Friday, January 5, 2018

Petrol Loyalty Card. Which one is the best? #tipjimateija

Salam,
Sekadar perkongsian dari Eija dan penjimatan yang dapat dilakukan jika mempunyai kad loyalti petrol #tipjimateija. Untuk makluman, Eija ada beberapa kad loyalti petrol yang boleh digunakan. Kad mana yang memberi penjimatan yang menguntungkan dalam tebus minyak PETROL Ron 95?

kad yang dimiliki Eija

Berdasarkan atas, kita dapat lihat PETRONAS menawarkan point yang tertinggi  bagi setiap pengisian per liter. Betul ka PETRONAS menguntungkan? Mari kita lihat promosi tebus point untuk minyak yang ditawarkan oleh PETRON.

Source: PETRON website

Kalau berdasarkan promo yang ditawarkan, mari kita lihat berdasarkan point perbandingan di antara PETRONAS & PETRON.

Berdasarkan di atas, kita dapat lihat PETRON macam lagi menguntungkan kerana nilai tebus point yang lagi menguntungkan walaupun menawarkan 2 point/ L berbanding PETRONAS yang menawarkan 3 point/L.

Tetapi, tetapi ini bukan pengakhiran perbandingan. Mari kita lihat perbelanjaan yang diperlukan untuk menebus nilai minyak RM5, RM 20 & RM 45 ( berdasarkan perbandingan nilai tebus minyak PETRON).

Assumption;
 1 Liter Ron 95 =  RM 2.30, 





Berdasarkan table di atas, Kita dapat lihat, kalau tebus nilai minyak  yang menguntungkan ,...

RM 5 =PETRONAS, 
RM 20 = PETRONAS
RM 45 = PETRONAS & PETRON

Jika mahu tebus minyak bernilai bawah RM 20, PETRONAS lagi menjimatkan, tetapi untuk nilai tebus minyak RM 45, PETRONAS ataupun PETRON sama sahaja. Maka, buatla pilihan yang bijak.
Overall, bagi Eija, PETRONAS lagi menguntungkan:):):):)

Note: 1. Pengumpulan point melalui pengisian minyak Ron 95 SAHAJA.
          2. Minyak shell & caltex tidak di ambil kira kerana menawarkan point yang terendah.


Hope dapat membantu kalian melakukan penjimatan:)

Update as of 6 Jan 2018;



PETRONAS menawarkan promosi  6X MESRa point bagi setiap Liter dari 6-12 Jan 2018,untung 2x ganda:):). Jom isi minyak di PETRONAS:)














5 comments:

  1. Good tips Eija..
    Selagi ada peluang untuk berjimat jadi elok kita jimat terutama bila harga minyak tak menentu sekarang 👍

    ReplyDelete
  2. Wah! Eija telah buat pilihan bijak

    ReplyDelete