Monday, January 29, 2018

Ujian Psikometrik SPA 2018 #PTDM41

Salam,
selepas seminggu ujian UKJK PTD, jangan lupa jawab ujian psikometrik.
Post mengenai UKJK, sila klik [SINI]

Eija lupa adress untuk ujian, then Eija google sahaja.
Hasil carian, jumpa link seperti di bawah:


Kemudian masukkan no kad pengenalan & angka giliran.


Untuk makluman, untuk part Angka Giliran, sila masukkan No kad pengenalan. Nasib baik Eija perasan perkongsian di FB. Thank you  buat yang kongsi tu. I forgot to take photo about this matter during UKJK.
Untuk makluman, soalan psikometrik dalam 382 soalan.

Selamat menjawab!:P

Note: Jangan lupa ya tarikh untuk ujian Psikometrik sebab hanya dibuka untuk tempoh 24 jam SAHAJA pada tarikh yang diperuntukkan untuk kita..

Ujian UKJK Eija pada 22/1/18 maka Ujian psikometrik Eija pada 29/1/2018


Tuesday, January 23, 2018

UKJK PTD 2018

Salam,
Sekadar perkongsian.
Semalam Eija menghadiri UKJK PTD di IKBN Bukit Mertajam.
Untuk sesi Eija, dalam 102 orang telah hadir.
Terdapat 2  kaunter di buka.
Kaunter pertama: Untuk semakan sijil & transkrip  original & penghantaran salinan sijil& transkrip.
 (Note: Make sure bawa yang original & salinan. sebab ada yang tak bawa yang                  ori,tidak dapat teruskan. Make sure baca  dekat email apa yang kena bawa)                                           
Kaunter ke-2; Semakan kad pengenalan & surat jemputan menghadiri UKJK. Di kaunter ini kita akan diberi no pengenalan & kena pakai sepanjang program ini dan kena tangkap gambar. 

Selepas selesai pendaftran, ada taklimat dari pihak SPA & fasilitator bertugas utk ujian UKJK. Untuk makluman, tidak dibenarkan mengambil gambar sepanjang aktiviti di dewan. Selain itu, kita dikehendaki mengisi ujian psikometrik secara online seminggu kemudian.  Ujian psikometrik akan dibuka secara ONLINE  pada tarikh yang diperuntukkan untuk kita SAHAJA .

Sebelum bermula UKJK, kita dikehendaki melalui saringan kesihatan yakni diperiksa blood pressure. Kena lepas ujian ni dahulu baru boleh aktiviti berat yang akan dilakukan  yakni bleep test & curl up.Kita juga dihendaki mengukur ketinggian & menimbang berat badan.hehehe
Untuk makluman UKJK  melibatkan 4 aktiviti.

1. Ujian jangkau & lentur
2.Hand grip
3.Curl up (letihh)
4. Bleep test ( letihhhhhhh)



Kesimpulan: Sila la exercise sebelum pergi test UKJK ni, bukan macam Eija.hahahah

Note: Jangan lupa untuk isi ujian psikometrik online. Kita hanya dibenarkan mengisi online pada tarikh yang ditetapkan SAHAJA. Set dalam reminder handphone siap-siap .


Friday, January 19, 2018

HijauKuning : Pra musim 2018;

KEDAH VS UKM FC

date:27/1/2018
Venue: UUM Sintok

Keputusan: Kedah (2)                         -        UKM FC (0)
             Akhyar Rashid (27')
             Sandro (73')

Alhamdulillah, kemenangan lagi. Sudah tamat perlawanan pra musim buat skuad Kedah. Next, bermula perjuangan skuad Kedah untuk musim ini.


KEDAH VS SUPHANBURI FC

date:24/1/2018
Venue: Stadium Darul Aman

Keputusan: Kedah (1)              -        SUPHANBURI FC (3)
             Pablo

Kekalahan pertama sepanjang pra musim tahun buat skuad Kedah.huhu


KEDAH VS PULAU PINANG

date:21/1/2018
Venue: Stadium Batu Kawan

Keputusan: Kedah (2)              -        PULAU PINANG (1)
             Akmal azmi (17')           Alafi Mahmud (11')
             Pablo (73')


Jaringan dari pablo lagi:) Semoga persembahan yang baik diteruskan oleh skuad Kedah.


KEDAH VS PKNP

Date:17/1/2018
Venue: UUM Sintok

Keputusan: Kedah (2)     -    PKNP FC (0)
             Baddrol
             Pablo

Yeay, tak bolos!!!

