Sunday, November 30, 2014

Beli tiket keretapi KTMB ke/dari Hatyai via Online

Salam.
Yess, tiket kereta api ke/dari Hatyai boleh beli online di website KTMB. Tak perlu bersusah payah ke station KTMB utk pembelian tiket.

Untuk ke/dari  Hadyai, terdapat 2 jenis seat yang dijual iaitu Superior Night Class & Superior Class.
Superior Night Class menjadi rebutan sebab itu adalah katil, yang mana boleh tidor dengan selesa untuk perjalanan jauh ini yakni memakan masa hampir 8 jam jika dari Batu Gajah. Dari Kl apatah lagi, melebihi 10 jam. Perjanalan ke/dari Hatyai menggunakan Train Senandung Langkawi.
Based on website KTMB, sebulan sebelum departure tiket mula dijual pada pukul 8.30 pagi. (Refer sini )
Pagi tadi Eija berjaya beli tiket(Superior Night Class) dari Hatyai ke Batu Gajah pada 29hb Dec 2014. Just to share pengalaman Eija membeli tiket secara online via online.

Utk pembelian secara online:

1. Kena daftar dahulu kat sini.
2. Dah lepas dafter, pergi dekat Tiket Reservation. Dan pilih la destinasi.

Untuk train ke Hatyai

Hari ini 30 November 2014, tapi bila click utk tiket 30 Dec 2014 dari KL-Hatyai, terpampang no data to display. Jangan risau, ini menunjukkan jualan tiket ke Hatyai tidak dibuka lagi. Ini bermakna, tiket dari KL mula dijual esok,yakni 1 Dec 2014. Kira dalam  tempoh 29 hari sebelum tarikh perjalanan. Tapi tapi utk selamat check juga la dalam tempoh 30 hari. hehehe

KL sentral- Hatyai


Tapi tapi, Jika click dari Batu Gajah, terpampang seperti di bawah. Tiket dah dijual. So, for those yg dari Perak, tiket dah mula dijual memang dalam tempoh 30 hari.

Batu Gajah- Hatyai


Sementara untuk destinasi dari Hatyai ke KL / Batu Gajah,

Hari ini 30 November 2014, baru boleh beli tiket utk 29 December 2014. Dalam tempoh 29 hari dari tarikh perjalanan baru boleh beli utk kembali ke Malaysia :P

Hatyai-Kl sentral

Hatyai-Batu gajah. tiket katil berjaya Eija rembat pagi tadi.hehe. dalam tempoh x smpai 12 jam, tgl 6 bed ja lagi.
3. Selepas itu, click dekat add utk masukkan maklumat penumpang dan pilih seat berkenaan.
4. Then proceed with payment. Untuk makluman, payment limited menggunakan hanya maybank2u dan  visa/mastercard sahaja.

Updated as of 15 aug 2015: Internet banking charge kena RM 2. Dulu free ja.hauhau.

5. Selepas succesfull payment, akan diberikan e-ticket.
6. Print dan bawa ketika perjalanan. Tak payah pergi tukar di kaunter dah.


Untuk tarikh public holiday,weekend, mmg cepat habis terutama yg katil kerana katil yg disediakna limited, dalam 40 seat sahaja. Sementara itu, utk seat Superior class, 60seat disediakan.. 

Last week, Eija nak beli tiket katil ke Hatyai pada 25hb Dec 14, dalam pkl 9pg baru buka website,nak beli yg katil, tgk dah sold out. Huhu. So, trip 25hb December 2014 nanti Eija dapat seat Superior class sahaja.

Untuk yg nak membeli seat Superior Night Class (katil) ke/dari Hatyai, pukul 8.30 pagi sila dok depan laptop siap-siap especially utk tarikh public holiday/weekend. 


Sekian.


Update as of 17 aug 2016:
There is no more KL-Hatyai train. The last station would be Padang besar. So, you have to buy another train tickets to Hatyai.Thank you.


6 comments:

  1. Bagus, senang nak pergi Hadyai nanti.

    ReplyDelete
  2. Eija..entri yg berinformasi..aha..JM pun ada pengalaman beli tiket online ke Hatyai ni mmg easy measy x perlu ke kauntar...kiranya nk ke Hatyai 25 Dis lah ye...enjoy your holiday

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha allah. plannya nak kenduri kahwin kawan dekat narathiwat ,alang2 tu singgah sat dekat hadyai.hehe

      Delete
  3. parking kereta camne yek.. selamat ke parking kat stesyen batu gajah tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry sis, xpnh tgl kereta kt situ.huhu.so xtau selamat ka x

      Delete