Sunday, March 2, 2014

Pusat Ternakan Tuntung Bota Kanan,Perak #misitidakberjaya#TMM2014

Salam,
Dah dekat 7 thn di kawasan Tronoh ini,
Sekali pon tak pernah lagi melawat Pusat Ternakan Tuntung ,Bota Kanan,Perak .
Kawasan Bota Kanan ni dalam 20-30 minit sahaja dari universiti Eija.
Semalam (Sabtu), selepas menikmati makanan tengah hari di Bota bersama Fareeda, terus drive ke Ternakan Tuntung.Sebelum tu dah google dah mengenai pusat ini,tapi x jumpa waktu lawatan,even dekat website pon tiada maklumat.
Eija drive based on signboard sahaja. Selepas masuk simpang ke Bota Kanan, drive dekat 20minit, ternampak signage ke Kompleks Pasir Salak dalam 16km sahaja. Last2 dah rasa memang dah salah ni. Termiss singboard Pusat Ternakan Tuntung nampak gayanya ni. Terus patah balik,bila patah balik tu mmg drive slow.Finally terjumpa signage Pusat Ternakan Tuntung ,Bota Kanan,Perak .Ya ampun, dekat ja pusat ni dengan simpang masuk ke bota kanan tadi. x sampai 5 minit.hahahhaah.
Ok, for those yg nak g sini, landmark ke pusat ternakan ini adalah Tabung Haji Bota Kanan. Nampak ja Tabung Haji, situlah jalan menuju ke pusat ternakan tuntung.
Tetapi misi ini tidak berjaya!
Sebab.
Sebab.
Pusat ini TUTUP pada hari hujung minggu..huhuuhuuhuhuhuu.kecewa.
Untuk makluman semua,
Pusat ternakan tuntung ini di buka pada hari biasa yakni Isnin-Jumaat dari pukul 2.00pm-4.00 pm sahaja (ini berdasarkan notis yg dilekatkan di pintu pagar). Public holiday pun ditutup.
Sekian.





No comments:

Post a Comment