Showing posts with label wishlist. Show all posts
Showing posts with label wishlist. Show all posts

Monday, January 21, 2019

Throwback Sesi Jalan-Jalan Eija 2018

Salam,
Sekadar mengimbas tempat yg Eija pergi jalan-jalan untuk tahun 2018.

Cuti-cuti Malaysia

Discover Selangor

SnoWalk I-City
Tak dapat rasa real snow lagi, dapat g SnoWalk I-city pon jadi la :)


Discover Melaka

Pantai Puteri Melaka
One of my favourite beach:)

Discover Perak 

Bandar Agacia, Kampar

Tin Dredge, Tanjung Tualang

PATRO Tanjung Tualang
Repeat 2x ok:)



Gaharu Tea Valley, Gopeng




Gua Tempurung, Gopeng

Movie Animation Perak (MAPS), Ipoh


Gunung Lang, Ipoh
Ride boat @ Gunung Lang



Discover Perlis

Kuala Perlis


Tasik Melati


Gua Kelam


Discover Kedah

Gunung Jerai



Cuti-cuti luar

Indonesia

Mount Bromo
Finally, one of my wishlist tercapai:)



Yogjakarta
Again! I  love Yogja so much!.Hahah


Thailand

Sakom Beach-Songkhla-Hatyai
Ni family Trip :)



p/s: will update later..

Wednesday, September 26, 2018

Road to Bromo #WonderfulIndonesia #2018

Salam,
Alhamdulillah, tahun ini dapat lagi menjejak kaki ke bumi Indonesia..hahah.
Indonesia menarik bagi Eija disebabkan alam semulajadi yang terdapat di sana.
Untuk trip kali ini, Eija ke Bromo dan Yogjakarta (again!)  bersama adik Eija..


Meh ikuti kisah Eija....


Day 1

Flight dari Penang ke Surabaya pada pukul 3.55 ptg... sampai Juanda Airport Surabaya dah gelap di sana kerana pernerbangan dalam 3 jam... Destinasi Eija adalah untuk ke Malang seterusnya kerana pick up point untuk Bromo tour di KFC Jl Kawi, Malang. Cuak jugak sebenarnya sbb tak jumpa sangat info dari airport ke Malang kerana kebanyakan guna pak supir. Eija tanya dekat imigresen yg cop pasport Eija pon dia bagitau kena amik bus ke Terminal Bus Bungurasih... Selesaikan urusan imigresen, dan keluar ke pintu arrival.... Tapi, bila saja kuar ada yang approach datang utk taxi dan dari travel agency .....ramai pulak tu. Tambah-tambah tengok kita pakai bag "bagpack".  Mula-mula abaikan saja. Tapi ada sorang yg wakil travel agency masih ikut Eija, then Eija tanya berapa nak ke Malang. Dia bagitau IDR 125 K/pax (kongsi dengan yang lain)  ataupun kalau nak chartered sebuah kereta dalam 400K/car... Eija malas nak fikir, terus sahaja amik dan nak mudah kerja.hehehe..Eija amik yg kongsi dengan yg lain. Naik kereta dari airport dan kemudian  rupa-rupanya kena tukar naik van lain dkt tmpt agen mereka.huhuuh....mula-mula EijA cuak jugak sebab kami berdua sahaja tika itu dalam kereta tu dan jalan yg lalu pun sempit-sempit, nasib baik tgk akhirnya kami di bawa ke tempat agen, naik van lain....penuh van dgn penumpang (macam sistem dekat hatyai,penuhkan van) tak kisahla, asalkan sampai...dan sebenarnya mudah naik yg van ni sebab dia hantar terus ke destinasi yang kita nak...ada ja penumpang Eija tengok berhenti depan rumah...senang.... dalam 3 jam lebih jugak rasa-rasanya, sampaila kami ke KFC Jl Kawi, Malang.....


pekena kfc


To be continued...



Friday, September 21, 2018

Budget & itinery Trip Bromo - Yogjakarta 2018

Salam,


Roughly expenses Eija untuk trip kali ini (excluding food & shopping).

