Sunday, January 11, 2015

Hatyai-Songkla-Narathiwat-Hat Yai, Part 5 # YearEndTrip #Thailand


27 December 2014, Day 3

Hatyai -Narathiwat

Pagi ni just rehat-rehat dan kuar cari breakfast dekat luar. Makan roti telur dah teh tarik kena 50bath.
Dalam pukul 10.15 gitu check out sebab Luqman dah whatsapp kata dah gerak dari padang besar. Hari ini menunggu ketibaan Luqman utk bergerak sama-sama ke Narathiwat. Luqman pon naik train jugak. Kemudian kami naik tuk tuk dari Hatyai Junction ke Terminal Bus. Cost : 40 bath/person.

Di terminal bus, ada kaunter information utk pertanyaan. Senang tya ja dekat mana nak beli tiket.hehe...Kaunter beli tiket utk ke Narathiwat  di kaunter no 22. Lokasi kaunter untuk pembelian tiket minivan ke Narathiwat terletak berhampiran toilet.
Harga tiket minivan Hatyai - Narathiwat : 170 bath
Kemudian kami menunggu di tempat yg disediakan.

tempat menunggu van narathiwat. kaunter beli tiket asing


Jom gerak ke Narathiwat


Selepas dalam setengah jam gitu van pon gerak.Oh, nak dapat seat depan,kena masuk seawal pintu van di buka. Bila keluar dari terminal bus ni dari jauh nampak Hatyai Central Festival. Perjalanan ke Narathiwat mengambil masa selama 3 jam. Sepanjang perjalanan ke Narathiwat akan melalui yala,pattani and Eija ternampak juga signage Leela Resort (tempat family Eija stay). Selain itu, pos kawalan tentera pon banyak... Nak amik gambar tak bapa nak brani kang tetiba tentera tu nampak.Try nak call fareeda guna handphone, tapi dekat handphone display invalid registration,lebih kurang gitu la. Nasib baik ada public phone.Kalau dekat Malaysia,memang susah dah nak jumpa.heheCall Fareeda sebab dia akan pick up dekat bus station.

Perut pon dah lapo gilaa...sebab last makan time breakfast. time sampai dkt narathiwat ni dalam lebih kurang pukul 3 ptg. Teringat Eija ada bawak maggi cup and terperasan ada kedai runcit dalam terminal bus tu ada heater. Try nak beli air panas, tapi owner kedai tu bagi freeeee ja. Time dok isi air panas tu, Fareeda pon sampai. tapi kami layan maggi dulu sebab lapo gilaaaa...

sedap makan maggi tambah-tambah hujan jugak time tu


Info dari Fareeda, semua sim card thai yg hendak digunakan di Narathiwat, Yala dan Pattani kena daftar balik di 3 kawasan tersebut. Hal ini disebabkan kawasan-kawasan tersebut kategori risk zone. Sim card yg fareeda bagi untuk EIja guna ni, dia beli kat HatYai dan tak register pon dekat Narathiwat. So thats why Eija tak boleh nak call Fareeda bila dah sampai Narathiwat walhal guna dekat Hatyai tadi ok sahaja. 

Kemudian kami check in di Tanyong Hotel Narathiwat. Hal hotel Fareeda setelkan.On da way ke hotel berjaya jugak snap gambar abg2 askar yg berada di sekitar pasar  Narathiwat.






Tanyong Hotel


Depan skit dari hotel ni pon ada pos kawalan tentera. Rumah Fareeda dalam 2 minit jalan kaki sahaja dari hotel ni.senang kami.heheh...lepas check in, rehat sat, kami pon cari makan. Lapo nasi..Fareeda balik rumah dia.

Lunch
Eija siap bertambah nasi lagi. memang lapo gila.haha..Lunch kena around 60 bath/person.
Lepas dah kenyang, balik hotel, rehat dulu sebab plan nak g jenguk rumah fareeda lewat petang nanti.

