Tuesday, January 5, 2016

2093

Salam,
2093?
Tahun giliran untuk menunaikan haji. baru daftar semalam dekat pejabat tabung haji kuala nerang:) 
 Alhamdulillah, one step done.permulaan baik utk tahun 2016 ini.Next kena start saving.Target dalam umur 35 thn nak ckpkan saving dan start buat rayuan utk menunaikan haji (7 years to go).
Moga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki dapat g lg awal.
Moga ALLah kabulkan impian ku.
Amin.

Untuk makluman, syarat-syarat utk pendaftaran tabung haji:


SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN HAJI
  1. Pendeposit TH dengan baki minimum akaun TH sebanyak RM 1,300.00.
  2. Tiada rekod pendaftaran haji yang aktif.
  3. Pendaftaran haji tidak dibenarkan bagi mereka yang baru menunaikan ibadat haji dalam tempoh 5 tahun.
  4. Pendaftaran haji ahli KWSP boleh dilakukan dengan syarat berumur bawah 55 tahun.
SALURAN PENDAFTARAN HAJI
  1. Semua kaunter TH
  2. Kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat
  3. Mesin ATM Maybank / Bank Islam
  4. Laman web :
Sumber : Website Tabung haji.

p/s; Register haji awal-awal, tahun giliran yang dapat tu belakang kira:) ada rezeki dapat jemputan awal. yg penting daftar dulu:)

Friday, January 1, 2016

Impian 2016

Salam,

Target/impian tahun ini adalah kesinambungan yg tak berjaya dicapai pada tahun lalu.

Target 2015

Throwback target 2015:
Sebagai pelajar MSc,moga tahun 2015, Eija berjaya
1. Hantar thesis (DONE)
2. Berjaya dalam viva (DONE)
3. Berjaya konvo pada bulan 10 tahun ini (CARRY FORWARD)
4. Hantar at least 1 paper ke ISI journal.(CARRY FORWARD)

Doakan Eija.

Untuk sesi jalan-jalan, target Eija tahun ini:

1. Penang-Bangkok-Siem Reap-Ho Chi Minh (POSTPONE)
2. Medan  (DONE)
3. Ho Chi Minh ( DONE)
4. Pulau Perhentian (POSTPONE)
5. Pulau Redang.POSTPONE)
6. ESCAPE, Penang (DONE)
7. Water rafting @ Gopeng (DONE)
8. ATV @ Gopeng POSTPONE)
9. Taman Negara Pahang POSTPONE)

Alhamdulillah, fews of target were fulfilled. Thank you ALLAH for the rezeki.

So far, for 2016, Target Eija 

Untuk pendidikan:

1. Dipermudahkan urusan buat correction thesis & convo tahun ini.
2 .Hantar at least 1 paper ke ISI journal.

Untuk kehidupan:

1. Dapat kerja! (inform ya if ad vacancy,hehehe)
2. Moga menjadi muslim yg lebih baik dan anak yg solehah.
3. Kalau dimurahkan rezeki & diberi keizinan-Nya, nak menunaikan umrah bersama mak dan abah. 

Untuk sesi jalan-jalan:

1.Cambodia
2. Road trip to Pantai Timur with geopolymer lab members :)
3. Bangkok

Tak banyak target jalan-jalan untuk tahun 2016.

May ALLAH bless me and fulfill my wishlist :)



FB


Salam,
Sempena tahun baru, cover photo & profile pic FB berwajah baru!
haha.
Perasan tak similarity?my favourite travel bag!hahaha. Beg free dapat dari tabung haji time menunaikan umrah pd tahun 2011 yg lalu :)
Sempena tahun baru ini, Eija nak ajak mai la lawat kedah.

"Discover Kedah 2016"

Tahun ini, tahun melawat kedah.
hehe.
ada yg tempat eija pernah pi, eija ad update ke blog ni.sudi-sudikanlah baca.hehe

p/s:eija pon still xplan lg nk p lawat mana kt kedah utk tahun ni..hahah.

