Wednesday, November 30, 2016

Program assessment centre (PAC) PTD 2016 M41. Part II # Throwback

Sambungan dari sini

Ok, selepas mengetahui keputusan UKJK, rehat, solat  akan diteruskan ujian seterusnya, iaitu

Ujian penulisan bahasa Inggeris & Bahasa Melayu

Dalam keadaan busuk, letih, kena menghadapi ujian seterusnya :P. Yang ini ujian menulis esei macam zaman sekolah dulu-dulu. Kita akan diberikan 2 pilihan tajuk dan menulis satu 1 sahaja esei. Seingat Eija dulu, topik Eija berkisarkan alam sekitar. Masa diberikan selama satu jam untuk setiap esei BM & BI. Peringatan, sila pastikan anda membawa kad pengenalan, surat tawaran PAC (ada no angka giliran), dan alat tulis. Time Eija ritu ada yang terlupa nak bawa IC / surat tawaran PAC sebab tiggal dalam bas. Kita akan menaiki bas dari dewan ke bilik peperiksaan menulis esei. Eija bantai ja tulis ritu.hahah. tak tulis banyak-banyak sangat terutama english sebab takut grammar banyak salah. yang penting ada pendahuluan, isi dan penutup.

Sudah selesai menjawab esei BM & BI, seterusnya kita akan di hantar ke asrama menaiki bas dan mendapatkan kunci bilik asrama. Hostel INTAN Bukit Kiara dah macam hotel dalam dia. Eija suka.hahahahha. Tapi , bilik ini digunakan untuk tido sahaja :P tak sempat nak rehat sangat sebab full aktiviti.hahah.

Lepas dah dapat kunci bilik, mandi, rehat sebentar, makan malam  dan solat magrib, berjalan kaki ke dewan untuk aktivit seterusnya yang bermula dalam pukul 8pm. Aktiviti seterusnya,

Latihan dalam kumpulan

Untuk aktiviti seterusnya, kita akan di bahagikan dalam beberapa kumpulan. Kita akan diberikan satu case study dan bincang dalam kumpulan.kemudian kena present depan ramai-ramai. Fasilitator situ hendak tengok keberanian kita bercakap. Just cakap.Kalau kita tak cakap, depa akan panggil nombor di badan kita dan tanya apa-apa as long as kita cakap. Pemakaian pada sesi ini adalah formal. So, untuk perempuan, senang pakai baju kurung.heheh

Selepas sesi ini berakhir, dalam lebih kurang pukul 10 malam,untuk makluman, kami diberikan tajuk untuk sesi pengucapan awam pada keesokkan harinya :P...dah letih seharian dengan aktiviti, kena prepare untuk keesokkan harinya yng bermula jam 8 pagi. Lepas balik ke asrama, masa untuk mencari idea, mengarang untuk pengucapan pada esok hari dengan keadaan yang agak letih.Nasib baik, wifi disediakan. Eija whatsapp kawan2 untuk cari point sebab badan dh letih :P Thank you kawan-kawan tolong. Eija tak stay up sebab dah xmampu, ada juga para peserta yg stay up. Memang quite pack & tough PAC pada hari pertama ni.Pas dah cari point skit2.Eija tidoooooo..dengan ada aircond lagi.syookkk

Ok ,next hari kedua.Jalan kaki mencari bilik berkenaan. dan bergerak awal sebab macam quite lost dengan area situ sebab tak familiar.huhu

Pengucapan awam bahasa melayu & bahasa Inggeris.

Yakni speaking test. Untuk sesi pertama, bahasa Melayu, I'm the first being called.huhu. Nervous. Ketika cakap, suddenly I blur, tak ingat langsung apa point nak cakap. Tengah blur, mintak dengan evaluator, nak amik kertas yang Eija catat point. Dibenarkan tapi markah akan berkurang. Dah tak kisah dah markah kurang.huhu. Masa diberikan 5 minit. Tapi Eija stop cakap less than 5 minute.huhu.

Selepas sesi bahasa melayu, bergerak ke bilik lain untuk sesi bahasa Inggeris. Sesi ini, Eija kena tegur cakap kuat sikit.heheeh.Nervous, suara pon slow.hahahha.

Just tip dari evaluator sesi bahasa Melayu,yakni seorang peguam, dia menasihatkan untuk sesi pengucapan awam pastikan ada intro, point dan penutup. Kalau cakapa banyak tapi kurang point tak ok jugak.

Sempat berehat sebentar sebelum aktiviti seterusnya,

Perbincangan kumpulan bahasa Inggeris

Ok.last evauation untuk PAC ini. Group discussion in English. Ada seorang panel penilai..Baik orangnya. Dalam ni, pastikan semua bercakap ya. Tajuk yang group Eija kena ritu berkaitan Art. Sejam masa diberikan. Cakap ja la apa2. Last2 macam semua dah tak tau nak cakap apa.hahahaha. Selepas sudah sesi ni, berakhirlah PAC!!!

A memory to be remembered!:)


Tahniah buat semua yang layak untuk ke PAC 2017. Eija tak lepas exam online baru-baru ni . Good luck & enjoy ya PAC nanti.Berdoa pada ALLAH agar dipermudahkan segala urusan dan lulus PAC ni ya kawan2. Hope ada la info yang membantu anda.

Sekian.


8 comments:

  1. mencabar betul program ni..hope Eija lulus ujian online tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk tahun 2017 punya,fail.huhu

      Delete
    2. walaupun dah pernah lulus ujian online dan dah ke PAC, still perlu duduki ujian online lagi sekali ke

      Delete
    3. yurp, tahun lepas saya berjaya ujian online & PAC, tp fail dekat temuduga, tahun ni kena stat balik dari first stage

      Delete
  2. assalamuaikum,sekadar nk bertanya ttg pemakaian utk lelaki sepanjang program terutama semasa pengucapan awam dan LDk..first timer ni..huhu

    ReplyDelete
  3. kalau english x fluent, ada harapan x nak lepas pac??? minta tips sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x fluent tak pa, yg penting cuba cakap & isi ada point...

      Delete