Date: 15-19 September 2018

*Kadar tukaran:1 Juta IDR = RM 282 (di Aman Sentral, Alor Star)*

Total expenses for 2 pax:

1. Pre- Departure:
Flight Penang- Surabaya: (RM 56.78 + 2076 points)+ 7200 points( 1 tiket free sebab redeem point :) (Final Call Promo)

Flight Yogjakarta to Kuala Lumpur: 300 000 K IDR (Promo last year)

Food in flight: Penang- Surabaya: RM 20.00
                      Yogjakarta -KL : RM 21.36

Luggage (Yogjakarta- KL) for 25 Kg: RM 75.00

Train Malang- Yogjakarta: RM 97.98 ( Seat Ekonomi)

AXA Travel Insurans; RM 25.20

Total: RM 296.32 + 300,000 IDR

2. Accommodation

RedDoorz (Malang): 158 K IDR  )  (1 night)
The Lodge Packer (Yogjakarta): 475 K IDR  (2 nights)

Total: 633 K IDR

3. Itinery & Cost:

Day 1

Juanda Airport to KFC Jl Kawi Malang: 250 K IDR
Bromo Trip: 1200 K IDR

Total: 1452 K IDR

Day 2
Ride Kuda @ Bromo: 175 K IDR
Beca motor ke homestay RedDoorz: 20 K IDR
Beca motor dari homestay ke Station kereta api: 20 K IDR

Total: 215 K IDR

Day 3
Hire Pak Supir: 500 K IDR
Merapi Tour (medium package include kali kuning): 500 K IDR
Entrance fee Stonehenge: 20 K IDR

Pule Payung:
Ojek ke Pule Payung: 120 K IDR
Entrance fee: 24 K IDR
Spot foto: Speda Langit: 25 K IDR/pax
Spot foto Wulu: 10 K /pax
Spot foto Jembatan syurga: 20 K
Spot foto Lollipop: 20 K IDR
Flying fox: 60 K IDR
Photo : 42 K IDR ( IDR 3000/ photo)

Gumuk Pasir:
Entrance fee: 15 K IDR
Taman Bunga: 10 K IDR

Pantai Parangtritis:
ATV for 20 minutes: 50 K IDR

Total: 1416 K IDR

Day 4

Ronda Jalan Malioboro
Naik Beca motor : 60 K IDR

Total: 60 K IDR

Day 5

Bus Transjogja dari Jln Malioboro ke airport: 7 K IDR

Total: 7 K IDR


TOTAL EXPENSES FOR 2 PAX: 

RM :  RM 296.32
IDR: 300 K+ 633 K+ 1452 K + 215 K + 1416 K + 60 K + 7 K=  4083  K IDR

*Budget excluded shopping and food.

Alhamdulillah, one of my wishlist to visit Bromo had fulfilled:) and  really LOVEEEEEEE Yogja!!!!!!

In sha allah, nnt Eija update kisah Eija sepanjang trip ini:)

Wednesday, January 17, 2018

Jakarta-Bogor-Bandung. Day I #throwback

Salam,
Sekadar perkongsian trip Eija bersama dengan keluarga pada bulan 12 yang lalu...All my family members joined this trip except one of my younger brother.
The second trip  to Indonesia in 2017 for me.

Day 1


Flight dalam pukul 7.30 pagi... kaunter MAS byk buka untuk drop luggage pukul 5. 30 pagi. Tu pon nasib baik kami beratur siap2 sebelum kaunter buka...Orang pon ramai. Lepas drop luggage, solat dan masuk untuk boarding. Orang pon ramai dan mesin autogate pon sat ok sat tak ok..Huhu. Nasib baik pintu departure tak jauh. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam...

Bila sampai setelkan urusan imigresen dan menunggu luggage. Suddenly ada announcement custom check time menunggu kat conveyor utk amik luggage. Tau tak check guna apa?? Guna Anjing!...huhu...kami diminta jangan bergerak dan anjing tu datang menghidu punggung kita....huahahua...Geliiiiii...

Kemudian kami dijemout oleh pak supir yang ditempah kakak. Sepanjang trip ini kami guna pak supir. Next,,,jommmmm ronda-ronda Jakarta. Destinasi Pertama:

Tanah Abang

 Ini tempat shopping.....hehe...on the way ke tanah abang, "MACET".huhuhuhhu.bertabahlah dengan kesesakan lalu lintas di kota Jakarta. Kat sini beli borong untung...hehe..banyak pakaian terutamanya di sini dan banyak blok. Sila pastikan pintu masuk ya sebab banyak pintu.huahauh. Tak shopping sangat di sini sebab badan rasa letih, tidur tak berapa cukup sebab flight awal pagi kan.
then kami gerak lunch & check in hotel. Kami menginap di Big Hotel.