Semoga terbang tinggi selalu hijaukuning!:)

Wednesday, January 17, 2018

Jakarta-Bogor-Bandung. Day I #throwback

Salam,
Sekadar perkongsian trip Eija bersama dengan keluarga pada bulan 12 yang lalu...All my family members joined this trip except one of my younger brother.
The second trip  to Indonesia in 2017 for me.

Day 1


Flight dalam pukul 7.30 pagi... kaunter MAS byk buka untuk drop luggage pukul 5. 30 pagi. Tu pon nasib baik kami beratur siap2 sebelum kaunter buka...Orang pon ramai. Lepas drop luggage, solat dan masuk untuk boarding. Orang pon ramai dan mesin autogate pon sat ok sat tak ok..Huhu. Nasib baik pintu departure tak jauh. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam...

Bila sampai setelkan urusan imigresen dan menunggu luggage. Suddenly ada announcement custom check time menunggu kat conveyor utk amik luggage. Tau tak check guna apa?? Guna Anjing!...huhu...kami diminta jangan bergerak dan anjing tu datang menghidu punggung kita....huahahua...Geliiiiii...

Kemudian kami dijemout oleh pak supir yang ditempah kakak. Sepanjang trip ini kami guna pak supir. Next,,,jommmmm ronda-ronda Jakarta. Destinasi Pertama:

Tanah Abang

 Ini tempat shopping.....hehe...on the way ke tanah abang, "MACET".huhuhuhhu.bertabahlah dengan kesesakan lalu lintas di kota Jakarta. Kat sini beli borong untung...hehe..banyak pakaian terutamanya di sini dan banyak blok. Sila pastikan pintu masuk ya sebab banyak pintu.huahauh. Tak shopping sangat di sini sebab badan rasa letih, tidur tak berapa cukup sebab flight awal pagi kan.
then kami gerak lunch & check in hotel. Kami menginap di Big Hotel.

Pada malam hari kami ronda melihat MONAS. Tengok dari dalam van sahaja.hehehe. Then , balik untuk rehat & tidur.

to be continued, Day 2




Tuesday, January 9, 2018

Jom kumpul voucher Giant tapi, bagaimana ?? #TipjimatEija

Salam,
Sekadar perkongsian, cara-cara untuk mendapat Giant voucher....Boleh beli barang dapur & seterusnya dapat berjimat:):)

1. Online survey

Boleh dapat Giant voucher FREEEEE...dengan menjawab survey. Paid online survey yang menawarkan voucher Giant adalah:

AIP Online survey

Untuk menebus voucher Giant di AIP ONLINE, kena kumpul point sehingga 2000 point dan mendapat voucher Giant bernilai RM 20. Nak join AIP? klik HERE


Toluna

Untuk menebus voucher Giant bernilai RM 20 di Toluna kena kumpul point sehingga 16000 point. Nak join Toluna? Klik HERE


2. Kad loyalti PETRON MILES

Selain tebus minyak petrol, PETRON juga menawarkan untuk penebusan  voucher GIANT seperti di bawah.


Erm, tapi Eija rasa  penebusan minyak lagi menjimatkan sebab 3000 point = rm 45 minyak Ron 95 berdasarkan post Eija sebelum ini [klik HERE]. Tapi pilihan di tangan anda, nk simpan untuk redeem voucher Giant pon tak apa.heheh. Ini sekadar perkongsian Eija mengenai cara-cara nk dapatkan voucher Giant:)

3. Kad debit CIMB

Sekarang kad ATM semua adalah kad debit. Untuk makluman, kad CIMB boleh kumpul point.
1 point = RM 4. Kumpul sikit-sikit2 lama-lama jadi bukit:)
Untuk menebus voucher GIANT bernilai RM 50 memerlukan 23500 POINT. Maka,

                      23500  x RM 4/point = RM 94000.

Belanja guna kad CIMB sampai RM 94000 baru boleh tebus point untuk voucher Giant. Eija Ber "huhu" saja la :P . Tapi untuk sesiapa yang memang perbelanjaan besar dan selalu beli barang untuk kawan-kawan/keluarga, jangan lupa bayar guna CIMB kad :) 




Setakat ini, bagi Eija, jawab survey paling mudah nak dapat voucher Giant :P

P/S:  Eija akan update lagi jika Eija jumpa lagi cara untuk dapat voucher Giant:) Harap membantu anda.

Monday, January 8, 2018

HijauKuning: Piala Super Suramadu 2018, Surabaya

Salam,
Semoga skuad Hijau Kuning berjaya mencatatkan keputusan yang baik.