Lepas dah rehat, kami pon menuju rumah fareeda. Lalu jugak depan tentera.cuak jugak.hahah...dok sembang-sembang ngan fareeda, then m.cik dia mntak tolong...

time tengah buat keja

hasil kerjasama kami. tak sangka...hahaha

Itulah yg diminta tolong oleh m.cik dia...hahah...Bangga dengan hasil kerjasama kami. tak sangka plak..hahahhaha...
then balik hotel, zzzzzzzzzzzzzzzzz

to be continue, Day 2 @ Narathiwat.




Hatyai-Songkla-Narathiwat-Hat Yai, Part 4 # YearEndTrip #Thailand

Salam,
Sambungan untuk hari ke-2 di HatYai..

26 Dec 2014, Day 2

Hujan pagi renyai2...syok gila layan tido..haha.initially plan nak g ke trang, tapi cancel sebab tak jumpa pakej ke sana,...then decide untuk ke Songkhla. Before amik tuk tuk, ronda- ronda dulu Kimyong market. Kat Hatyai ni banyak pasar..hehe..
Lepas dah pusing-pusing...cari tuk tuk untuk ke songkla.Misi untuk ke Samila Beach. susah nak tawar menawar sebab owner tuk tuk tu tak boleh ckp bahasa melayu/english.huahuhu...tapi nasib  baik kebetulan time tu ada owner tuk tuk lain boleh berbahasa melayu.Dia tolong explain. mula-mula letak price 1000bath..mahal gila memag xjadi..lepas tu kami nak blah, depa kurangkan lagi..last-last sekali dapat 700 bath/ tuk tuk untuk ke Samila Beach & Songkhla Aquarium.
Selepas hampir satu jam, kami tiba di Songkhla Aquarium.Jauh jugak la, lagipon sebab naik tuk tuk kot, tak dak la boleh pecut sangat. Siap boleh tertido lagi atas tuk tuk tu sementara nak sampai.hahaha.

Songkhla Aquarium

Fee : 300 bath (Adult).










Di sini, ada pertujukan live memberi makan kepada penyu & ikan.wajib tonton sebab yg tu la tarikan utama tapi ada masa tertentu. Petugas dalam tu akan inform suruh kita pergi tgk pertunjukan dulu....
Selain itu, dekat kaunter beli tiket jugak ada dijual pakej bermain ATV and activity lain. Boleh jugak if nak try.Semua activity tu dalam persekitaran kawasan songkla aquarium jugak.
Lepas kat sini.kami menuju ke Samila Beach. Songkhla Aquarium ni dekat ja dgn Samila Beach. 

Samila Beach

Gambar yg wajib di ambik ialah dgn tugu duyung ni.hahahah




Selain itu, benda wajib try kat sini, coconut icecream.Sedappppppp gila. Harga 40 bath.




Pastu makan di tepi pantai sambil menikmati angin laut...besttt..Selain itu, kat sini pon bleh naik kuda,..byk...tapi Eija tak naik pon..hehe...

then, kami pon gerak balik ke Hat Yai...oh lupa,...pergi lunch dekat kedai area depan HatYai junction. Murah jugak. Lepas tu round-round sekitar hatyai untuk survey barang-barang nak beli...on the way nak balik ke hostel nak rehat...then unexpexcted, terjumpa org yg dikenali di sini dari malaysia....guesssss???

Eija terjumpa FAMILY eija dekat pekan Hat Yai ni...hahahah...kelako  jugak.. seabab memang tak ada contact pon...actually, cuti krismas tu family Eija datang ke Sakom Beach. Then ,26hb ni depa lajak ke Hat Yai...mula-mula terpearasan tu time jalan kaki ternampak plak no keta yg rasa dalam hati eh macam kenal ja.tgk-tgk keta along eija...then belakang tu plak keta angah eija...sempat sembang dengan mak dari tepi jalan,  mak plak dalam keta sambil tunggu nak gerak sebab traffic light color merah...hahaha,,,eija tak follow family Eija pon,.. balik rehat kt hostel sbb ptg ni nak g floating market plak. 


