Saturday, February 15, 2014

Kolam Air Panas Ulu Legong, Kedah #TMM 2014 #Throwback

Salam,
Pada cuti cny yg lalu, Eija & family berkesempatan ke Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah [my beloved state :) Finally, after berkali-kali tangguh planing dgn my sis, berjaya jgk akhirnya ke kolam air panas ni. heheh. Air panas semula jadi ok! Orang cakap air panas ni bagus la utk org yg berpenyakit kulit.

Dari rumah kami, dalam around satu jam dah boleh sampai. guna highway baru kekdahnya.hehe. kami gerak dari rumah dlm kol 9 lebih (malam). best skit mlm2 pekena air panas.
Bila sampai2 mmg ramaiiiiiiiii  org sgt. almaklumla cuti kan, ramai yg bwk family.tp tp dingin malam,ya ampunnnn sejukkk sgt.huhu.
Fee utk masuk adalah :

Dewasa RM6.00.Tanpa MyKad RM10.00
Kanak-Kanak RM3.00 Tanpa MyKid RM6.00
Pesara,Warga Emas,OKU MyKad, Kad OKU, Kad Pesara  RM4.00


Dibuka 24 jam sehari.

dan parking fee (kereta) adalah RM 2.

Untuk makluman, semua lapisan umur sesuai masuk ke kolam air panas ni. ad disediakan kolam utk kanak-kanak jugak tapi xdak la panas sangat. Utk yg dewasa pon ad yg terlampau panas (of course org tak mandi,just celup2 kaki sahaja) panas & tak panas. pilih ja nak yg mana satu.


Selain itu, makanan pon boleh bawa masuk. So, bawak la bekal apa yang patut jika nak jimat. Dekat kawasan luar sebelum masuk kolam pon ad kedai makanan,in case nak bungkus. Dekat dalam pon ada jual makanan jgk.


Utk yg menginap, ada jugak disediakan chalet dalam ni. Klu nak bawak khemah sendiri pon boleh. 


Untuk maklumat lanjut, layari website ini.


Pusat Rekreasi Ulu Legong


Ikut adik Eija, klu weekend biasa xdak la seramai ni. Ni sebab public holidays, tu yg ramai terjah sini tu.amik kesempatan berehat2 di sini.

ramai gila orang!
Kat sini boleh pulak terjumpa kawan uni dulu, jaidy. dia pon bwk family dia mai sini. then, dalam pukul 2.30pg ,gerak balik ke rumah dan zzzzzzzz.

No comments:

Post a Comment