Pada malam hari kami ronda melihat MONAS. Tengok dari dalam van sahaja.hehehe. Then , balik untuk rehat & tidur.

to be continued, Day 2




Sunday, October 8, 2017

Balkan trip

In sha allah, hope one day will be reality!
Jom kumpul duit.hahah
Tahun bila tak tau lagi.
Let's dream first!


Thursday, September 28, 2017

Wonderful Yogjakarta Day 4

Salam,

Hari ini merupakan hari last kami di Yogja.huhu.Destinasi pertama kami hari ini ialah:

Taman Sari

Entrance fee: 15 K IDR

Bila masuk, Ada banyak guide available. Kebanyakan berkerda dengan sultan. Boleh pilih nak atau tidak. Kami memilih guide sebab katanya FREEE tapi di akhir tour, hulur sikit tips buat guide tersebut. Best ikut guide sebab tau sejarah situ & boleh tolong tangkap gambar group. Tapi ada trick lain jugak, dia bawak masuk kami ke kedai dia, Dari gaya macam, kalau tak beli apa-apa dari kedai batik lukisan dia, nampak tak bergerak la kami.huhu. Nasib kawan Eija beli jugak satu lukisan.huhu. Selain itu, kami tak dapat nak tangkap gambar banyak pon dalam taman sari dan ter "miss" underground mosque. Guide tu tak bawak pon.huhu.  So, up to you nak follow guide ataupun tidak.hehe




Kat dalam tu ada jual jugak bakpia, famous ole-ole di Yogjakarta. Eija beli la jugak sekotak sebab boleh campur-campur. Then bila kami keluar, pak supir bagitau better beli dekat kilang buat bakpia Then, kami singgah di Kilang bakpia. Freshhh bau, sedapp. Kemudian kami ke Pasar Malioboro & Pasar Beringharjo. Shoppingggg!!! Beli souvenir ja sikit-sikit sebab duit Eija almost habis.hahahah. Kemudian, janji berjumpa pukul 3 petang untuk ke airport. Risau jugak Eija takut jem & nak drop luggage lagi.


Gambar dengan pak supir kami, Mas Eko. Dia pasang lagu best-best dalam keta.hahaha.Dia merupakan staff Pak Heru. Nak contact Pak Heru cari FB Heru Heriyanto 



 Bye Bye Yogjakarta. I likeee Yogja very much. In sha allah rasa nak repeat lagi sebab rasa shopping tak puas.hahah. 

The End.


Wonderful Yogjakarta Day 3 Part IV

Salam,
Selepas bersantai, berehat kami pon meneruskan perjalanan berikutnya. Kami ke

Candi Borobudur

Candi yang merupakan antara terbesar di dunia. Fee entrance mahal jugak.huahaauhaua

Fee: 300 K IDR ( pak supir tolong belikan)

Kalau beli sendiri, 325 K IDR..Jika anda student, sila bawak kad student anda.Boleh dapat diskaun banyak, rasa tinggal approximately 190K IDR (if i'm not mistaken). Pastikan anda memang student, tak boleh guna kad student lama ya. Sebab kena bukak portal student & boleh la tau anda masih pelajar atau tidak :P.







Kena banyak berjalan jugak ya..hehe.memang trip yogja ni banyak kena berjalan sikit, exercise:P

Selepas melepak lama sampai tak tau buat apa, kami pon bergerak pulang ke guesthouse....Kami beli makan siap-siap. Lepas makan rasa malam still early dan kami berjalan kaki menuju ke

Sindu Kesuma Edupark(SKE)

Kami perasan mengenai tempat ni bila nak balik ke guesthouse. Jalan kaki dalam 10 minit sahaja. So, just try nk tengok ada apa. So,lets go!

Entrance Fee: 15 K IDR (dapat free air tea)

Kebetulan ada light festival di dalam SKE tu, tapi kami tak masuk pon sebab kena bayar lain. So, cari aktiviti lain. So, di SKE ija try:

Cakra Manggilingan ( 10K IDR) & Panggon Lunjak (15K IDR).