Klong Hae Floating market

Dalam pukul 4.15pm gitu kami gerak ke kedai yg kami lunch tadi. sebab m.cik tu kata dia bleh arrange tuk tuk, sebab time kami tya berapa rate nak g floating market, dia offer bleh arrangekan. m.cik tu ckp dlm 50 bath/person. igtkan pergi naik tuk tuk, rupa-rupanya naik keta siap ada aircond plak. then bila finally sampai tgk p.cik tu anta dekat market besar dkt hatyai...lupa plak nama apa market tu....huahuah...salah tempat,ckp kt p.cik tu, nak g floating market,siap tunjuk map lg tempat tu.dia asyik tunjuk kata situ.kebetulan p.cik tu tak paham dan tak boleh cakap bahasa melayu..huhuhu...kami turun ja and cari tuk tuk ke floating market. lepas nego2..dapat la...300 bath/tuk tuk ke floating market.

frustt

bekas air comeyyy.30 bath

makanan exotic...geliiii


Ramai orang kt sini & banyak gila kedaii...tapi malangnya urusan jual beli atas sampan tiada..sebab air banyak..kan musim hujan...huhu.frust jugak..just jualan biasa atas darat...lepak kat sini dalam sejam gitu ja...then gerak balik..kami tambah 100bath utk p.cik tu utk drop kan dekat railway train. sebab tadi kami datang dari pasar kan...On the way tu, dia berhenti dekat greenway night market...huahua...masalah bahasa...last-last cakap dekat dia nak g Robinson.senang..
Balik dari tu letak barang...dan dinner hasil tangkapan dekat floating market tu.



Kenyang gilaa...siap tak abes pon...huhu...lepas tu kami jalan2 lagi sekitar Plaza Lee Garden tu...tapi hujan start turun..so ,kami pon tak lama la window shopping kat situ....balik ,rehat & zzzzzzzzzzz...


to be continue..Part 5@journey to Narathiwat



Friday, January 9, 2015

Hatyai-Songkla-Narathiwat-Hat Yai, Part 3 # YearEndTrip #Thailand

Sambungan dari sini..

Apa kejutan dari Noree??jeng jeng..tengok tak lama Noree arrive dgn husband dia dengan 2 buah motosikal...oh myyyyyyy... jalan dekat Hat Yai jammmmmm.. Noree suruh Eija pilih salah satu motor...mmg cuak jugak sebab Eija bukan biasa bawak motor dalam keadaan sesak-sesak ni even ada lesen......selalu bawak dekat kampung sahaja,jalan pon tak byk kenderaan...huhu......K.shidah tak biasa bawak motor..memang sah lah Eija yg kena bawak...tapi try jugak la.


Noree nak belanja dinner..restoran yg dituju Maroc De'Nest Home. Serious sedap gilaaa. Semua lauk tidak mengecewakan...Thank Noree& husband belanja.

sedappp, tomyam pok tet, ikan tiga rasa,telur dadar & ada stu lagi(x igt nama)

Us


Memang sedappp la. Memang kena try kat sini. Ikan tiga rasa, tgk gmbr atas ada 3 part.setiap part rasa lain2, pedas,masam,manis..menarik..haha

Lepas kekenyangan, kami menuju ke Robinson mall utk beli hadiah fareeda siap-siap.Noree pon sama, nak beli hadiah untuk fareeda jugak.



Walau pun cuak and x berapa nk confident bawak,alhamdulillah selamat. tak dak jatuh.huhu..susan jugak time nak belok,sebab ada raga kt depan,rasa imbalance.huhu..tapi at least akan jadi kenangan dalam hidup. Eija yg penakut bawak motor atas jalan yg sibuk berjaya bawa moto di pekan Hat Yai.
Actually, before Eija gerak ke Thailand, Noree ada offer jugak if nak pinjam motor dia sebab ada extra tapi Eija tolak sebab tiada license international. Di Thailand. pemandu yg bawak sahaja diwajibkan memakai helmet. pembonceng tak pakai helmet pon tak apa:P

Selepas tu kami pon balik ke hostel. Sekian sudah hari pertama di Hat Yai...

zzzzzzzzzzz

To be continue, part 4


Hatyai-Songkla-Narathiwat-Hat Yai, Part 2 # YearEndTrip #Thailand

Sambungan dari sini....

Dah selesai survey, kami pon decide nak g Ice Dome. Bila kuar ,tya tuk tuk depan Robinson, dia cakap Ice Dome tutup utk renovation. Dah frust..huhu.. tapi kebetulan dia pon tak paham bahasa Melayu, dia panggil kawan dia. Org tu call owner tuk tuk yg boleh berbahasa Melayu.