Thursday, December 31, 2015

Imbasan 2015

Salam,
masa berlalu sangat pantas,...esok bakal menjelang tahun 2016.
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan bernafas hingga tika ini.
Lately, banyak kedengaran berita kematian. Al fatihah.

So far 2015 ada suka duka yg Eija lalui...

Februari- Rumah tok terbakar.huhu. alhamdulillah semua selamat. Selain itu, Eija dapat anak buah baru.alhamdulillah.suka selepas duka.


April/May- Stress over limit untuk abeskan thesis. psikologi down. alhamdulillah, berjaya juga submit.

Jun/july- Keluarga diduga. Mak dan abah jatuh sakit waktu yg sama. Unexpected, abah sesak nafas and I saw it how that happened.Abah admit ward.huhu.alhamdulillah, today both of them are getting better.

August- My vive voce. passed with major correction.quite dissapointed because i cant defend much during the viva. but alhamdulillah, berjaya pass.

October- my lil bro convocation at UTHM

December- Skuad helang merah ke final. dapat tgk lfinal live kedah vs selangor di stadium melawati. Selain itu, My lil bro engagement. Congrats eda & ayeh.

Overall,, 2015 is more about family and we have been tested. May ALLAH give strength to me & family to endure all challenges onwards. Thank you ALLAH for all the nikmats & challenge.

Moga tahun 2016 akan baik-baik sahaja utk eija & keluarga.

Monday, December 7, 2015

Helang merah ke final

Alhamdulillah,
skuad hijau kuning melayakkan diri ke final piala malaysia selepas 7 tahum.
Moga rezeki menjadi milik kita.
Pulun kedah pulun!

Wednesday, November 25, 2015

Leisure trip to Ho Chi Minh #Part 1

Salam,
 Eija berksesempatan ke Ho Chi Minh pada 14-17 Nov yang lalu. Alhamdulillah, another ASEAN Country checked :). Yang ni trip suka-suka bersama keluarga:). Rombongan diketuai Angah Ija, total yang pergi 9 orang:):). Eija, Parents Eija, Adik, Angahs family and parents in law angah.

14 Nov 2015

Eija dan adik bergerak ke KLIA 2 menaiki bus dari Terminal Subang Airport. Rumah Along berhampiran airport subang. Kereta tak muat untuk eija dan adik , so kami naik bus ja.heheh.
Tiket bus ke KLIA/KLIA 2 boleh beli di kaunter dalam airport dan tiket berharga RM 10. Kami naik bus pukul 9 pagi. Schedule bus bukan setiap jam ada tau.kena cek jugak. Perjalanan ke KLIA 2 menghampiri 1 jam tapi Eija turun di KLIA dulu sebab nak bawak anak buah, Ainin Sofiya  naik train pulak sebab dah janji dengan dia. Along suruh bawak dia skali naik bus.Punya la excited dia. Then, kami naik tren (KLIA EXPRESS/KLIA TRANSIT) dari KLIA ke KLIA 2. Harga tiket RM 2.
Then KFC kt KLIA 2, check in & drop luggage dan terbang la kami ke Ho Chi Minh.






Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam. Kami dijemput oleh abnag Zul. Angah dah book dia utk pakej kami di ho chi minh ni, Pakej mekong tour, pick up and to airport include in package. Total pakej 270 USD (untuk 8 dewasa+ 1 kanak). Kami menginap di Little Saigon Corner Boutique Hotel.

Kemudian kami menikmati dinner di Kedai Halal Amin. yang pasti kedai paling murah yg diperkenalkan oleh tour guide kami abang zul.Nasi sepinggan RM 10 (20k dong)  dan air rm 4 (8k dong).Huahua....ni yang paling murah, klu yg mahal tak tau la....hahah

Jalan sekitar lorong kedai tu dan balik hotel rehat sebab esok nak tour mekong plak:)

To be continue....

Part 11

Wednesday, October 21, 2015

Skola fund

Salam,
I found this website. It is very helpful as a platform for those who encounter financial problems during university education due to some reasons as well as for those who want to make donation.
Further details, do visit:

SKOLA FUND

Tq.

p/s: a good initiative from the founder:)