Value for moneyyy.I love to stay here.

Thursday, November 27, 2014

Cameron Highland # Throwback# TMM2014 #Pahang


Salam,
Destinasi yg dekattttt dgn Eija tapiii susaahhhhhh sangat nak sampai sana.hehe.Cameron Highland. 2jam lebih jugak perjalanan.hehe.Since sambung master, ni lah pertama kali jejakkan kaki kembali ke Cameron. Gambar yg tangkap ritu  kena save balik sebab laptop rosak.Huhu. xdapat nak update entry..Ni pon pinjam laptop kakak dulu.huhuh.
Perkenalkan, travelmates Eija kali ni.....
Kali ni rombongan ramai. dalam 4 buah kereta jgk gerak.heheh:)




Muka ceria ja walhal time g berjalan byk keja x setel.hahahahah @Butterfly farm

Sekian.

Saturday, August 9, 2014

Dah ke Belum, Day 2 Part II #TMM 2014

Salam,
Dah berkurun dah entry pasal royal belum ni, tapi x abes2 lagi.hahahhaha.dah igt2 lupa.heheh
Yeay, finally come to the end.

Sambungan dari sini

Selepas naik boathouse, mntak la plaster nak letak dekat tempat kena gigit pacat. But dapat tip baru. Letak air liur utk stopkan darah gigitan pacat tu keluar.hehehe. bila buat mmg terbukti darah dah tak keluar :). Buat makluman , parut kena gigit pacat tu ada lagi sampai hari ni.huhuhuhu.

Continue the journey about more than one hour, parked houseboat. then, naik boat lagi utk ke next destinasi!

yeay,naik boat lagi!
 Destinasi seterusnya: Santuari Ikan Sg Ruok!


 Dalam perjalanan,menikmati keindahan alam semulajadi.


 Sampailah tempat dituju. Jangan lupa bawa roti utk bagi makan dekat ikan. Di sini pon boleh mandi air terjun!heheh. apa lagi terjun dengan hati gembira :):). Dekat sini BOA mewajibkan peserta memakai safety jacket. Safety first!



Selepas dah penat dan kesejukan, naik atas tunggu turn naik boat utk ke boathouse. Pastu makan tengah hari dan beratur amik giliran nak mandi dalam boathouse. Ad 2 toilet ja, so lama jugak la nak amik turn.hehehe. Pastu relax2, then tgk dah nampak kawasan bawah ni.



Dah sampai penghujung trip Royal Belum. Teringin nak repeat lagi.hehehe.
For those yang interested, boleh refer dekat website Belum Outdoor Adventure (BOA).
Honestly, besttttttttt g dengan BOA!

The End.



Thursday, May 29, 2014

Dah ke Belum, Day 2 Part I #TMM 2014

Dengan tido yg nyenyak, bgn2 pagi menghidup udara yg segar. nikmatnya!Alhamdulillah.
Dalam 7.30 pagi tu,kami turun ke houseboat.Untuk menikmati breakfast.Breakfast tepi tasik gitu...klasik gitu.mmg bestt!!!! Time breakfast tu, tgk ad satu trip naik boat kecil sampai ke boathouse. mana depa dah g ni?.jelos.haha. Pastu En Hisham offer if kitaorang nak g tgk Lantern Bugs.Rupa-rupatya trip tu g tgk Lantern Bugs. Of course, kitaorg nak!hahahah. So, next activity:  trekking mencari Lantern Bugs. Pakai cover/sport shoes ok,sebab kena trekking dalam 5 minit gitu
Utk ke sana, naik boat kecik. I love boat riding!


kehijauan tasik

ke sini utk misi mencari Lantern Bugs
 Macam mana la rupa Lantern Bugs ni eh?


Tada..Begitulah rupa Lantern bugs. BOleh terbang!.

Dekat kawasan ini, kami ada  jumpa pokok tinggi.



Pastu jumpa pokok yg unik.



Pastu trekking atas sikit jumpa pokok yg tertua dan besar. Umur pokok tu dekat 150 tahun.hehe


Disebabkan kekangan masa, kena balik ke houseboat. If trekking atas lagi ,boleh jumpa air terjun.
 Bila naik atas boat, cek kaki. Oh my! Ada pacat!hahah. Bekas gigtan pacat tu still ada sampai ke hari ini.hahaha... Lepas kembali ke boathouse, kami naik atas chalet pack2 barang utk ke next destinasi. Disebabkan kami ja tgl dekat chalet, orang laen terpaksa la tunggu kami packing barang sebelum depart.sorryyyy..hehehe. Before tu tak packing igtkan nak g air terjun guna boat kecik and boathouse still park kt situ....huhu....

Sambung pelayaran~~






Dah ke Belum,Day 1 Part III #TMM2014


sambungan dari sini

Yeay,sambung lagi pelayaran....selepas dalm 40 minit (kot) dah x igt, sampailah kami ke basecamp Sg Tiang.


Boathouse park kt sini utk malam ni.

