Sekadar perkongsian.
Semalam Eija menghadiri UKJK PTD di IKBN Bukit Mertajam.
Untuk sesi Eija, dalam 102 orang telah hadir.
Terdapat 2 kaunter di buka.
Kaunter pertama: Untuk semakan sijil & transkrip original & penghantaran salinan sijil& transkrip.
(Note: Make sure bawa yang original & salinan. sebab ada yang tak bawa yang ori,tidak dapat teruskan. Make sure baca dekat email apa yang kena bawa)
(Note: Make sure bawa yang original & salinan. sebab ada yang tak bawa yang ori,tidak dapat teruskan. Make sure baca dekat email apa yang kena bawa)
Kaunter ke-2; Semakan kad pengenalan & surat jemputan menghadiri UKJK. Di kaunter ini kita akan diberi no pengenalan & kena pakai sepanjang program ini dan kena tangkap gambar.
Selepas selesai pendaftran, ada taklimat dari pihak SPA & fasilitator bertugas utk ujian UKJK. Untuk makluman, tidak dibenarkan mengambil gambar sepanjang aktiviti di dewan. Selain itu, kita dikehendaki mengisi ujian psikometrik secara online seminggu kemudian. Ujian psikometrik akan dibuka secara ONLINE pada tarikh yang diperuntukkan untuk kita SAHAJA .
Sebelum bermula UKJK, kita dikehendaki melalui saringan kesihatan yakni diperiksa blood pressure. Kena lepas ujian ni dahulu baru boleh aktiviti berat yang akan dilakukan yakni bleep test & curl up.Kita juga dihendaki mengukur ketinggian & menimbang berat badan.hehehe
Untuk makluman UKJK melibatkan 4 aktiviti.
1. Ujian jangkau & lentur
2.Hand grip
3.Curl up (letihh)
4. Bleep test ( letihhhhhhh)
Kesimpulan: Sila la exercise sebelum pergi test UKJK ni, bukan macam Eija.hahahah
Note: Jangan lupa untuk isi ujian psikometrik online. Kita hanya dibenarkan mengisi online pada tarikh yang ditetapkan SAHAJA. Set dalam reminder handphone siap-siap .
Note: Jangan lupa untuk isi ujian psikometrik online. Kita hanya dibenarkan mengisi online pada tarikh yang ditetapkan SAHAJA. Set dalam reminder handphone siap-siap .
susah woo nak dapat jawatan PTD ni tetapi bila dah berjaya..mmg HEAVEN..good luck Eija
ReplyDeletedoakan eija sis)
Delete