[kemaskini pada 3/12/2019]
Salam,
Baru-baru ini Eija mengeluarkan duit dari simpanan SSPN-i (Skim Simpanan Pendidikan Nasional). Niat Eija menyimpan sikit dalam SSPN untuk digunakan bila nak sambung belajar...hehe..Moga dimurahkan rezeki untuk menyambung ke peringkat tertinggi. Amin.
Cara pengeluaran?
1. Pergi ke pejabat SSPN.
2. Isi borang pengeluaran (Pengeluaran hanya akan masuk ke dalam akaun bank)
Salinan slip pengeluaran |
3. Tunggu wang masuk dalam akaun (dalam 2 hari juga untuk masuk ke dalam akaun bank). Eija pi pejabat 26/11/19, duit masuk dalam akaun 28/11/19.
Ija juga baru Cuba, pengeluaran duit sspn di ATM Bank Islam. Cara:
1.Pilih Sspn di mesin paparan ATM
2.Pilih daftar akaun SSPN (utk yg first time nak link ke kad Bank Islam).
3.Masukkan Ic no & akaun no SSPN.
4.Selepas setelkan daftar, baru boleh me lakukan pengeluaran.
5.Setiap pengeluaran dicaj 50sen.
Senang lagi dari pengeluaran di kaunter sspn :)
Btw, simpan di SSPN ni pon dapat dividen..untung juga :)
Sebarang perihal mengenai SSPN boleh ke SINI
Semoga dapat membantu..