Aktiviti panggon lunjak tu macam main trampoline.haha.murah kot Eija rasa..make sure tak makan heavy dalam 30minit before main, tidak boleh keluar makanan yg dimakan :P

Aktiviti di SKE boleh check di SINI

Lepas tu kami pon balik ke guesthouse, rehat,kemas barang siap-siap sebab pagi esok nak check out.huhu

Next destinasi : Taman Sari




Wednesday, September 27, 2017

Wonderful Yogjakarta Day 3 Part III

Selepas kekenyangan, kami menuju ke destinasi yang berikutnya,

Gereja Ayam

Gereja ayam ni famous sebab penggambaran AADCII dilakukan di sini. Gereja ayam also known as house of praying of many religions. Kami menaiki jeep ke gereja ayam. boleh sahaja nak jalan kaki (kalau rasa fit,hehe).

Entrance fee: 30 K/ pax
Jeep fee: 14 K/ pax







Untuk makluman, tiket jangan buang ya, sebab complimentary with 'Singkong Goreng" a.k.a ubi kayu goreng. Boleh redeem dekat cafe di tingkat 2, tapi tidak termasuk air ya :).

menikmati pemandangan alam sambil makan singkong goreng

singkong goreng

Selepas selesai bersantai-santai, kami menuju ke destinasi berikutnya, Candi Borobudur. Initially, we are planning to go to Puthuk Setumbu after Gereja Ayam, but then we decided to skip it and  headed to Candi Borobudur.


Next destination: Candi Borobudur



Wonderful Yogjakarta Day 3 Part II


Rumah Makan Bale Kambang

Kami singgah di Rumah Makan Bale Kambang Having our "brunch" here :P. Kami putuskan untuk makan hidang. Order makan siap pesan nasi tambah siap-siap lagi.hahaha




tempe penyet


cumi goreng tepung




Menu favourite Eija di Yogja ni, cumi goreng tepung dan air alpukat:)

Jumlah bayaran makanan yang kami order ialah 255K.


jumlah bil


Next Destinasi: Gereja Ayam



Wonderful Yogjakarta Day 3 Part I



Hari ini kena bangun awal jugak tapi tidak seawal pagi semalam. Next destinasi kami ialah:


Gunung Merapi Sunrise Tour


Sekali lagi kena mengharungi jalan yang teruk dengan jeep. Bertabahlahlah.hahahah.

Fee: 450K/ jeep

But i loveeee to be here. Disebabkan gerak awal pagi lagi,kami bawak spare biskut untuk bekalan breakfast. Boleh ja makan kat warung sekitar gunung merapi tu, tapi kami just makan bekalan biskut yang kami bawa.:)

Sunrise









dari ramai orang hanya tinggal kami sahaja.hahah.byk sgt tangkap gambar

kalau tengok real lagi cantikkkkk

Kami singgah juga di rumah "Omahmu memoriku", tapak rumah yang masih ada lepas letusan gunung berapi.




berakhir trip gunung merapi....hehe
Kemudian, destinasi kami seterusnya ialah Gereja Ayam. On the way ke Gereja Ayam ,kami singgah lunch dulu di Rumah Makan Bale Kambang

Next destinasi: Rumah Makan Bale Kambang

Thursday, September 21, 2017

Wonderful Yogjakarta Day 2 Part IV

sambungan dari SINI

Salam,
Masa menikmati lobster !!! Untuk makluman, sebelum pergi ke tempat gondola tu boleh order siap-siap lobster  untuk dimasak, so bila kita dah selesai aktiviti sana tak payah menunggu lama untuk dihidangkan makanan. First time pengalaman makan lobster, selalu makan udang biasa sahaja. Eija tak tahu sekilo lobster berapa kat malaysia ni. 


lobster.yummmy



cumi aka sotong

total price

Set hidangan untuk 6 ekor lobster + ikan+ sayur +cumi goreng tepung +nasi+ air ialah 600K IDR.  Kami yang kelaparan sebab tak lunch lagi plus tadi buat aktiviti air siap  mintak nasi tambah +cumi goreng tepung+ 1 jug air, itu yang bil jadi 700K IDR. Murah ka tidak? I don't know but we really satisfied. Memang kenyang and sangat berbaloi rasa. 

Naik kereta memang tido sebab letih...hahah
Sampai guesthoust rehat , tido terus untuk tomorrow aktivity. Gunung Merapi:)