Friday, February 14, 2014

Scholarship 2014 to further study from MARA~~

Salam,
to all malaysian,
for those want to further study oversea (postgraduate level), this is your chance!
cepat2 isi online :)
i got this info from this blog.
Other info regarding scholarship also available in that blog..cepat2 terjah )

sharing from the biasiswasambungbelajar.

BIasiswa Mara Pasca Ijazah 2014 - Dalam dan Luar Negara

MAJLIS AMANAH RAKYAT PROGRAM PINJAMAN PELAJARAN MARA PERINGKAT PASCA SISWAZAH LUAR NEGARA 2014



Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai salah sebuah organisasi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mempelawa calon yang mempunyai visi untuk menjadi “Modal Insan Terbilang” dan seterusnya menyumbang kepakaran kepada pembangunan ekonomi Malaysia untuk memohon pinjaman pelajaran MARA bagi mengikuti pengajian ke peringkat Sarjana, Profesional dan Doktor Falsafah di universiti terkemuka luar negara dalam bidang-bidang utama keperluan pembangunan Negara.




Usaha berterusan dalam membangunkan modal insan yang berupaya merealisasikan hasrat ke arah Negara Maju menjelang 2020 adalah selaras dengan Program Transformasi Ekonomi Negara dengan keutamaan diberikan kepada calon yang berhasrat menyumbang kepakaran dalam 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) iaitu:

Minyak, Gas dan Tenaga Minyak Sawit dan Getah
Pemborongan dan Peruncitan Perkhidmatan Kewangan
Pelancongan Elektrikal dan Elektronik




Perkhidmatan Perniagaan Kandungan Infrastruktur dan Komunikasi
Pendidikan Pertanian
Penjagaan Kesihatan Greater KL & Klang Valley


1.0 SYARAT ASAS KELAYAKAN PERMOHONANAN

1.1 Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia.

1.2 Had umur pemohon (sehingga 31 Disember 2014): Peringkat Pengajian Had Umur Sarjana dan Profesional Tidak melebihi 35 tahun Doktor Falsafah Tidak melebihi 40 tahun

1.3 Telah menamatkan pengajian terdahulu (Ijazah Pertama / Sarjana) atau sekurang- kurangnya berada di semester akhir pengajian.

1.4 Pengajian adalah pada tahap yang lebih tinggi daripada kelayakan sedia ada.

1.5 Pemohon perlu mempunyai kelayakan akademik minimum peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk
memohon tajaan MARA di peringkat Profesional. Kelayakan akademik bagi peringkat sijil dan diploma tidak akan dipertimbangkan.

1.6 Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.

1.7 Mendapat tawaran pengajian bersyarat (conditional offer) atau tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institusi Pengajian Tinggi terkemuka luar negara yang disenaraikan sebagaimana Lampiran A. Tawaran selain daripada universiti yang disenaraikan akan diberi pertimbangan kepada pemohon bagi peringkat pengajian Doktor Falsafah sahaja.)

1.8 Bagi pengajian peringkat Profesional, pertimbangan akan diberikan kepada calon yang mendapat tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi luar negara yang diiktiraf Badan Profesional / Badan Ikhtisas berkaitan sahaja.

1.9 Mendapat pelepasan / penangguhan kontrak perkhidmatan melalui kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai pelepasan / peletakan jawatan bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan.

1.10 Anggota kerja MARA tidak dibenarkan membuat permohonan di bawah program ini dan permohonan perlu dibuat melalui Bahagian Sumber Manusia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang diguna pakai pada masa tersebut.

1.11 Mendapat pelepasan / penangguhan bayaran balik pinjaman daripada badan penaja yang menaja pengajian sebelum ini (terkecuali kepada peminjam MARA). Tiada tanggungan hutang pinjaman pelajaran atau berstatus blacklist bagi pengajian terdahulu sekiranya ditaja oleh MARA.

1.12 Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin dan menyalahi undang-undang negara dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa ini, anda boleh ke laman ini. Kami telah menyenaraikan semua sumber berkaitan untuk biasiswa ini di lamantersebut.

Permohonan dibuka dari 3 Februari 2014 - 16 Februari 2014.




p/s: TQ very much to MARA for supporting my undergraduate study! i only need to pay 1% from the loan. only about RM 800++ instead of RM85K....





No comments:

Post a Comment