Sunday, August 4, 2019

Makan di Padang Besar #JJCMEija

Salam,
Jumaat pagi semalam Eija, mak & adik ke Padang Besar menaiki kereta. Anggaran perjalanan dalam 1 jam 30 min dari rumah untuk ke Padang Besar. Misi Eija untuk makan2!..hahah.. Untuk makluman, boleh dapatkan makanan Thai di Padang Besar. So, tak payah susah-susah masuk Thailand.hehehhe

Makanan Thai favourite Eija?Klik SINI
Jom JJCM
 Selepas sampai, kami cari makanan dulu untuk our late breakfast :P  di kawasan berdekatan arked niaga Padang Besar.

Kerabu Maggi

Pulut Ayam. RM 8

Ais krim kelapa. RM 5
Btw, makanan atas tu kami kongsi. Maggi kerabu sangat pedassssss. Selepas makan, kami ronda-ronda kawasan arked tu. Eija window shopping ja.hahhaha
 Eija perasan ada jual jugak air brand meiji. Harga paling murah Eija dapat utk sebotol bawah ni RM 5.  Beli jugak la 2 botol.heheh. Kebanyakan jual RM 6.huhu...
Air pisang ada jual jugak

Selain itu, tengok2 ja la,kt Padang BEsar ni banyak jual jersi copy ori , t-shirt, brg2 perkakasan dapur dan sebagainya. Siap duit ja kalau mai sini.heheheh.





Kemudian, selepas Mak dan adik selesai beli barang, kami lunch dekat kawasan arked niaga tu.
Daging Bakar+Sup perut+ Telur dadar
Daging bakar dia tak sama yang macam dekat Danok tu.High expectation dari Eija kemudian frust..hahahah

Pemerhatian Eija, barang2 di Danok rasa murah skit dari di Padang Besar. Tapi kalau  susah nak masuk Thai, Padang Besar adalah alternatif.  Nak makanan famous di Thai pon ada di Padang Besar.
Yang pasti, memang kena siap duit banyak datang Padang Besar ni, nak makan2 & nak shopping2 lagi.hahahahha

Sebelum balik Eija beli lagi Ais krim kelapa. Tempat berbeza yang Eija beli pagi tadi.

RM 6 
The End.




No comments:

Post a Comment