Thursday, May 9, 2019

Umrah & Ziarah : Part 2


sambungan dari sini

Day 2 (18/4/2019)

Kami menunaikan solat subuh di Masjid Nabawi...Masuk melalui pintu 15..Sebelum masuk ke dalam masjid ada anggota polis wanita akan periksa beg. Selain itu, bawa plastik beg untuk letak kasut. Boleh di bawa skali masuk ke dalam masjid atau tinggalkan beg plastik tersebut di rak kasut yang disediakan. Kalau terlupa bawa beg plastik, tidak mengapa, ada disediakan. Kena cari tempat yang disediakan plastik tersebut :)...

suasana dalam masjid Nabawi


di perkarangan Masjid Nabawi
Kemudian, sekitar 7 pagi ada taklimat dari Ustazah Hamidah untuk kaum wanita, untuk pergi ke Raudhah. Taman Syurga... Untuk masuk ke raudah, masuk melalui pintu 25. 

duduk menunggu di check point terakhir sebelum dibenarkan masuk
Kubah hijau tersebut menandakan terdapat makam Rasullullah di bawah itu. Jangan lupa memberi salam kepada Rasullullah dan sahabat baginda,Saidina Abu Bakar As-Sidiq R.A dan Saidina Umar Al-Khatab R.A....

Kami rindumu Ya Rasullullah. 

Alhamdulillah, rombongan dari Asia adalah yang terakhir dibenarkan masuk untuk slot pagi tersebut. Kawasan raudah adalah kawasan yang berkarpet warna hijau. Solatlah di kawasan karpet hijau tersebut. Please staandby orang tolak menolak untuk solat di raudhah kerana waktu terhad.

menunggu di check point terakhir sebelum giliran masuk ke raudhah


Selepas itu , aktiviti bebas...
Jangan lupa ambil kesempatan untuk solat berjemaah di Masjid Nabawi (bukan di perkarangan ya).

"Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)                           


p/s: Untuk makluman, kaum wanita hanya ada waktu tertentu sahaja yang dibenarkan masuk ke Raudah.



Tuesday, May 7, 2019

Umrah & Ziarah: Part 1

Salam,..
Alhamdulillah, Eija mendapat peluang ke bumi Madinah & Mekah sekali lagi. Pertama kali Eija ke sana pada tahun 2011. Alhamdullilah atas rezeki ini, dapat kembali ke sana semula. Terima kasih mak dan abah belanja Eija:):):)
Sekadar coretan pengalaman ketika di sana (17/4/2019-28/4/2019).

Day 1 (17/4/2019)

Berkumpul di KLIA around 10 am. Alhamdulillah , kali ini kami bertujuh ke sana dan kami mengikuti pakej dari Vacasia Tours & Travels anak syarikat kepada Andalusia Travel & Tours.  Kami bertujuh, Eija, parents, adik & family kakak. Penerbangan menggunakan MAS A380, terus ke Madinah. Untuk makluman, Andalusia tempah satu kapal tu untuk semua yang mengambil pakej dari mereka dan anak- anak syarikat Andalusia. Penerbangan mengambil masa dalam hampir 9 jam.

sumber: FB Vacasia Tours &Travels




Kami tiba di airport Madinah lewat petang. Madinah lambat 5 jam dari Malaysia. Untuk solat, mutawif sarankan kami solat jamak takhir. Masa ketibaan kami,  masih ada waktu Asar. Jika hendak tunaikan solat sebelum imigresen pon boleh, ada tandas untuk mengambil wudhu dan boleh solat di ruang yang ada. Nak solat sesudah melepasi imigresen pon boleh, ada ruang solat disediakan. Kemudian, tunggu  ambil bagasi dan bergerak ke kawasan bas. Terdapat 13 bus menunggu dan kami  ditetapkan bus no 3. Mutawif untuk bus kami ialah Ustaz Hasbullah Khalid. Kemudian, kami bergerak ke hotel Mawaddah. 

Ketika di Airport Madinah


to be continued....






Monday, May 6, 2019

Salam Ramadan

Salam,,,
Selamat berpuasa semua!
Semoga urusan menunaikan ibadah kita dipermudahkan dan amalan kita diterima-Nya:)

Saturday, March 2, 2019

Bagaiman Eija membeli tiket kereta api Indonesia dari Malaysia?

Salam,
Tiket kereta api Indonesia selalunya laku keras kalau kita tidak beli awal- awal.
Maka, Eija pon beli siap-siap tiket tersebut dari Malaysia..
Bagaimana?
Melalui TRAVELOKA!

Cara-cara pembelian yang dilakukan Eija seperti berikut (berdasarkan pengalaman Eija pada tahun lepas):

1.Pergi web traveloka


2. Tukarkan setting dari Malaysia ke Indonesia seperti berikut:


3. Pilih bahagian Train dan search tiket.

4. Pilih jadual perjalanan anda.


5. Setelah pilihan dilakukan, masukkan maklumat contact untuk tempahan.


6. Pengesahan maklumat contact dari Traveloka seperti di bawah:


7. Kemudian, masukkan maklumat penumpang

8. Kemudian, total price akan dipamerkan dan terukan dengan pengesahan booking.


9. Seterusnya, akan dibawa ke page pembayaran. dan semestinya pembayaran Eija lakukan menggunakan BigPay (pilihan kad kredit) :)

p/s: Nak dapat RM 10? Guna referral code Eija bila apply for BigPay.
   Referral Code: 4LBRSXK6ZJ 


10. Selesai pembayaran, E-ticket akan di emelkan :)


Untuk makluman, tak boleh guna e-ticket ini untuk menaiki kereta api, kena print tiket di kiosk di dekat stesen kereta api di Indonesia dulu.  Senang kan beli guna Traveloka :)


Semoga dapat membantu :)


 

Wednesday, February 20, 2019

DiscoverPerak: Road trip to Taiping. Part II #NewYearTrip #2019 #Throwback

sambungan dari SINI

Day 2..

Misi Eija untuk trip kali ini nak cover :

Bukit Larut

Gigih beratur untuk beli tiket jeep sebelum ofis buka pukul 8. Even time Eija sampai tu pon dah ada org yang beratur.huhu.. Dulu Eija pernah datang skali dgn kawan tapi tiket jeep dah abes..huhuhu..Untuk maklumat , ada limit person boleh naik ke bukit larut menggunakan jeep. Alhamdulillah ,Eija dapat trip paling awal :):):) Perjalanan naik jeep besssttttt!!!!! Sepanjang perjalanan tengok orang dok hiking,wow. tak tau la Eija mampu ka tak, naik jeep pon rasa lama dan jalan corner patah.hahahah.. Tak silap Eija, bila dah abes tiket dijual, kaunter akan ditutup. So, rancang perjalanan anda :)

Harga tiket jeep/pax : RM10




Untuk lagi best, bw la bekal makanan untuk santai di atas tu.heheh...kami beli nasi lemak di bawah dan makan kt atas bukit larut ni...tak nak bawa pon tak apa, ada cafe di atas. Dok santai  atas bukit larut dalam 2 jam... then kami ke destinasi seterusnya:

Burmese Pool

Besttttt...dingin air terjun...tapi kami tak mandi pon la...haha,duduk santai-santai sahaja,...


Kemudian kami lunch dan bergerak pulang ke Sri Iskandar. On the way tu, singgah di Kuala Kangsar utk mendapatkan ais kepal milo yg viral tu dan yang masuk majalah 3 tu..hehe

santai tepi sg perak


The End of New Year Road Trip :)

DiscoverPerak: Road trip to Taiping. Part I #NewYearTrip #2019 #Throwback

Salam,
Sekadar perkongsian,
Pada 5-6 januari yg lalu, Eija pergi jalan2 ke Taiping.
Eija dan Ain bergerak dari Seri Iskandar lebih kurang dalam pukul 9 pagi...Antara tempat-tempat yg Eija terjah adalah:

Air Terjun Ulu Kenas (Kuala Kangsar)

On the way ke Taiping, kami singgah dulu di air terjun Ulu kenas. Usha-usha dulu.

Entrance fee: RM 2/pax
Fee kereta: RM 2 /kereta





Untuk yang berminat, ada penginapan disediakan...Eija pon plan nnt nak try mai tido di Ulu Kenas ni..hopefully, jadi la :)

Kemudian, kami teruskan perjalanan. Destinasi seterusnya adalah:

Charcoal factory Kuala Sepetang

Masuk free ja. Boleh tengok proses pembuatan arang...



Kemudian, destinasi seterusnya adalah mencari port untuk lunch. Kami menikmati hidangan tengah hari di kedai :

Makan Nasi Dalam Talam, Pokok Assam






Keunikannya, makanan dihidangkan menggunakan talam :) Menarik kan. Makanan pon sedap.

Kemudian destinasi kami berikutnya:

Muzium Perak, Taiping

Fee: RM 2/ Pax

Kelainan muzium Perak adalah terdapat replika haiwan-haiwan.





Fire Extinguisher

Eija suka fashion baju ni :)


Kemudian, kami check in di 5A Homestay. Selepas ambil kunci, kami keluar meneruskan  trip kami. Destinasi seterusnya:

SPRITZER Eco Park, Taiping

Free ja masuk...tak luas sangat kawasan. untuk santai-santai saja..



comel packaging:)
Next, kami ronda-ronda

Taman Tasik Taiping

Ni tempat wajib pergi kalau ke Taiping :P... tempat rekreasi...



kemudian, malamnya, sesi jalan-jalan cari makan...

Pusat penjaja Taiping (berdekatan balai bomba)

Makanan famous di kawasan ini, Yong Tau Foo. Banyak gerai jual, pilih ja nak gerai yang mana:)


Kemudian masuk mall berdekatan area situ dan balik zzzzzzzz...

To be continue..

Friday, February 15, 2019

Demotivated

Salam,
Currently feel demotivated.huhu...
I dont know why..
huhu..

but anyway tomorrow night will be match between Kedah & Felda United #PulunKedahPulun
In sha allah, See you guys at SDA :p