First time naik tuk tuk

Pastu bagitau kata nak g Ice Dome, luckily abang tu cakap,mana ada tutup....bukak ja...so here we are:

Hat Yai Ice Dome



Fee: 300 bath for Adult (include jacket & glove).
Besstttt & sejukkkk gilaaa dalam ni...Before masuk akan diberikan briefing terlebih dahulu..Ad 3 Bahagian, yg sejuk,pastu alaala musim salji & musim bunga. Bunga original tau..fresh lagi.. Rasa-rasa bertahan dalam setengah jam ja dekat area kawasan sejuk tu...ada tempat bleh main sliding jugak..Eija try jugak even dalam keadaan sejuk2 tu..Yg kawasan bunga tu last skali..







Time petang ni,ada hujan jugak la....Next we went to:

Hat Yai Cable Car

Dekat jugak la Hatyai Cable car ni dengan Ice Dome. Boleh g sekali harung:)
Tapi tak naik pon..just tgk sekitar sahaja sebab hujan sebelum tu,operasi cable car dihentikan.Kedua-dia  kawasan naik dan turun cable car kami pergi.

Kawasan bawah/turun

Kawasan naik
Dekat kawasan utk menaiki cable car ni, boleh jugak menikmati pemandangan Hat Yai....

Next, hujan start turun and tak tau dah nak g mana..abg tuk tuk tu propose pergi Hat Yai Central Festival...Abg tu drop kami dekat situ.
Perbelanjaan tuk tuk utk perjalanan ke Ice Dome-Cable Car- Hat Yai central Festival : 800 bath/ tuk tuk....Disebabkan hanya kami berdua, so sorang 400 bath ...bila pikir balik rasa macam mahal jugak la..tapi kawan Eija ckp sbb g Cable Car tu mmg mahal,sebab naik bukit..huhu...

Hat Yai Central Festival

Ni tarikan terbaru kt Hat Yai...Hat Yai Central Festival merupakan mall terbaru dan terbesar di Hat Yai....besar jugak...Eija pon tak round abes...sbb bukan aim nak shopping dekat mall pon.hehehe



Tapi sempat jugak la rembat sehelai t shirt dekat sini.Huahuahu.
Noree pon ada call tanya kitaorg kat mana and nak balik bila sebab dia nak belanja dinner.heheh.
Kitaorg juga amik map Hat Yai city dekat kaunter tourist information dekat HatYai Central Festival.Then usha-usha map, decide nak g terjah ASEAN Trade Market by jalan kaki sebab tengok macam tak jauh ja. On the way ke sana, Noree call tya dekat mana ,sebab dia dah ada dekat Hat Yai Central Festival. Pastu kitaorg stop berjalan dan tunggu noree tepi jalan...Noree nak datang amik..Tengok-tengok ada kejutan dari Noree...

To be continue..Part 3

Thursday, January 8, 2015

Hatyai-Songkla-Narathiwat-Hat Yai, Part 1 # YearEndTrip #Thailand

Salam,
Perjalanan bermula last 25 December 2014. kira-kira 5hari 4 mlm berada di Thailand.
Main agenda untuk trip ni untuk menghadiri perkahwinan kawan, Fareeda di Narathiwat. Dah alang-alang tu singgah jalan-jalan dekat Hat Yai. Before bergerak, risau jugak Thailand banjir. Sebab area Narathiwat ada berita masuk paper pasal banjir...whats app Fareeda untuk confirmkan, dia cakap jalan ke rumah dia ok. Chat jugak dgn Noree  yg berada di Hat Yai utk mengetahui keadaan di sana. Noree cakap musim hujan jgk.tp tak banjir lagi. So, proceed ja dgn trip ni.

