Tuesday, January 9, 2018

Jom kumpul voucher Giant tapi, bagaimana ?? #TipjimatEija

Salam,
Sekadar perkongsian, cara-cara untuk mendapat Giant voucher....Boleh beli barang dapur & seterusnya dapat berjimat:):)

1. Online survey

Boleh dapat Giant voucher FREEEEE...dengan menjawab survey. Paid online survey yang menawarkan voucher Giant adalah:

AIP Online survey

Untuk menebus voucher Giant di AIP ONLINE, kena kumpul point sehingga 2000 point dan mendapat voucher Giant bernilai RM 20. Nak join AIP? klik HERE


Toluna

Untuk menebus voucher Giant bernilai RM 20 di Toluna kena kumpul point sehingga 16000 point. Nak join Toluna? Klik HERE


2. Kad loyalti PETRON MILES

Selain tebus minyak petrol, PETRON juga menawarkan untuk penebusan  voucher GIANT seperti di bawah.


Erm, tapi Eija rasa  penebusan minyak lagi menjimatkan sebab 3000 point = rm 45 minyak Ron 95 berdasarkan post Eija sebelum ini [klik HERE]. Tapi pilihan di tangan anda, nk simpan untuk redeem voucher Giant pon tak apa.heheh. Ini sekadar perkongsian Eija mengenai cara-cara nk dapatkan voucher Giant:)

3. Kad debit CIMB

Sekarang kad ATM semua adalah kad debit. Untuk makluman, kad CIMB boleh kumpul point.
1 point = RM 4. Kumpul sikit-sikit2 lama-lama jadi bukit:)
Untuk menebus voucher GIANT bernilai RM 50 memerlukan 23500 POINT. Maka,

                      23500  x RM 4/point = RM 94000.

Belanja guna kad CIMB sampai RM 94000 baru boleh tebus point untuk voucher Giant. Eija Ber "huhu" saja la :P . Tapi untuk sesiapa yang memang perbelanjaan besar dan selalu beli barang untuk kawan-kawan/keluarga, jangan lupa bayar guna CIMB kad :) 




Setakat ini, bagi Eija, jawab survey paling mudah nak dapat voucher Giant :P

P/S:  Eija akan update lagi jika Eija jumpa lagi cara untuk dapat voucher Giant:) Harap membantu anda.

2 comments: