Sunday, March 2, 2014

Tawau bah, Part I Day 3 # TMM 2014

Salam,
Sambungan dari sini..

Day 3,
Pagi ini rehat dulu di bilik... Dalam pukul 8.15 gitu kuar utk menjelajah Bandar Tawau. Jalan kaki sahaja.hehe. Destinasi2 kami :

Pasar Tanjung Tawau

Selepas jalan kaki dari VS Guest house dalam 10-15minit, sampai la ke Pasar ini. Tujuan adalah untuk breakfast dan shopping! shopping ikan kering dan traditional food :)
pintu masuk pasar tanjung
Pasar Tanjung ni ala2 Pasar Siti Khadijah yg dekat Kelantan tu. Disini, setiap level jualan berbeza. Ground floor ada jual traditional food sabah such as amplang dan sayur-sayuran. 2nd level ada jual ikan kering,sotong kering gitu. Third floor x silap ada jual pakaian. Dan atas sekali food court. Bila duduk di meja makan, m.cik2 gerai tu datang bertanyakan makanan apa yg nak di order. kesian plak beramai2 datang tp dekat seorang ja la kami order. tapi tapi kan , m.cik2 ni baik sesama mereka. tiada dengki dalam perniagaan. kira, sorang yg dapat order tu, dia akan agihkan ke kedai2 lain. bagus kan. semua dapat rezeki sama rata. kira utk seorang, dia assign utk satu kedai even kami order benda yg sama.kami 6 orang,kira 6 gerai yg berbeza.,bila order sampai, different person yg hantar. itu yg kami dapat figure out tu. cuma nya time nak bayar kena igt m.cik yg ambik pesanan tu.senang skit nak bayar.nnt dia yg bayar kan kt kwn2 dia.dekat semenanjung nak dapat situasi macam ni, memang tak la.

Menu yg lain skit adalah Soto Makassar. Kawan Eija yg order.sedap jugak .ala sup.

Breakfast Nasi goreng kampung sahaja.

view dari foodcourt

pandangan dari atas
Selepas kekenyangan breakfast, kami menuju ke level bawah utk shopping buah tangan seperti ikan kering, amplang dan etc.
hasil shopping :)

Kemudian, kami ke,

Pasar Ikan Tawau

Pasar ini terletak belakang Pasar Tanjung. Kat sini boleh dapat ikan fresh.Tujuan adalah untuk mencari lobster pesanan ayah Izzah. Tapi kat sini tiada yg frozen utk di bawa ke semenanjung. Bila sahaja jejak kaki di dalam pasar ikan ini, akan da budak-budak datang mengikut nak tolong angkat barang. Tapi later kena upah. pandai-pandai elak la ya. budak-budak tu nanti asyik mengikut ja dalam pasar tu. so,abaikan la depa.



Budak-budak yg mengikut




Selepas yg dicari tidak dijumpai, kami pulang semula ke guest house.




1 comment:

  1. Waa... bagi sama rata keuntungan ek.. alhamdulillah bagus nyer sifat macam tu.. baru lah tiada dengki mendengki.. pape pun yg penting semua ns goreng sedap.. huhuuu...

    Perasan nama jalan tu Jalan Dunlop ek huhuuu.. pun boleh ;D

    ReplyDelete