Di Sg Tiang ini terdapat chalet milik Perbadanan Negeri Perak. En Hisham cakap dia dapat book 5 bilik. Memandangkan kami berempat sahaja bukan dari group chinese tu, kami diberi 2 bilik. hehe.[Special gitu ]. Lagipon chinese2 tu cakap depa semua nak tido atas houseboat.
Bila sampai dekat chalet tu, air and elektrik tiada. Kena tunggu renjer yg bertugas di situ on pump & elektrik. Kami masuk bilik ,sembahyang , tukar baju dulu sebab nak terjun mandi dekat tasik.hehe.


bilik.comfortable. ad balcony lagi.

toilet

Suka sgt deco bilik ni. Don't expect too much ok. Ni dalam hutan ok.heheh.Jangan la berangan nak aircond and etc. Dpt yg ni pon dah comfortable :) .Dalam bilik tiada tong sampah provided. So,prepare plastik siap2,jangan buang sampah merata-rata ok. Selepas letak barang, kami pon turun ke boathouse balik, nak terjun mandi.hehe. Sebelum keluar kami pasang ubat nyamuk dulu.hahaha.ad sorang chinese girl tu bagi,tq!Time ni elektrik tiada lagi tapi air dah ada.
During mandi dekat tasik, kena pakai lifejacket tau!.Ni SOP Belum Outdoor Adventure (BOA). bagus.dapat avoid any drowning incident. Time turun tu, staff BOA, dah start barbeque!

En Yus & En Am. Crew BOA. Gambar dari FB BOA


Selepas dah puas mandi, naik la ke chalet utk tukar baju dan siap2 utk diner. Time masuk bilik tgk elektrik dah ada. Selepas sembahyang semua, turun makan dinner. Group chinese tu dah makan dah,kira macam tgl kitaorg ja x dinner lagi.Obviously, if kitaorg tiada dalam boathouse to noticeable sangatttttt.hahah . Makanan barbeque tu ada crew BOA dah simpankan utk kitaorg sebab takut abes [special tak kitaorg?heheh].  Makanan sedapppppppp. ad western and eastern food. Eija siap bertambah nasi lagi.hahahahah.


Gambar dari FB BOA.

makanan diner. Gambar dari FB BOA.

Selepas kenyang sambung layan TV kt atas houseboat. Ad astro kot.Pastu malam tu siap layan Anugerah Bintang Popular lagiiii.hahahahha. Kelas gitu. Masuk hutan tengok tv.hahaha. Orang2 lain kat situ layankan ja kehendak kitaorang nak tgk ABP [special treat.hahah ]. Kira kitaorg conquer la TV tu .hahah.al maklum la ,Eija dok hostel, memang jarang nak tgk TV.heeheh. Malam tu hujan jugak,ad kilat lagi.huhu. Dalam kol 10.30 gitu rasanya, dah mengantuk,kami pon naik ke chalet dan dibekalkan torchlight, walhal ada ja lampu, EIja cakap satu dah cukup but they insist amik jugak la torchlight satu lagi [special tau. dijaga gitu.hahaha].  Memang dilayan dan dijaga baik oleh staff BOA :) Tq very much!

then balik chalet..zzzzzzzzzzzz





Dah ke Belum, Day 1 Part II #TMM 2014

Sambungan dari Part I

Selepas having tea time atas boathouse, Kami menyambung pelayaran..
Next destinasi ; Kg Aman Damai

On the way tu akan melalu kem tentera. Utk makluman, tidak dibenarkan menangkap gambar kem tersebut. Kemudian akan lalu jugak di kawasan pos pemeriksaan royal belum..

pos pemeriksaan royal belum.
Yeay, dah nak sampai. Dekat sejam jugak rasa perjalanan.



tengah menunggu kami :P
Alhamdulillah selamat tiba di Kg Aman Damai. Kaum org asli dari suku Jahai yg tinggal disini.
Selepas tiba,kami distribute snek/food  yg di bawa. For those yg nak datang ke sini, di nasihatkan bawa makanan/ pakaian utk diberikan kepada meraka. Jom tambahkan amalan kita!

Dewan terbuka

satu2 nya banguna yg dari concrete. Toilet.
Bila tengok rumah2 tu dan keadaan mereka, sangat bersyukur atas kemudahan dan nikmat yg kita ada.

Kanak2 riang bermain.


belakang tu la rupa houseboat kami.

Hepyyyy.gambar dari FB BOA
I'm here!-Buku Pelawat-
Ibu2 berkumpul

Ad distribute snek dekat ibu2 sana. Ad sorang ckp "terima kasih". dan ada yg cakap 'thank you". Tak sangka! sebab mereka boleh cakap bahasa melayu. Usually, Mereka bertutur dalam bahasa mereka sendiri. Tak sure, bahasa apa.heheh
Ha, lupa,bila sampai sini.suruh la kanak2 perempuan tu nyanyi lagu depa. Eija dah suruh,tapi depa segan la plakkk..hahhaha.Dekat sini ad jumpa peserta dari boathouse lain.geng2 bikers nampaknya. Aktiviti disini, boleh try utk menyumpit dan ada dijual herba untuk para pelawat.

Hari pon dah nampak mendung. Bila naik boathouse nampak ni..




Pelangi petang. Dah lama tak nampak pelangi memunculkan diri. Tak dapat tgk Raflesia, got this moment pon sgt berharga. Cantik ciptaan Allah.

Kemudian,kami sambung pelayaran..