Update:
Keputusan:

8/1/18:  Kedah (2)     vs        Persela (2), 
             Zafuan (53')               (30')
             Hidhir (70')                (58')

9/1/18: Kedah (1)      vs         Persija Jakarta (1)
             Hidhir (55')                Marco Simic (20')

12/1/18: Kedah (2)         vs         Madura United (2)
             Rizal Ghazali (64')             (6')
             Pablo Pallares (90'+)         (35')

Overall result: 3x SERI, Tempat ke- 3.
Total gol dijaringkan: 5
Total gol bolos: 5
Gol dijaringkan separuh masa kedua: 100 %
Gol bolos: First half: 4  (80%)
                  Second Half: 1 (20%)

Kesimpulan:

1. Skuad Kedah banyak bolos di separuh PERTAMA. Nampaknya, pertahanan lambat panas & lambat bersedia.

2. Jaringan gol hanya pada separuh masa KEDUA.  Kedah mampu comeback walau ketinggalan, kekuatan mental player semakin bagus.

3. Kemunculan penjaring muda baru dalam skuad hijau kuning yang bakal menyinar, Hidhir & Zafuan.










Saturday, January 6, 2018

Hello 2018~~

Salam,
Sudah 6 hari kita memasuki tahun baru~~
Azam tahun lepas? Eija banyak tak dapat capai...so, just continue to make it reality:)
Doakan Eija menjadi muslimah yang lebih baik & mencapai apa yang Eija hajatkan:)Amin.

Untuk  blog Eija tahun ini, Eija fikir untuk  fokuskan perkongsian mengenai:

1. Tip Jimat Eija
2. Kisah jalan-jalan Eija
3. Pasukan bola sepak kegemaran Eija a.k.a Pasukan Hijau Kuning

Semoga Eija Istiqamah untuk menulis & diharapkan penulisan Eija memberi manfaat~~

May ALLAH bless me & grant all my doa:)

Friday, January 5, 2018

Petrol Loyalty Card. Which one is the best? #tipjimateija

Salam,
Sekadar perkongsian dari Eija dan penjimatan yang dapat dilakukan jika mempunyai kad loyalti petrol #tipjimateija. Untuk makluman, Eija ada beberapa kad loyalti petrol yang boleh digunakan. Kad mana yang memberi penjimatan yang menguntungkan dalam tebus minyak PETROL Ron 95?

kad yang dimiliki Eija

Berdasarkan atas, kita dapat lihat PETRONAS menawarkan point yang tertinggi  bagi setiap pengisian per liter. Betul ka PETRONAS menguntungkan? Mari kita lihat promosi tebus point untuk minyak yang ditawarkan oleh PETRON.

Source: PETRON website

Kalau berdasarkan promo yang ditawarkan, mari kita lihat berdasarkan point perbandingan di antara PETRONAS & PETRON.

Berdasarkan di atas, kita dapat lihat PETRON macam lagi menguntungkan kerana nilai tebus point yang lagi menguntungkan walaupun menawarkan 2 point/ L berbanding PETRONAS yang menawarkan 3 point/L.

Tetapi, tetapi ini bukan pengakhiran perbandingan. Mari kita lihat perbelanjaan yang diperlukan untuk menebus nilai minyak RM5, RM 20 & RM 45 ( berdasarkan perbandingan nilai tebus minyak PETRON).

Assumption;
 1 Liter Ron 95 =  RM 2.30, 





Berdasarkan table di atas, Kita dapat lihat, kalau tebus nilai minyak  yang menguntungkan ,...

RM 5 =PETRONAS, 
RM 20 = PETRONAS
RM 45 = PETRONAS & PETRON

Jika mahu tebus minyak bernilai bawah RM 20, PETRONAS lagi menjimatkan, tetapi untuk nilai tebus minyak RM 45, PETRONAS ataupun PETRON sama sahaja. Maka, buatla pilihan yang bijak.
Overall, bagi Eija, PETRONAS lagi menguntungkan:):):):)

Note: 1. Pengumpulan point melalui pengisian minyak Ron 95 SAHAJA.
          2. Minyak shell & caltex tidak di ambil kira kerana menawarkan point yang terendah.


Hope dapat membantu kalian melakukan penjimatan:)

Update as of 6 Jan 2018;



PETRONAS menawarkan promosi  6X MESRa point bagi setiap Liter dari 6-12 Jan 2018,untung 2x ganda:):). Jom isi minyak di PETRONAS:)