25hb December 2014, Day 1

Batu Gajah-Hat Yai

Pukul 12.00 tgh malam gerak ke station KTM Batu Gajah. Luqman tolong hantarkan. Kali ini bergerak ke Hat Yai bersama K.Shidah. Kami berdua sahaja kali ini. Luqman akan menyusul pada 27hb Dec ke Hat Yai. Train Senandung Langkawi bergerak ke Hat Yai tiba pukul around 1.30 a.m.
Tiket train dah beli sebulan yang lalu berharga RM 34 (seat). Refer sini. Kalu ikut seat tu tulis Superior class. Expect lagi selesa skit la berbanding time Eija balik Alor Star ritu tapi rupa-rupanya sama ja dgn seat economi ritu.hampeh.huhu. ..

Around pukul 9 pg, sampai di stesyen Padang Besar. Kena turun sini untuk cop passport. Tak bawa turun barang pon tak apa.:). First, pergi dekat imigresen Malaysia dahulu. Kemudian, ke imigresen Thailand. sebelah menyebelah ja.Isi form yg berkenaan sebelum beratur di imigresen Thailand ya.
Berhenti dekat sini dalam sejam lebih jugak. So, boleh la breakfast dekat cafe di stesyen padang besar. Make sure setel urusan kedua-dua bleah imigresen baru pergi makan. Kira-kira 10.15pagi baru train bergerak ke Hat Yai...Oh. nak tukar duit bath pon boleh di sini dengan m.cik pakai baju pink ktm berada dekat pintu keluar imigresen Thailand, tukar dgn dia. Time Eija gi ritu, 1000bath=RM107. Untung jugak la. Eija mintak tolong kawan Eija tukar kt KL Sentral 1000bath=RM109. huhu

Hat Yai

Selepas hampir sejam, Alhamdulillah, safely arrived at @Hat Yai Junction.


Moh kita terjah Hat Yai


Kemudian, misi mencari Hatyai  Backpackers Hostel. Boleh jalan kaki sahaja dari station train HatYai.Dalam 10 minit gitu. Jimatttt duduk kat sini:).heheh.Actually, this is my first time menginap di hostel.heheheheh.



Kami sampai awal jugak la di hostel ni...bilik x siap lagi,Eija booking private room, tak duduk dorm pon. While waiting bilik nak siap, layan wifi dulu.Nice owner ni. Memang recommended stay kat sini.

Pas check in, rehat-rehat & Eija contact kawan Eija, Noree. Noree ni memang org Thailand. Dulu belajar sama-sama dgn Eija time undergraduate. Then, time lunch tu, Noree pon sampai and lunch sama-sama. Jalan ke depan sikit, ada kedai makan muslim. Tom yam best jugak la. Lupa plak nak amik nama kedai tu.Lepas makan, Noree balik rumah dia dulu....kami menuju ke Robinson Mall. memang famous mall ni dekat sini sambil survey nak beli hadiah utk wedding Fareeda.


To be continue...Part 2

Throwback#yearendtrip2014#Thailand

Nantikannnnnn..


suka gilaaaa gambar ni :P

Target 2015

Salam,
Awal2 tahun baru ini kena set azam/target agar  berusaha untuk mencapainya.

Sebagai pelajar MSc,moga tahun 2015, Eija berjaya
1. Hantar thesis paling lambat march 2015 ( about 2 months more to go)
2. Berjaya dalam viva
3. Berjaya konvo pada bulan 10 tahun ini.
4. Hantar at least 1 paper ke ISI journal.

Doakan Eija.

Untuk sesi jalan-jalan, target Eija tahun ini:

1. Penang-Bangkok-Siem Reap-Ho Chi Minh (hadiah utk diri sendiri if berjaya submit thesis:P)
2. Medan  (Tiket dah beli)
3. Ho Chi Minh ( Tiket dah beli, travel dgn family. In sha Allah)
4. Pulau Perhentian
5. Pulau Redang.
6. ESCAPE, Penang
7. Water rafting @ Gopeng
8. ATV @ Gopeng
9. Taman Negara Pahang

Moga Eija Berjaya dapat terjah semua tempat tersebut :)

As in my Life, hopefully:

1. Eija dapat  secure a good job. Doa-doakan Eija dipermudahkan utk mendapat kerja.Masa utk membalas jasa mak dan abah.
2. Semoga Eija menjadi yg lebih baik dari sebelum ini. Improve yourself Eija!

Doakan agar Eija lebih berjaya tahun 2015..In sha allah