Salam,
29/7/2019, Kakak Eija menghantar Eija ke Penang Sentral untuk Eija pulang ke kampung. Eija bermalam di rumah kakak di Nibong Tebal selepas menyaksikan perlawanan
Final Piala FA. Dah lama tak naik feri, maka sementara meneruskan perjalanan balik ke umah, Eija saja ronda-ronda Penang sat.hehe .
Pertama kali masuk Penang Sentral, menempatkan
stesen bus baru Butterworth,
menghubungkan ke Feri (untuk ke kawasan Pulau) dan menghubungkan komuter utara. Senang kan!
|
Pemandangan dari tingkat 3 di Penang Sentral |
Jom menuju ke Feri (Tingkat 2)
|
Jom,menuju ke Feri |
|
Laluan ke Feri dan untuk membeli tiket |
Harga tiket Feri
RM 1.20...Murah kan! Untuk makluman, time balik nanti tak perlu beli tiket. FREEE ja...
|
Jimat & murah! |
Yeay, Enjoyyy angin laut. Dah lama tak kena angin laut.heheheh. Perjalanan dalam 20 minit, sampai la ke seberang Pulau Pinang. Kemudian Eija ke stesen bus berhampiran jeti dan mencari CAT bus sebab naik
CAT Bus ni Freeeeee. Jimattttt!... Eija tak tunggu lama pon, bus ni pon dah ready untuk bergerak ke destinasi tertentu sahaja.
|
Naik bus FREEE |
Selepas dok google nak ke mana, Eija buat keputusan turun di
Jalan Chowrasta.
Niat nak pekena cendol tapi cari tak jumpa.hahahahha. Dok jalan-jalan sekitar tu, di
Jalan Tamil, ternampak orang dok beratur kat gerai tepi kedai
Jeruk Madu Pak Ali, maka Eija pon join memanjangkan barisan.hahahhaha. Sebelum tu, sempat juga Eija beli jeruk Pak Ali.hahahah...
|
Jalan Tamil |
|
Cari jeruk |
|
Merpati! |
|
Heritage Ais Tingkap |
Gerai yang orang dok beratur tu adalah gerai
Heritage Ais Tingkap. Dah tengok nama promosi, Ais tingkap, maka Eija pon membeli Ais Tingkap. Lama jugak beratur.huhu
Rupa
ais tingkap seperti di bawah. RM 3 / bungkus
|
Ais tingkap@ ais sarbat |
Kemudian sambung ronda sekitar tu, ada
Pasar Chowrasta.Banyak orang dok menjual depan pintu masuk tu.
Selain itu,sempat juga Eija beli buah berangan.
Kemudian Eija gerak ke hentian bas berhadapan Pasar Chowrasta untuk menunggu CAT bus untuk pulang ke Jeti.Tak lama tunggu, bus pon sampai. Kemudian jalan ke tempat untuk menunggu feri.
|
Jom balik |
Selepas sampai di Penang Sentral, Eija ke stesen komuter untuk pulang. Ok la , ronda-ronda dalam beberapa jam :) dan lepas gian nak naik feri:)
Sekian trip Eija ke Pulau Pinang bermodalkan RM 1.20 dari Penang Sentral.Jimattt:)